Monday, November 23, 2009

Tafsir

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada
syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan
untuk orang-orang yang bertakwa..


(Yaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang
maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya
dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang
yang berbuat kebajikan..


Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan
keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah,
lalu memohon ampun terhadap dosa mereka - dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan
mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang
mereka mengetahui.
.

Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan
syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka
kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala
orang-orang yang beramal.."


(Al-Imran : 133 - 136)

Sunday, November 22, 2009

Diari Minggu Ini

Rasanya dah lama saya tak update tentang perkembangan diri di
sini. Memang banyak benda yang ingin dikongsi dan disimpan di
sini sebagai diari dan bahan untuk muhasabah diri kelak, namun
saya masih belum kuat untuk menasihatkan diri supaya
kurangkan masa untuk benda-benda yang kurang berfaedah.

....................................................................................................................................

1. Kelmarin saudara Zuhaili dari Bingen datang untuk main
badminton bersama-sama kami di sini. Disebabkan masalah
keretapi, beliau terpaksa tunggu dalam kesejukan selama
1 jam suku di Mainz Hauptbahnhof (huhu memang sejuk malam tu).
Takpa minggu depan aku pi tempat hang pulak na Zu.

2. Esoknya kami pergi ke Restoran Bengal di Mainz. Dengar kata
restoran ni menjadi tempat kegemaran Students Bingen. Sedap?
Alhamdulillah, okay la kan. Cuma hidangannya agak sikit bila
dibandingkan dengan harga. Tapi tidak mengapa, kerana
Visa Mastercard sentiasa menemani (poyo sahaja, sebenarnya
saya tidak pernah memiliki Kad Kredit)
. Selepas itu, kami solat
di Masjid Mainz dan terus pulang ke rumah.

3. Malamnya saya telah menonton filem 2012 di Cinema
Hauptwache bersama lebih kurang 10 orang rakan-rakan yang lain
di sekitar Frankfurt. Ini adalah kali ke-3 saya menonton wayang
di Germany sejak tahun lepas. Cuma kali ini saya tidak tidur
semasa menonton. Mungkin kerana di sini filem english kurang
mendapat sambutan. Jadi wayang agak lengang dan
membuatkan suasana agak sepi. Tetapi semalam mungkin
disebabkan filem Box Office yang membuatkannya
mendapat sambutan.

4. Pada hari Jumaat yang lepas, serunding yang dihantar oleh
Kak Ba dengan bantuan saudara Wan Ihsan sebagai posmen
telah selamat sampai (yeaa.. time kasih banyak Kak Ba dan
Abg Naim). Saya terlalu gembira dengan kehadiran serunding
tersebut sehingga termandi 2 kali pada hari itu.

5. Pada Jumaat yang lepas juga, 4 daripada 5 sesi makmal untuk
subjek Werkstoff telah tamat. Sesi selama sekitar 8 jam itu agak
memenatkan. Sepatutnya giliran kumpulan saya ialah pada 3
minggu yang lepas. Namun disebabkan saya ada temujanji di
pejabat imigresen, jadi temujanji lain terpaksa dibuat. Alhamdulillah
tiada masalah untuk membuat temujanji tersebut. Pensyarah untuk
subjek ini juga sangat baik.

6. Tadi simen yang menampal gigi depan kanan saya telah
tertanggal semasa sedang makan. Sudah kali kedua perkara ini
berlaku. Sebenarnya gigi kanan depan saya telah pecah separuh
semasa saya berumur 7 tahun. Sehinggalah di MRSM Beseri
semasa saya di tingkatan 4, ada rawatan gigi percuma yang
diberikan kepada para pelajar. Saya sangat gembira kerana bahagian
yang pecah itu telah ditampal dan sejak itu saya boleh tersenyum
dengan yakin. Namu semasa tingkatan 5, simen itu telah pecah juga
semasa sedang makan. Jadi saya telah pergi ke klinik gigi lagi
sekali untuk menampalnya sebelum ke German. Terasa
kehilangan bila nikmat ditarik. Semasa gigi cantik, jarang
sekali saya terasa untuk bersyukur di atas pemberian tersebut.
Sudah fitrah manusia mudah lupa dan cuma lebih teringat kepada
Allah semasa susah. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat gigi
yang daku ada sekarang.

...................................................................................................................................

(semasa ke Mainz dan di Restoran Bengal)


Friday, November 13, 2009

Random

Nemsyi mai Frankfurt

(6 - 8 November 2009)

Terima kasih kepada Nemsyi (Nazmi) yang bersusah payah datang
dari Hamburg tempohari dengan niat asal untuk menghantar saya
pulang ke Malaysia. Oleh kerana saya tidak jadi pulang ke Malaysia,
saya dan rakan-rakan di Rüsselsheim membawa beliau berjalan-jalan
di sekitar Frankfurt dan masak Nasi Ayam bersama-sama
pada malam kedua. Nanti bila-bila mai lagi na =)

................................................................................................................................


Wednesday, November 11, 2009

Alhamdulillah


video

Pada 5 November hari Khamis yang lepas, saya telah bersembang
seketika dengan Kak Ya (kakak saya yang sulung) untuk
mengkhabarkan kepada beliau mengenai masalah saya yang dapat
diselesaikan di sini. Di akhir perbualan tersebut, beliau telah
menasihatkan saya untuk bermain lagu nasyid dan membuat
request untuk lagu daripada Opick.

Jadi video di atas adalah hasil daripada percubaan tersebut. Tidak
sama seperti Opick dan Amanda (saya juga tidak pandai membuat
2 suara serentak) seperti di dalam lagu asal, tapi harap okay la na =)
Yang penting lirik lagu ni yang mudah tapi bermakna.

......................................................................................................................................

p/s : Lagu Alhamdulillah ini asalnya dinyanyikan oleh Opick dan
Amanda dan merupakan Soundtrack untuk drama
Anakku bukan Anakku.

Saturday, November 7, 2009

Alhamdulillah

"Hallo.. Guten Morgen, ich habe mein Flugticket heute mitgebracht.
Der Abflug ist morgen. Darf ich heute meine Passe heute zurückhaben?",
tanya saya kepada salah seorang pekerja yang bertugas di
Pejabat Imigresen semalam.

"Aber wofür möchten Sie nach Ausland?",
tanya beliau kembali.

"Erm.. Zur Erneuerung meines Visums. Ich hab letztes Mal
Problem mit meinem Aufenthalt",
balas saya kurang konfiden.

"Können Sie mal kurz draußen warten? Ich kläre erst mal mit
meinen Kollegen ab",
kata beliau lagi.

Jadi saya menunggu sekitar 5 minit di luar pejabat tersebut dan
dipanggil semula ke dalam.

"Alles ist schon erledigt",
katanya pendek.

"Also, brauche nicht mehr nach Heimat zurückzufliegen?",
tanya saya, kurang percaya.

"Ja",
balasnya pendek. Namun cukup besar ertinya bagi saya.

Selepas mengucapkan terima kasih, saya meminta diri untuk
menuju ke Pejabat JPA di Frankfurt kerana ada temujanji
dengan Encik Asa'ari.

.........................................................................................................................................

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah ke Pejabat Imigresen Rüsselsheim
untuk meminta Passport saya kembali, kerana Passport diperlukan
untuk pulang ke Malaysia. Tempoh yang diberikan oleh mereka
juga berbaki sekitar seminggu lagi. Namun, pekerja tersebut berkata
bahawa saya perlu menunjukkan kepada mereka tiket pulang terlebih
dahulu sebagai syarat untuk mendapatkan kembali Passport tersebut.

Jadi pada Ahad yang lepas, saya telah pergi ke Airport Frankfurt
untuk membeli tiket ditemani saudara Azri. Terima kasih diucapkan
kepada beliau kerana tolong cucuk duit : duit yang saya mampu
keluarkan hanyalah 300 sehari dan 600 seminggu. Berdasarkan dialog
ringkas di atas, saya telah membawa tiket tersebut kelmarin ke
Pejabat Pendaftaran.

Kebetulan orang yang berurusan dengan saya sebelum ini tiada di
pejabat, jadi saya pergi ke bilik sebelah dan berbincang dengan
pekerja yang lain. Alhamdulillah tanpa disangka-sangka, dalam
masa 10 minit masalah saya dapat diselesaikan dan saya tidak
perlu balik ke Malaysia semalam.

Selepas itu saya terus menuju ke Pejabat JPA di Frankfurt untuk
berjumpa Encik Asa'ari (konsul JPA di sini) seperti yang telah
ditetapkan sehari sebelumnya. Beliau dan pegawai-pegawai JPA
yang lain turut suka hati dengan berita tersebut.

Alhamdulillah. Terima kasih banyak saya ucapkan kepada Pihak JPA
terutamanya Kak Siti, Kak Suharti, dan juga Encik Asa'ari kerana
cuba untuk menolong saya tempohari. Terima kasih juga kepada
keluarga, saudara-mara, dan juga rakan-rakan yang mengambil
tahu tentang perkara ini dan mendoakan =)

Sunday, November 1, 2009

Random

Liya Raihany

Tahniah kepada Mat dan Kak Liza atas cahaya mata yang pertama ni.
Semoga Liya jadi anak yang solehah kelak =)

........................................................................................................................................



Friday, October 30, 2009

Random

Rhein (2008)