Thursday, June 19, 2008

Second Amsterdam

14 - 15 Jun lepas saya pegi Amsterdam untuk kali kedua..lawak juga rasa.pegi Amsterdam 2 kali dalam 2 minggu.Tapi second time ni insyaallah lebih bermakna..Takpela melabur sikit.Duit kita pun hak Allah swt, kita pinjam je.Jadi memang patut digunakan dengan niat kerana Allah.Kalau boleh beli iPod, takkan nak beli tiket untuk join program pun tak boleh.huhu..Oleh sebab masalah teknikal, saya kena pegi Amsterdam sorang2.Takpela Allah nak latih jadi berani la ni..hehe.Kawan2 bertolak pada 12 Jun..Saya bertolak pada sabtu 14 Jun around 12.45 pm and sampai ke Central around 4.00 pm..Alhamdulillah selamat sampai.Sebenarnya jemaah Malaysia ajak jumpa kat Holland sebab situ next destination diorang.Buat usrah sikit..dalam 3 4 hari.

Pak Anip & Pak mad..huhu.

Sampai2 je Central, saya pun ambik la train2 yg dah diberitahu.Jalan punya jalan, risau juga kenapa tak sampai2 lagi nama stesen tu.Dah la kat tempat orang sorang2.hehe..bahasa belanda apa pun tak tau.Part ni la memang rasa betul kuasa Allah swt..Saya pejam mata and doa dalam hati "Ya Allah bagi la aku sampai kat Musimplein.." dalam masa yg sama terus dia cakap next stop is Musiumplein.Dari situ saya naik lagi 1 train ke tempat dekat dgn masjid tu, dari situ kawan2 tolong ambik..Sebelum sampai masjid tu 2 kali jumpa dgn orang2 Malaysia.Memang byk org Malaysia kat Amsterdam..

Central (Aman ambik gambar)

Masjid dia memang besar and cantik.Kat sini ramai jemaah Morocco..Walaupun tak ramai yg boleh guna English, tapi tu tak jadi halangan.Bahasa bukan halangan dalam dakwah ni, yg penting sekali isyarat.Dalam list Imam Hasan al-Banna, bahasa dan percakapan is no 17 dalam keutamaan dakwah.Pertama sekali ialah isyarat dan contoh yg baik..Tambahan pula ada translator yg boleh tolong alih bahasa, bertambah bagus la.huhu..boleh tahan ayat.Terasa poyo sekejap diri ini..Memang banyak yg dapat dari usrah ni, especially untuk cas iman yg turunnya lebih daripada naik.Alhamdulillah, kali ni 5 orang yg datang.Semoga Allah beri semangat kpd yg lain2 untuk turut serta lepas ni.Terasa tak adil kalau kita je yg dapat benda dan pengalaman berharga ni tanpa dapat dikongsi dgn yg lain2..Kami juga dapat peluang bagi tazkirah sendiri.hehe..rupa2nya semua power bagi tazkirah.Boleh jadi ustaz dah kat tempat masing2.Rupanya ada teknik untuk tazkirah yg baik..Iaitu semuanya berkisar kepada 6 points yg penting : hakikat kalimah syahadah, solat yg khusyuk dan baik, ilmu dan zikir, ikram, ikhlas, dan berjihad di jalan Allah swt. Yang penting sekali kena tahu maksud, kelebihan, dan cara untuk mendapatkan semua benda ni.Isi2 lain boleh tambah mengikut ilmu sendiri..insyaallah.Boleh kita manfaatkan cara ni..

depan Madame Tussauds

Hari Ahad 15 Jun around lepas zuhur kami bertolak balik..saya sempat beli benda lagi untuk family.huhu..Insyaallah kami akan ikut pesan pakcik2 tu.Buat 1 tempat kat rumah untuk dijadikan tempat solat jemaah and perbincangan.Benda ni penting sebab surau dan masjid la tempat kekuatan umat Islam..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails