Thursday, June 26, 2008

Practical..

23 June..Hari pertama practical yg boleh bangun lambat..isk2.Start from hari ni tiap2 hari kena bangun kul 5.Hari isnin lepas saya mula start practical kat Tektronix company, yang buat dan baiki barang2 elektronik.Web pun ada : www.tek.com
Masa kerja flexible, semua orang boleh datang and balik bila2 je, asalkan seminggu 40 jam kerja.Tapi sebab sy praktikant je maka tak boleh la ikut suka hati mcm diorang.Semua org baik2 belaka.Saya kerja kat part repair barang..Antara org2 yg saya dah dapat tangkap nama are herr schmitz, herr olaf, dgn herr puetz.huhu..lemah betul ingatan nama..

rumah baru..huhu.bukan2..depan kilang la.

Elaun makan sehari 2.20 Euro..okay la tu.Boleh la save duit buat hantaran kawin nanti.hoho (semangat kena ada)..Banyak jgk benda baru yg dpt belajar..ada belajar teori, tengok2 sambil buat2 muka faham, belajar buat kopi guna mesin, dgn practical dgn mesin2 tu..Memang byk buat salah tiap2 hari.huhu..Alhamdulillah bro tu baik.Sbnrnya dah boleh makan screw driver pun..Diorg memang semuanya power2..tengok baju, rambut, dgn spek pun dah tau..Start tiap2 hari around 7.30 am and balik around 4.30 pm.Until mid August insyaallah..

callibration

Pengalaman keje kilang 5 bulan after SPM dulu sikit sebanyak tlg saya..Takdela terkejut sgt bila nampak wayar2 dgn brg2 elektronik.Bezanya dulu jadi kuli je, skrg kena keje part yg kononnya mcm benda2 eletronik tu kita yg cipta.huhu..semuanya kena tahu.Walaupun tak faham sgt arahan and benda2 yg diterangkan, sebab semua dlm german language, tapi cuba jgk la..Harap2 boleh baiki diri dari hari ke hari.Insyaallah..

antara brg2 yg kena korek tiap2 hari..

Monday, June 23, 2008

Dapat Sijil..aiya..

Last friday on 20 Jun saya dapat result..Rasmi punya, dapat sijil sekali.Bestnya Herr Tukiren datang tu.Bukan senang beliau nak datang..After solat jumaat semua pun datang la jual muka masing2.12 je yang datang sebab lagi 6 tengok EURO kat Austria..Maka Herr Tukiren pun mula la berceramah.Tapi takpe, sebab dia ceramah best.Tak lawak pun gelak je, membuatkan suasana turut menjadi gelak.Best sekali time dia masuk2 je terus tanya "yang mana Ahmad eh.yang mesej semalam tu", saya terasa jambu untuk seketika..

Frau Maucke cakap


Kami first batch yang guna external marks saja (markah final je).Markah ujian2 semua tak kira..Kalau guna markah internal sekali mungkin elok sikit kot..Markah saya memang menyedihkan.Dapat sijil je terfikir memang patut ke aku dihantar ke German ni.huhuhu..Tapi takpela saya dah cuba yang terbaik.Harap2 lepas ni Allah tolong untuk baiki lagi diri yang banyak kelemahan ni..Lepas dapat sijil ada makan2 pulak.Sedap tak tau nak cakap cemana.Tak tau kenapa feel dia lain.Maybe sebab dah lama tak makan cakes and sweets kot..Tapi after makan2 memang rasa mcm nak pecah perut..Alhamdulillah.Sampai tak terasa nak bawak balik pun..

bendera tu dengki je

Thursday, June 19, 2008

Second Amsterdam

14 - 15 Jun lepas saya pegi Amsterdam untuk kali kedua..lawak juga rasa.pegi Amsterdam 2 kali dalam 2 minggu.Tapi second time ni insyaallah lebih bermakna..Takpela melabur sikit.Duit kita pun hak Allah swt, kita pinjam je.Jadi memang patut digunakan dengan niat kerana Allah.Kalau boleh beli iPod, takkan nak beli tiket untuk join program pun tak boleh.huhu..Oleh sebab masalah teknikal, saya kena pegi Amsterdam sorang2.Takpela Allah nak latih jadi berani la ni..hehe.Kawan2 bertolak pada 12 Jun..Saya bertolak pada sabtu 14 Jun around 12.45 pm and sampai ke Central around 4.00 pm..Alhamdulillah selamat sampai.Sebenarnya jemaah Malaysia ajak jumpa kat Holland sebab situ next destination diorang.Buat usrah sikit..dalam 3 4 hari.

Pak Anip & Pak mad..huhu.

Sampai2 je Central, saya pun ambik la train2 yg dah diberitahu.Jalan punya jalan, risau juga kenapa tak sampai2 lagi nama stesen tu.Dah la kat tempat orang sorang2.hehe..bahasa belanda apa pun tak tau.Part ni la memang rasa betul kuasa Allah swt..Saya pejam mata and doa dalam hati "Ya Allah bagi la aku sampai kat Musimplein.." dalam masa yg sama terus dia cakap next stop is Musiumplein.Dari situ saya naik lagi 1 train ke tempat dekat dgn masjid tu, dari situ kawan2 tolong ambik..Sebelum sampai masjid tu 2 kali jumpa dgn orang2 Malaysia.Memang byk org Malaysia kat Amsterdam..

Central (Aman ambik gambar)

Masjid dia memang besar and cantik.Kat sini ramai jemaah Morocco..Walaupun tak ramai yg boleh guna English, tapi tu tak jadi halangan.Bahasa bukan halangan dalam dakwah ni, yg penting sekali isyarat.Dalam list Imam Hasan al-Banna, bahasa dan percakapan is no 17 dalam keutamaan dakwah.Pertama sekali ialah isyarat dan contoh yg baik..Tambahan pula ada translator yg boleh tolong alih bahasa, bertambah bagus la.huhu..boleh tahan ayat.Terasa poyo sekejap diri ini..Memang banyak yg dapat dari usrah ni, especially untuk cas iman yg turunnya lebih daripada naik.Alhamdulillah, kali ni 5 orang yg datang.Semoga Allah beri semangat kpd yg lain2 untuk turut serta lepas ni.Terasa tak adil kalau kita je yg dapat benda dan pengalaman berharga ni tanpa dapat dikongsi dgn yg lain2..Kami juga dapat peluang bagi tazkirah sendiri.hehe..rupa2nya semua power bagi tazkirah.Boleh jadi ustaz dah kat tempat masing2.Rupanya ada teknik untuk tazkirah yg baik..Iaitu semuanya berkisar kepada 6 points yg penting : hakikat kalimah syahadah, solat yg khusyuk dan baik, ilmu dan zikir, ikram, ikhlas, dan berjihad di jalan Allah swt. Yang penting sekali kena tahu maksud, kelebihan, dan cara untuk mendapatkan semua benda ni.Isi2 lain boleh tambah mengikut ilmu sendiri..insyaallah.Boleh kita manfaatkan cara ni..

depan Madame Tussauds

Hari Ahad 15 Jun around lepas zuhur kami bertolak balik..saya sempat beli benda lagi untuk family.huhu..Insyaallah kami akan ikut pesan pakcik2 tu.Buat 1 tempat kat rumah untuk dijadikan tempat solat jemaah and perbincangan.Benda ni penting sebab surau dan masjid la tempat kekuatan umat Islam..

Monday, June 16, 2008

First Amsterdam

Last 6 - 7 June saya berpeluang pegi ke Amsterdam ngan classmates (6 orang including myself).Kamil, Umar, Jijo, Hilmi, Afham, and Ahmad..Untuk jalan2 je..huhu.After solat Jumaat around 2.30 pm, kami terus gerak ke stesen untuk kejar train pukul 2.58 pm.Alhamdulillah ada discount card, kami semua dapat 50% discount..Tiket pegi balik around 80 Euro (or rm 400) mcm tu..Train ICE yang laju tanpa cakap banyak ambik masa dalam 3 jam untuk sampai..kami sampai ke Amsterdam Central around 6.15 pm..

Koln Hauptbahnhof

baru sampai

Afham yg mmg tere bab2 peta and jalan2 jadi tourist guide..sng je keje.huhu..sampai2 kami terus cari hotel yg Afham dah "booking"kan.Hotel ni memang bajet..dengan 22 Euro sorang 1 malam mmg padanlah dgn keadaannya..cemana pun Alhamdulillah, ada juga tempat bermalam.teringat balik zaman2 asrama dulu.katil 2 tingkat & locker yg kurus macam lidi..then kami terus cari tempat makan.dah memang nama pun tempat jalan2, maka harga makan pun mmg padanlah dgn title tu.harga lebih kurang double berbanding Cologne..sedih juga.Tapi terpaksa la melabur sikit.padan muka sapa suruh nak berjalan sangat..hehe.Mula2 ada jumpa restoran Indon.nampak mcm best..rupanya ada babi juga.haiih..ni la dugaan kat tempat orang.

dalam hostel..

kat kedai turkey..kedai yg tak leh lupa harganya.

Amsterdam is very well-known by its exposure and influence by sex.Jadi bandar ni mmg banyak kedai2 dan pusat2 yg berkaitan dgn benda ni.Ini juga merupakan salah satu tarikan org ke sini, selain pemandangan yg cantik, kincir air, terusan air, dan pusat2 pelancongan yg lain.Jadi kenalah bertahan sikit..sebelum datang pun ayah ada pesan "mad pandai2 la jaga diri eh..especially kat tepi2 sungai tu.baba pun dah penah gi situ.." Malam tu kami melilau2 je sampai pukul 1.Pastu balik hotel..balik hotel lepas solat kami pun tidur.Oleh kerana Umar yg main2 lampu dan orang2 lain buat lawak seposen, maka kami pun dapat tidur sekejap jela..

night

Esok pagi tu kami beli2 barang sikit..ada yg beli utk family, diri sendiri, and pakwe2 yg berjaya beli la utk buah hati masing2..saya beli model kincir angin and benda2 yg lekat dekat peti sejuk utk family and 1 t shirt untuk diri sendiri.Dalam kedai2 tu ada jumpa pakcik2 dari Malaysia yg berkhidmat dalam ATM (angkatan tentera Malaysia)..siap cakap kedah lagi tu.Feel like home betul..Then kami pegi naik bot yang lalu through terusan di sekeliling Amsterdam..subhanallah, memang cantik..dalam bot ada jumpa org Malaysia.Chinese and Indian lecturers yg mengajar di UTM..hehe.Memang kebetulan..kecik je dunia ni rupanya..

topi Amsterdam

boat tour


Pastu kami gerak ke Madame Tussaud (muzium lilin) yg tak jauh dari Central.Sebenarnya kena beratur and tiket lebih kurang 18 Euro, tapi sebab kami beli kat agen, dapat murah 3 Euro..alhamdulillah.Tak kering sangat poket..Pastu buat2 la muka kesian sikit kat abg kaunter dgn buat2 tanya soalan, maka dapatlah masuk terus.Tak payah beratur dah..kat dalam tu ada banyak patung2 yg tiru artis and pelakon2 especially.dalam muzium ni la semua orang kehabisan bateri kamera..huhu.banyak sgt guna..takpela dah takde rezeki..

Queen

Pak Justin Timbalak

Pakcik Brad & makcik Jolie

Pak Marley

Kami ambik train balik around 6 pm..Amsterdam mmg byk org Indonesia.mana2 je dengar je perkataan "ngomong2, mau pigi mana, indonesia?".Kesimpulan yg kami buat, mungkin sbb belanda jajah Indonesia dulu.huhuhu..boleh terima ke? boleh la ek..hehe.Tak kurang juga org Malaysia yg datang melancong.Kat sini pun English lagi byk digunakan berbanding Cologne.Mungkin sbb byk tourists, jadi semua org kena mahirkan English sbg bahasa medium.
Dalam pukul 10 pm sampai rumah..Alhamdulillah.Moga pengalaman ni bermanfaat..

Before balik


Wednesday, June 11, 2008

Rumah terbakar? Dakwah?


Teringat ayat bro Hisyam masa jumpa hari tu..simple je contoh dia buat.hehe..rumah terbakar, dah boleh buatkan org berfikir maksud dia yg dalam..insyaallah sama2 kita kongsi pendapat saya..

Situasi 1

"eh ada rumah terbakar la! cepat2! Mesti dah teruk mangsa2 kat dalam tu!" kata sorang bomba kat member2 dia yg lain.Mereka pun ngan confident dan bergegasnya terus bertungkus lumus memadamkan api dan menyelamatkan mangsa yg dalam kesusahan tanpa memikirkan diri sendiri.Orang2 yang lalu lalang pun ramai yg tolong utk padamkan kebakaran.. "waahh..lega.nasib baik semua selamat.."

Kenapa bomba2 tu semangat nak selamatkan mangsa2 and padamkan kebakaran tu? Firstly sebab tu tanggungjawab diorg sbg bomba untuk selamatkan orang.dah kerja kan? Mestila diorang kerja bila keadaan perlu..tak kerja tak dapat gaji.hehe..Secondly sebab diorg ada kesedaran and sifat semulajadi yg ada dalam diri kita sendiri, iaitu kesian dekat org dalam kesusahan.



Situasi 2

"haiih..mesti panas kan orang2 kat dalam tu..ish2 kesiannya.apa la nak jadi kan..dah teruk dah api ni.."kata sorang mamat yg lalu depan rumah terbakar..pastu pakcik bomba ni pulak kata, "eh relaks la dulu.main dam dulu..duduk2 dulu ke.penat la datang sini..api pun takdela teruk sgt lagi.mangsa pun okay je kot.."

Logik ke apa yang jadi kat atas ni..kenapa tak logik? Sebab bomba patutnya bertanggungjawab utk padamkan api tu sebab kerja dia..orang2 yg lalu lalang pun patut tolong padamkan api dan selamatkan mangsa atas dasar kemanusiaan..zalim kan diorg kalau buat macam tu?



Antologi kat atas ni saya guna sebab sesuai dan mudah utk dipadankan dengan kewajipan kita dalam dakwah.Bomba tu boleh dijadikan diri kita sendiri, dan mangsa2 sbg orang dan masyarakat di sekeliling kita.sama sebagai kerja bomba untuk memadamkan api, kita juga bertanggungjawab (wajib) sebagai muslim untuk berdakwah.Jika kita berdiam diri dgn kemungkaran dan perkara2 yg tak sepatutnya berlaku, sifat kita samalah seperti golongan di dalam situasi ke-2 tadi, iaitu tidak cuba menegur dan mengubah mereka dari melakukan dosa dan kesilapan yg boleh menyebabkan mereka diazab di atas kesilapan mereka nanti.Tidakkah kita berlaku zalim dgn membiarkan benda yg salah berlaku sedangkan kita tau benda tu tak sepatutnya berlaku? Tambahan lagi bila kita tau dan sedar akan kebenaran, dan orang2 tu terdiri daripada keluarga dan kawan2 kita sendiri.

Sabda Rasulullah saw "sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.."
Selepas kewafatan Rasulullah saw, kitalah yang sepatutnya menyambung kerja dakwah Islam.Walaupun sikit ilmu yg kita ada, patutnya ia dimanfaatkan untuk kebaikan bersama."Itu kerja ustaz2 dgn org alim je..aku ni pun macam apa je, cemana nak dakwah and betulkan orang.." Selalunya ini yg bermain dalam fikiran kita.Tapi betul ke? Sebenanrnya dakwah adalah wajib ke atas semua muslim.Tak perlu tunggu hingga sempurna utk berdakwah, kerana kesempurnaan tu akan datang sikit2 semasa kita berdakwah.Kalau kita ajak org pegi kedai, takkan la dia pegi sorang2 je.Kalau kita ajak org jalan2 pegi Paris, takkan dia pegi sorang je, kita duduk kat rumah.hehe..begitu juga, kalau kita suruh org tutup aurat, adakah takkan terdetik dalam hati kita utk buat benda yg sama?

Pak Kamil & Pak Ahmad (gambar hiasan je..)


Menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah keburukan sbnrnya ibarat cermin.Setiap perkataan kepada org lain pun akan terpantul ke diri kita sendiri.Jadi bila semakin banyak kita berdakwah, semakin banyak kita membetulkan diri kita sendiri.."teruknya budak tu..merempit je keje.siap isap dadah lagi.pakai pun tak senonoh.." Cakap belakang je takde faedah, ibarat meludah ke langit kata orang melayu..Kita tak perlu tunggu hingga benda yg tak kita harapkan terjadi kepada keluarga sendiri dulu untuk sedar kewajipan berdakwah, sebab bila waktu tu sampai kita dah pun terlambat..

Adakah kita cuma memikirkan tentang kepentingan diri? Alhamdulillah kita sedar dan tau apa yg baik untuk diri kita.Selalu beramal dan beringat2.Tapi bagaimana dgn org2 lain yg perlukan peringatan? Tidakkah zalim sekiranya kita cuma simpan benda yg berharga ni untuk diri sendiri.Cuba bayangkan sekiranya kita berada di tempat2 org yg lawan cakap ibu bapa, tak solat, dan bersosial tanpa batas.Tidakkah kita rugi dan sebenarnya perlukan peringatan? Sabda Rasulullah saw " Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri." Jika kita menginginkan syurga dan benda yg baik untuk diri kita, seharusnya begitu juga yg kita fikir untuk org2 lain..

Jadi sama2 lah kita fikir, dalam situasi manakah diri kita.Situasi 1 atau situasi 2? Secara logiknya pun kita patut berada dalam situasi 1. Lepas sedar tentang situasi rumah terbakar dan dakwah, adakah kita masih mahu membiarkan rumah terbakar dan berlengah untuk menyelamatkan mangsa? Semoga Allah memberikan kekuatan untuk memelihara agama Allah dan membantu sesama sendiri..Amiin.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104).

Perjalanan diteruskan...

Hari ni, 10 jun, saya dgn confidentnya bangun pukul 9 pagi..tapi subuh alhamdulillah tak burn.kalau tak kena burn plk kat neraka nanti..aiyaya.tak nak tak nak..hari ni jemaah Malaysia akan teruskan perjalanan ke Krefeld..jadi diorg ada ajak la jumpa dulu sblm diorg bertolak..dlm 9.30 pagi, saya pun pegi ke tempat diorg bermalam (Stammheim) dgn Haniff & kamil..



Mcm biasa byk yg dapat semalam..bkn je dari segi peringatan, tapi jgk sokongan, and mcm biasa, dapat makan sedap2..huhuhu.org2 yg faham islam ni mmg utamakan betul saudara2 and tetamu2 dia.alhamdulillah..mcm saudara2 kita masa hijrah dari makkah ke madinah dulu, kita blh nampak betapa puak ansar melayan puak muhajirin..bagi tempat tinggal, offer ladang, makan minum, ada juga yg offer isteri sendiri.sifat ni yg kita perlu contohi sesama kita..memikirkan ttg sahabat2 and saudara2 kita lebih drpd kita sendiri..insyaallah.

Kami balik around pukul 7 malam, after brothers dari Krefeld datang jemput diorg..insyaallah khamis ni kami akan join diorg dekat Amsterdam, Netherland utk 4 hari.semoga Allah mudahkan urusan..amiin.

Tuesday, June 10, 2008

Together to Stammheim

Semalam hari yg paling best dlm hidup saya..kenapa? Sebab sblm ni 2 3 org je nak pegi surau and jenjalan gi masjid dah jadi 10 org..alhamdulillah.actually kebetulan ada jemaah dari Malaysia yg singgah dekat Cologne dalam 3 4 hari, and hajat diorg kalau boleh nak jumpa malay students yg ada kat sini..lusa on wednesday diorg akan teruskan perjalanan ke Krefeld, Bochum, Holland and next stop England, insyaallah..may Allah bless their travel.

Memang happy diorg sbb dpt jumpa org2 msia..hehe.kami pun best jugak, sbb dapat jumpa pakcik2 ni.siap masak malay food lagi..sblm sampai germany, diorg dah pegi Bahrain.kat German diorang stay dekat rumah ketua jemaah Cologne, Nisar Mir.start dari zuhur kami lepak2 ngan diorg sampai maghrib..byk benda bermanfaat yg kami dapat dari pakcik2 ni.plus, we got some info about tabligh and basic about their activities and what they do.As said, we are all muslims and have only one clear niat and objective.apa dia? Menegakkan and memuliakan agama Allah, Islam, di atas muka bumi ni.walaupun ada badan and persatuan yg lain2, tapi matlamat tetap sama..




Mula2 diorg buat tazkirah, pastu muzakarah..byk peringatan and benda baru yg kami dapat.yang best sekali, sume dlm bahasa melayu..sblm2 ni tazkirah and talk yg saya pegi semua dlm german.huhu..dah la lemah german.before asar makan2 sikit.ketua jemaah ni pakcik abdul rashid.suara besar bukan main..macam guru besar time saya darjah 1 dulu.pastu org2 tempatan pun datang..

Sebelum mahrib kami balik sbb bas ngan train jarang sikit hari Ahad..jadi terpaksa mintak diri awal sikit..sayang nak tinggal depa ni.isk2..as saguhati, tiap org dapat kayu sugi 2 batang.hoho..
Alhamdulillah..semuanya Allah dah susun.di kala hamba mu ini takde kekuatan utk ajak yg lain ke surau, Kau datangkan jemaah dari Malaysia yg berhajat nak jumpa malay students.."ya Allah, kau bantulah kami dlm memelihara iman kami, rakan2, saudara mara, dan juga org2 yg belum mendapat hidayah..tidak beriman kami sekiranya kami tidak memikirkan dan menyayangi org lain spt kami fikirkan dan sayang diri kami sendiri.." amiin..

Monday, June 9, 2008

Habis Exam..Men bola?


Habis exam! The last one was paper fizik on 6 jun rabu lepas. huhu..alhamdulillah..tapi kenapa tak rasa mcm released pun.mgkn sbb tak buat yg terbaik lagi.walaupun tak blh buat sgt, saya dah cuba yg terbaik.apa pun result yg dapat, insyaallah tu yg terbaik.kalau elok boleh dijadikan smgt untuk terus kekalkan, kalau tak elok boleh ambik sbg teguran drpd Allah swt supaya kita baiki lagi diri..


dak2 longerich + mulheim

Lepas je paper, dgn berbekalkan bola adidas F-50 yg saya beli (kena tipu 3 euro..isk2.dekat amsterdam 15 euro je) kami pun gerak ramai2 cari port utk main bola..walaupun hari mmg mendung tahap air bandung hari tu, tapi smgt tetap fresh.mungkin sbb dah lama tak main bola skli kot..lastly dapat jgk port dekat dgn Rhein river..alhamdulillah..hujan pun layan je la..hehe.hujan kan rahmat..

nistelrooy dapat style dari sini

Walaupun kaki saya mmg purely 100% bangku, tapi kebal je.bukan sbb bola tu saya punya, tapi best sbb dapat lepak dgn kengkawan after exam.lupa skjp ttg paper fizik sebelum tu..hehe.harap saya dapat baiki skill main bola..around 10 malam kami balik..main dlm sejam lebih je.sbb maghrib dah masuk..time balik pun cerah lagi..subhanallah.bezanya dgn malaysia yg tak lari jauh tempoh siang malamnya..skrg nie malam around 5 jam je.maghrib masuk pukul 10 malam and subuh pukul 3..kepada team mulheim yg tere sepak bagi kena pokok, team longerich lagi tere la sebab ketua kelas dlm team kami..markah lebih tu..

Related Posts with Thumbnails