Monday, June 16, 2008

First Amsterdam

Last 6 - 7 June saya berpeluang pegi ke Amsterdam ngan classmates (6 orang including myself).Kamil, Umar, Jijo, Hilmi, Afham, and Ahmad..Untuk jalan2 je..huhu.After solat Jumaat around 2.30 pm, kami terus gerak ke stesen untuk kejar train pukul 2.58 pm.Alhamdulillah ada discount card, kami semua dapat 50% discount..Tiket pegi balik around 80 Euro (or rm 400) mcm tu..Train ICE yang laju tanpa cakap banyak ambik masa dalam 3 jam untuk sampai..kami sampai ke Amsterdam Central around 6.15 pm..

Koln Hauptbahnhof

baru sampai

Afham yg mmg tere bab2 peta and jalan2 jadi tourist guide..sng je keje.huhu..sampai2 kami terus cari hotel yg Afham dah "booking"kan.Hotel ni memang bajet..dengan 22 Euro sorang 1 malam mmg padanlah dgn keadaannya..cemana pun Alhamdulillah, ada juga tempat bermalam.teringat balik zaman2 asrama dulu.katil 2 tingkat & locker yg kurus macam lidi..then kami terus cari tempat makan.dah memang nama pun tempat jalan2, maka harga makan pun mmg padanlah dgn title tu.harga lebih kurang double berbanding Cologne..sedih juga.Tapi terpaksa la melabur sikit.padan muka sapa suruh nak berjalan sangat..hehe.Mula2 ada jumpa restoran Indon.nampak mcm best..rupanya ada babi juga.haiih..ni la dugaan kat tempat orang.

dalam hostel..

kat kedai turkey..kedai yg tak leh lupa harganya.

Amsterdam is very well-known by its exposure and influence by sex.Jadi bandar ni mmg banyak kedai2 dan pusat2 yg berkaitan dgn benda ni.Ini juga merupakan salah satu tarikan org ke sini, selain pemandangan yg cantik, kincir air, terusan air, dan pusat2 pelancongan yg lain.Jadi kenalah bertahan sikit..sebelum datang pun ayah ada pesan "mad pandai2 la jaga diri eh..especially kat tepi2 sungai tu.baba pun dah penah gi situ.." Malam tu kami melilau2 je sampai pukul 1.Pastu balik hotel..balik hotel lepas solat kami pun tidur.Oleh kerana Umar yg main2 lampu dan orang2 lain buat lawak seposen, maka kami pun dapat tidur sekejap jela..

night

Esok pagi tu kami beli2 barang sikit..ada yg beli utk family, diri sendiri, and pakwe2 yg berjaya beli la utk buah hati masing2..saya beli model kincir angin and benda2 yg lekat dekat peti sejuk utk family and 1 t shirt untuk diri sendiri.Dalam kedai2 tu ada jumpa pakcik2 dari Malaysia yg berkhidmat dalam ATM (angkatan tentera Malaysia)..siap cakap kedah lagi tu.Feel like home betul..Then kami pegi naik bot yang lalu through terusan di sekeliling Amsterdam..subhanallah, memang cantik..dalam bot ada jumpa org Malaysia.Chinese and Indian lecturers yg mengajar di UTM..hehe.Memang kebetulan..kecik je dunia ni rupanya..

topi Amsterdam

boat tour


Pastu kami gerak ke Madame Tussaud (muzium lilin) yg tak jauh dari Central.Sebenarnya kena beratur and tiket lebih kurang 18 Euro, tapi sebab kami beli kat agen, dapat murah 3 Euro..alhamdulillah.Tak kering sangat poket..Pastu buat2 la muka kesian sikit kat abg kaunter dgn buat2 tanya soalan, maka dapatlah masuk terus.Tak payah beratur dah..kat dalam tu ada banyak patung2 yg tiru artis and pelakon2 especially.dalam muzium ni la semua orang kehabisan bateri kamera..huhu.banyak sgt guna..takpela dah takde rezeki..

Queen

Pak Justin Timbalak

Pakcik Brad & makcik Jolie

Pak Marley

Kami ambik train balik around 6 pm..Amsterdam mmg byk org Indonesia.mana2 je dengar je perkataan "ngomong2, mau pigi mana, indonesia?".Kesimpulan yg kami buat, mungkin sbb belanda jajah Indonesia dulu.huhuhu..boleh terima ke? boleh la ek..hehe.Tak kurang juga org Malaysia yg datang melancong.Kat sini pun English lagi byk digunakan berbanding Cologne.Mungkin sbb byk tourists, jadi semua org kena mahirkan English sbg bahasa medium.
Dalam pukul 10 pm sampai rumah..Alhamdulillah.Moga pengalaman ni bermanfaat..

Before balik


1 comments:

Anonymous said...

buat2 la muka kesian sikit kat abg kaunter dgn buat2 tanya soalan, maka dapatlah masuk terus.Tak payah beratur dah. haha. selamba ja awak ahmad. sempoi habiss

Related Posts with Thumbnails