Wednesday, June 11, 2008

Rumah terbakar? Dakwah?


Teringat ayat bro Hisyam masa jumpa hari tu..simple je contoh dia buat.hehe..rumah terbakar, dah boleh buatkan org berfikir maksud dia yg dalam..insyaallah sama2 kita kongsi pendapat saya..

Situasi 1

"eh ada rumah terbakar la! cepat2! Mesti dah teruk mangsa2 kat dalam tu!" kata sorang bomba kat member2 dia yg lain.Mereka pun ngan confident dan bergegasnya terus bertungkus lumus memadamkan api dan menyelamatkan mangsa yg dalam kesusahan tanpa memikirkan diri sendiri.Orang2 yang lalu lalang pun ramai yg tolong utk padamkan kebakaran.. "waahh..lega.nasib baik semua selamat.."

Kenapa bomba2 tu semangat nak selamatkan mangsa2 and padamkan kebakaran tu? Firstly sebab tu tanggungjawab diorg sbg bomba untuk selamatkan orang.dah kerja kan? Mestila diorang kerja bila keadaan perlu..tak kerja tak dapat gaji.hehe..Secondly sebab diorg ada kesedaran and sifat semulajadi yg ada dalam diri kita sendiri, iaitu kesian dekat org dalam kesusahan.



Situasi 2

"haiih..mesti panas kan orang2 kat dalam tu..ish2 kesiannya.apa la nak jadi kan..dah teruk dah api ni.."kata sorang mamat yg lalu depan rumah terbakar..pastu pakcik bomba ni pulak kata, "eh relaks la dulu.main dam dulu..duduk2 dulu ke.penat la datang sini..api pun takdela teruk sgt lagi.mangsa pun okay je kot.."

Logik ke apa yang jadi kat atas ni..kenapa tak logik? Sebab bomba patutnya bertanggungjawab utk padamkan api tu sebab kerja dia..orang2 yg lalu lalang pun patut tolong padamkan api dan selamatkan mangsa atas dasar kemanusiaan..zalim kan diorg kalau buat macam tu?



Antologi kat atas ni saya guna sebab sesuai dan mudah utk dipadankan dengan kewajipan kita dalam dakwah.Bomba tu boleh dijadikan diri kita sendiri, dan mangsa2 sbg orang dan masyarakat di sekeliling kita.sama sebagai kerja bomba untuk memadamkan api, kita juga bertanggungjawab (wajib) sebagai muslim untuk berdakwah.Jika kita berdiam diri dgn kemungkaran dan perkara2 yg tak sepatutnya berlaku, sifat kita samalah seperti golongan di dalam situasi ke-2 tadi, iaitu tidak cuba menegur dan mengubah mereka dari melakukan dosa dan kesilapan yg boleh menyebabkan mereka diazab di atas kesilapan mereka nanti.Tidakkah kita berlaku zalim dgn membiarkan benda yg salah berlaku sedangkan kita tau benda tu tak sepatutnya berlaku? Tambahan lagi bila kita tau dan sedar akan kebenaran, dan orang2 tu terdiri daripada keluarga dan kawan2 kita sendiri.

Sabda Rasulullah saw "sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.."
Selepas kewafatan Rasulullah saw, kitalah yang sepatutnya menyambung kerja dakwah Islam.Walaupun sikit ilmu yg kita ada, patutnya ia dimanfaatkan untuk kebaikan bersama."Itu kerja ustaz2 dgn org alim je..aku ni pun macam apa je, cemana nak dakwah and betulkan orang.." Selalunya ini yg bermain dalam fikiran kita.Tapi betul ke? Sebenanrnya dakwah adalah wajib ke atas semua muslim.Tak perlu tunggu hingga sempurna utk berdakwah, kerana kesempurnaan tu akan datang sikit2 semasa kita berdakwah.Kalau kita ajak org pegi kedai, takkan la dia pegi sorang2 je.Kalau kita ajak org jalan2 pegi Paris, takkan dia pegi sorang je, kita duduk kat rumah.hehe..begitu juga, kalau kita suruh org tutup aurat, adakah takkan terdetik dalam hati kita utk buat benda yg sama?

Pak Kamil & Pak Ahmad (gambar hiasan je..)


Menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah keburukan sbnrnya ibarat cermin.Setiap perkataan kepada org lain pun akan terpantul ke diri kita sendiri.Jadi bila semakin banyak kita berdakwah, semakin banyak kita membetulkan diri kita sendiri.."teruknya budak tu..merempit je keje.siap isap dadah lagi.pakai pun tak senonoh.." Cakap belakang je takde faedah, ibarat meludah ke langit kata orang melayu..Kita tak perlu tunggu hingga benda yg tak kita harapkan terjadi kepada keluarga sendiri dulu untuk sedar kewajipan berdakwah, sebab bila waktu tu sampai kita dah pun terlambat..

Adakah kita cuma memikirkan tentang kepentingan diri? Alhamdulillah kita sedar dan tau apa yg baik untuk diri kita.Selalu beramal dan beringat2.Tapi bagaimana dgn org2 lain yg perlukan peringatan? Tidakkah zalim sekiranya kita cuma simpan benda yg berharga ni untuk diri sendiri.Cuba bayangkan sekiranya kita berada di tempat2 org yg lawan cakap ibu bapa, tak solat, dan bersosial tanpa batas.Tidakkah kita rugi dan sebenarnya perlukan peringatan? Sabda Rasulullah saw " Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri." Jika kita menginginkan syurga dan benda yg baik untuk diri kita, seharusnya begitu juga yg kita fikir untuk org2 lain..

Jadi sama2 lah kita fikir, dalam situasi manakah diri kita.Situasi 1 atau situasi 2? Secara logiknya pun kita patut berada dalam situasi 1. Lepas sedar tentang situasi rumah terbakar dan dakwah, adakah kita masih mahu membiarkan rumah terbakar dan berlengah untuk menyelamatkan mangsa? Semoga Allah memberikan kekuatan untuk memelihara agama Allah dan membantu sesama sendiri..Amiin.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104).

Related Posts with Thumbnails