Monday, July 7, 2008

Hectic ke Boring? huhu

Dah masuk 3rd week practical..hectic ke boring? hehe..Jadual tiap2 hari biasanya sama.Naik bas around 7.20 am and balik pukul 4.30 pm.Solat zuhur, buat something, maghrib jemaah (harapnya constant la), baca fadhail amal sesama (housemate dapat versi melayu tu..family dia post), masak lauk ayam kalau rajin, and isyak sesama (harapnya pun constant)..Tiap khamis cam biasa kami pegi Stammheim, ada tazkirah and makan2 sikit dgn jemaah tempatan.Kalau diberi peluang dan kekuatan, insyaallah kami akan keluar lama sikit, dalam 2 3 hari dgn diorang.Minggu ni ada jemaah dari India datang..Yang bestnya diorg tau byk pasal Malaysia, sebab ada yg penah mengajar kat Universiti di Malaysia.Subhanallah, semuanya tere2 belaka..Ada prof Chem engineering, ada prof mechanical, ada prof electronic, etc.huhu..semuanya rendah diri je.Susah nak dapat sifat nie..

Bilal Mosque..Masjid pertama kat Germany.

Weekend before start practical, saya, kamil, and hanif ada keluar 3 hari dgn org tempatan..ni la 1st time officially keluar dgn diorang..huhu.First time hari tu pegi Ijtimak, second time keluar dgn org Malaysia yg dtg sini..Kali nie baru la rasa lain sikit.Kami buat setengah dekat Cologne, and setengah lagi kat Aachen.Around 100 km utara Cologne..Alhamdulillah dapat peluang pegi masjid pertama dekat German.Nama dia Bilal Mosque..Nampak dari luar relaks je, sekali masuk baru tau..Subhanallah, walaupun simple tapi unik and cantik..Orang2 pun peramah, before balik kami dpt makan BBQ..huhu.Makan je kerja..

Gambar bajet semata2

2 malam tidur kat rumah Nisar Mir..And khuruj ditamatkan dgn gabung sekali dgn jemaah 40 hari dari Berlin kalau tak silap.Diorang nie jalan kaki je..Respek betul.Bukannya dekat..Tapi Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar.Antara sifat yg paling sy suka dgn sahabat2 ni, diorang punya sifat rendah diri, peramah, and utamakan org lain.Ada sekali jalan dgn brother Turki ni, boleh dia tlg pegangkan blazer kita sepanjang perjalanan..Ya Allah, entah siapa jela sy ni dia nak buat camtu.isk2..Banyak lagi benda lain yg boleh dicontohi..As hamba yg mmg sentiasa lupa, byk kelemahan, iman yg sentiasa tak stabil naik turunnya, mmg perlu utk kita cas semula.Banyak lagi cara lain yg boleh kita buat..Asalkan niat kita utk baiki diri..Insyaallah.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails