Sunday, September 28, 2008

Deutschkurs

On last 24 Sept berakhir la kelas German saya dengan rakan2 yang lain..Walaupun cuma 5 kali class, tapi byk pengalaman yang dapat.Contohnya sebelum2 ni kelas bahasa semuanya dengan kawan2 Melayu, tapi kali dengan kawan2 yang tak boleh cakap Melayu..huhu.Maka takde la choice lain selain guna German kalau nak menyampuk dalam class.Saya dan rakan2 sempat buat 1 presentation tentang Malaysia..Kebetulan hari tu kami nak ambik gambar berbaju Melayu lepas class, maka diorang semua boleh la tengok betul2 Baju Melayu depan mata.

Separuh lagi takde..isk2.

Antara countries diorang are China, Japan, Finnland, Belgium, and France.Dapat juga belajar sikit2 bahasa and culture depa semua..Sadly on last day separuh tak datang, tak dapat la ambik gambar dengan depa.hehe..Thanks to Frau Oberliessen yang mengajar kami..Also to Jonathan, San, Sanna, Susanna, Alicia, Henneke, Ari, Sarah, Miki, Pako, Janna, dan yang lain2.May Allah bless them and show them the way..Amiin.

mat nip & mat pin

Orientation

15 September..Walaupun malas, tetapi tetap saya gagahkan kaki ini untuk hadir ke 1st Day Orientation Week dengan international Students yang lain..Selama 2 weeks kami akan diisi dengan mcm2 program termasuk pendaftaran, kelas German, dan juga jalan2..Pada pagi yang indah tersebut, saya dan rakan2 dengan confidentnya pegi ke North Campus (sebenarnya pendaftaran dekat South Campus).Maka dengan gelabahnya terpaksalah berkejar ke South Campus..Alhamdulillah masa yang kami terlepas tu cuma ada makan2 je..Kami kan puasa (^__^) Diorang pun faham..Semuanya baik2 dan peramah belaka.Committee, Cikgu2, dan juga Dekan sendiri.Kebanyakan international students yang lain baru je sampai kat German dan cuma stay untuk 1 hingga 2 Semester, berbanding saya dan rakan2 yang dah 9 bulan sampai dan akan menetap hingga tamat pengajian..Sebabnya diorang ni semua terlibat dalam program pertukaran pelajar antara tempat masing2 dan Germany.

penulis & abg nip

fellow friends

Kebanyakan masa sepanjang orientasi adalah untuk kursus bahasa..Sebelum masuk ke kelas, kami dibahagikan ikut exam.Selain tu, ada juga program2 lain macam city tour and party.Walaupun tak paham apa yg tukang cite tu cite tentang tempat2 yg dilawati, tapi saya tetap bajet faham and ambik2 gambar.huhu..

kuda

near Rhein River

And lastly before balik, kami naik kapai pusing2 dekat Sungai Rhein..Yang best sekali program dengan international students ni, semua baru belajar cakap German.Maka saya pun takdela nampak teruk sgt cakap German..Tersekat2 and mix english cina india pun tak rasa apa2.hehe..Ada sorang committe ni (Verra) pandai bagi salam and cakap arab sikit2.Beliau jugak suka belajar2 bahasa asing daripada pelajar2 yg lain..May Allah give hidayah to all of them..Amiin.

boat tour

der Haniff, die Verra, der Ahmad,der Kamil

Tuesday, September 23, 2008

Iftar Duisburg - Essen

Alhamdulillah on last 13 & 20 Sept saya berpeluang berbuka puasa dgn bros & siss dari Indonesia.Sekali pada 13 hb di Duisburg (rumah Mas Zulfadli) dan sekali pada 20 hb di Essen (rumah Mas Heru).Terima kasih pada Abg Rizza dan Kak Nadia yg tolong berikan contact saya kepada Mas Fatri..Saya mmg rasa happy sebab dapat jumpa ikhwah dari Indon ni.Kenapa? Sebab sebelum2 ni memang belit2 lidah dan wayar dalam kepala nak guna dan translate banyak bahasa.hehe..sekarang dah boleh guna bahasa jiran je..Diorang ada komuniti Indonesia kat daerah Nordrhein Westfalen ni.Kebanyakannya terdiri drpd students Master, phD, dan juga sudah bekerja.

Jepuk make

Biasanya sebelum Iftar, akan buat tadarus sesama lebih kurang 5 - 8 muka ikut kesempatan.Then sorang wakil akan bagi sedikit peringatan..Di rumah Mas Zulfadli, Mas Ihsan sembang tentang Nabi2 Ulul Azmi dan kebesaran Al-Quran, kat rumah Mas Heru pula Mas Zaid sembang tentang taubat..Pastu lepas masuk waktu, semua pun makan..Takkan la jual kuih pulak kan..huhu (lawak haniff).Mula2 makan sikit, lepas solat Maghrib baru makan berat..Fuh memang sedap la depa masak..Tapi makan sikit je disebabkan malu nak tambah.

anak Mas Zulfadli

Biasanya saya dan rakan2 akan balik awal ke Düsseldorf untuk kejar terawih..Insyaallah lepas Ramadhan ni akan ada usrah.Diorang kata masa Ramadhan biasanya iftar sama2 seminggu sekali..Perut kenyang, peringatan pun dapat.May Allah bless them always.

Permisi dulu ya

Iphone 3G

Kali ni kita cakap sikit tentang teknologi..Saya tertarik dgn sebuah makhluk Allah yg diberi nama iphone 3G ni.Sebabnya kerana makhluk ni merupakan smart phone dari Apple inc yang dah diubahsuai daripada versi sebelumnya iaitu iphone 2G.Tema utama tentang iphone ialah 3 in 1, iaitu handphone, ipod touch, dan juga internet browser.Antara ciri2 iphone 3G yang dah ditambah berbanding versi 2G ialah aplikasi 3G utk internet browsing yg lebih laju, sistem GPS, better speaker, line in earphone yg standard, plastic body, bateri yg lebih tahan lama, dan harga yg lebih murah.Walaupun ada byk saingan daripada produk2 lain dan juga kelemahan dalam beberapa aspek, tapi iphone 3G tetap mendahului dari segi interface, mesra pengguna, 3G speed, dan kestabilan software.



Versi yg boleh didapati ialah dalam kapasiti 8g dan 16g.Selepas setahun iphone dipasarkan bermula Julai 2007, pengguna iphone di seluruh dunia dah mencecah 7 juta orang..Apple inc juga telah meluaskan pasaran dari 6 negara ke 24 negara, dan sasaran 70 negara menjelang December 2008.


Minggu lepas sekitar 15 Sept saya mula jadi pengguna iphone 3G 8g..Sebagai seorang yg kurang pengetahuan dlm teknologi, masih byk yg saya perlu belajar.Sedikit sebanyak daripada saya, moga bermanfaat.


Thursday, September 18, 2008

Belgium

3rd - 7th September..Saya dan kawan2 join pakcik2 Malaysia ke Belgium untuk beberapa hari.Alhamdulillah dapat jalan2 sambil baiki diri yg lemah ni..Kali ni khidmat translation kami kurang diperlukan sebab di Belgium tak guna bahasa German.Tapi lebih kepada France, Holland, dan Flemmish, bergantung kepada kawasan.Petang 3rd Sept lepas Asar kami bertolak ke Brussel ngan kereta dengan bantuan brother Halim.Masa perjalanan lebih kurang 150 minit dengan jarak 280 Km..Maafkan saya kerana terlalu spesifik..Sampai lebih kurang sejam sebelum berbuka puasa.Alhamdulillah semuanya best..Semua orang baik2 belaka, masjid pun cantik & besar, tempat tidur best, makan best, tinggal saya je yang kurang best.

Brussel..Heart of Europe.

Kawasan pertama yg kami pegi tu adalah kawasan orang2 Muslim, yg majoritinya Morocco dan Turki.Jadi memang semuanya orang2 islam la yang nampak kat tepi jalan..Bila keluar dari kawasan ni baru la nampak Belgium yang sebenarnya..Brussel juga dipanggil "The heart of Europe" kata bro Majid yang fly ke Canada pada esok harinya.Cuaca juga agak sejuk dan berangin di sini..Selepas 2 hari di Brussel, orang2 sini sepakat untuk hantar kami ke Masjid Pakistan di Gent pula, yang terletak lebih kurang sejam ke Barat Belgium.Kami stay di sini pun lebih kurang 2 hari.Kalau di Brussel bahasa utama ialah Arab, di Gent pula bahasa utama ialah Urdu.Haa pening la urat saraf kepala nak tukar2 bahasa..

Gent..tepi terusan.

Antara pengalaman yg penting, saya dapat peluang jumpa bro's kat Belgium, di samping baiki diri, dapat pengalaman baru, dan jalan2.Insyaallah kalau ada rezeki akan jenguk lagi ke sini..Saya dan 2 lagi rakan pulang ke Dusseldorf pada tengahari Ahad, 7 Sept dengan Train.May Allah bless the brothers in Belgium dan mudahkan perjalanan pakcik2 Malaysia di sini..Amin.

antara org kedah yg berjaya keluar kampung

Wednesday, September 17, 2008

Dusseldorf

1 September..Starting from today, im gonna be in this town for 3 - 4 years.Ibu negeri untuk daerah Nodrhein Westfalen ni dekat je dengan Cologne.Maka kerja pindah rumah pun takdela membebankan sangat.Tapi brg2 tetap dipindahkan 2 kali sebab tak cukup tangan.hehe..First day kat sini yg penting sekali kena carik masjid.Kalau tak susah la nanti nak buka puasa free and exercise (terawih)..Kebetulan pakcik2 Malaysia dtg singgah di dusseldorf untuk 3 hari, kami pun boleh la join diorang kat masjid yg sama.Alhamdulillah semuanya okay..brothers baik.And masjid pun sng nak pegi, cuma jauh sikit.Buat masa skrg saya dan kawan2 (haniff & kamil) masih tinggal di bilik berasingan.Tapi plannya nak cari 1 rumah and duk sekali..Tengok dulu la cemana kan..kalau jumpa insyaallah pindah.

kat Jalan Benrether

First impression? Orang2 dusseldorf cakap german lagi sng nak faham kot.huhu..sebab takde dialek mcm kat Cologne.Pastu diorang lebih kemas dari segi pemakaian and tatatertib..Pegi memana je semua bajet mcm nak pegi keje.Pastu kat sini byk org cina and jepun..Berbanding Cologne yg lebih banyak org turki.Living cost kat sini pun boleh kata kurang sikit berbanding Cologne..Alhamdulillah ada jugak sorang senior Malaysia.Diana nama beliau.Boleh la bodek sikit2 kan..Jiran2 bilik saya kebanyakannya international.Jiran sebelah saya, kak Renee dari Singapore yg belajar muzik.

budak sesat

Sepanjang ramadhan ni kami berbuka kat masjid je..Save bajet sikit and dapat jumpa org2 tempatan..Hopefully Allah mudahkan kehidupan kat tempat baru ni and tolong saya buang sikap malas belajaq..aamin.

tempat study kononnya

Sunday, September 14, 2008

Semua Pindah..

31 August..Hari merdeka? Hari ni juga last day saya dan kawan2 (laki je) before kami pecah ke tempat masing2.Ada yang ke Wiesbaden, Bremen, Munchen, Aachen, dan lain2..Hari ni juga saya post barang ke Malaysia utk family..tapi kenapa sampai skrg tak sampai2 ya? hehe..harap2 lepas ni sampai.Petang tu kami pegi jenjalan kat Arkaden (shopping centre).Macam biasa saya tetap mcm ayam masuk kampung..Masuk kedai sukan buat mcm rumah sendiri, masuk kedai kasut buat mcm kasut sendiri, begitu juga dgn rakan2 sehensem yg lain.Azizul beli beg besar yg omputih selalu pakai time melancong tu, dan umar beli microphone utk karaoke.huhu..Before balik kami makan eskrem kat kedai Pak Kasim.

abg2 yang tak tau bila nak matangnya

Malam tu kami masak sesama and habiskan semua ayam yg ada..Chef2 sejati mengambil tempat kat dapur.Gilir2 masak sambil dihiburkan suara sedap abg Jijo berkaraoke di ruang tamu.Malam tu masak spagheti kari ayam, telur dadar, dgn masak kurma.Juga tak lupa rendang dari Wiener Platz..Before makan kami solat maghrib jemaah kat ruang tamu (sbb ramai org..bilik umar tak cukup ruang).And di antara maghrib and isyak, kami ambik kesempatan utk beri peringatan sesama sendiri.Around 30 mins, setiap org cakap sikit2..Alhamdulillah semua boleh jadi ustaz sbnrnya (^__^) Isyak umar jadi imam..sedih skt time part umar baca doa dalam melayu..it reminds myself of the importance of understanding the prayers we make, bukannya sekadar menghafal.And Allah knows and understands all languages including in our heart.

tukang perosak

Pastu makan2 !! harap2 sedap2 la naaa..hehe.Malam tu saya tidur agak lewat sebab kemas brg sikit..May Allah bless them always..

Saturday, September 13, 2008

Pokcik2 Malaysia

Awal august baru ni ada 1 jemaah pakcik2 Malaysia yg dtg utk stay kat German for 4 months..Ahlan wasahlan kullukum.hehe.Selamat datang pakcik2 sekalian (^__^) nama diorg are Pakcik sarjanti, pakcik kamaruddin, pak tih, pakcik jasmi, dgn pakcik yunus.Tapi utk rasa keremajaan sikit, mereka lagi suka dipanggil brother.Semuanya baik2 belaka..2 orang perak, 2 orang pahang, and sorang singapore..First sekali jumpa dekat Stammheim, rumah Nisar, lepas di informed oleh jemaah Malaysia di Holland.Alhamdulillah saya dan 2 org rakan yg lain (haniff & kamil) ada boleh la sikit sebanyak bantu diorang, especially dari segi bahasa dan tempat2 sekitar.Kebetulan time diorang datang dah nak habis practical, dan kami pun ada cuti 2 weeks after practical, maka boleh la luangkan masa dgn diorang..

naik kereta berapi

Alhamdulillah sempat keluar dgn diorg tak kurang dari 10 hari, walaupun putus2 sebab ada benda yg lain yg kena buat..Antara tempat2 yg dilawati are Ehrenfeld, Leverkusen, Fressen, Barbarossaplatz, Deutz, Krefeld, Oberhausen, dan lain2..saya berpeluang stay and join program di lebih kurang 9 masjid around daerah Nordrhein Westfalen..Memang byk pengalaman dan manfaat yg dapat sepanjang join diorang.Antaranya dapat kenal dgn ramai islamic brothers and practise cara bergaul dgn org2 yg berlainan bangsa.Banyak juga kes dua2 guna bahasa lain2..hehe.Tapi tak jadi masalah..Ada sorang mamat turki yg ikut kami seminggu guna bahasa isyarat je spnjg masa, sbb dia tak guna german and english.saya juga berpeluang belajar dgn pakcik2 ni mcm2 benda..Dari benda2 harian, masalah hidup, sampai la kepentingan islam..Selain tu dpt juga praktikkan benda yg selalunya cuma dgr and simpan.Contohnya adab2 harian, sunnah2 yg mudah, and menggerakkan diri utk dakwah.Di mana semua ni susah utk buat kalau takde suasana and orang2 yg kejutkan saya drpd Tidur..

stesen Oberhausen

Skrg pakcik2 ni tgh ada dekat Belgium..ikut plan asal, diorang akan berada 2 bulan kat germany and sebulan di belgium, bergantung kpd kesediaan brothers di tempat masing2.And Insyaallah singgah di Qatar utk buat haji sebelum balik ke Malaysia.Happy beraya di Europe ya pakcik2 sekalian..hehe.May Allah bless them always..

2nd time in Leverkusen

Wednesday, September 10, 2008

Birthday Jep & Goh

Hari esoknya, ada Evaluation bersama Frau Maucke.Tujuannya untuk menilai prestasi CDC secara umum.Pastu semua dapat documents yg diperlukan untuk masuk ke Universiti masing2.Alhamdulillah semuanya dah diuruskan.Kalau tak susah juga nak siapkan..Saya rasa, CDC mmg bagus dlm pengurusan.Walaupun tak semua benda bagus, tapi okay la kot.Bayaran untuk diorg ni tak pasti.Dengar2 kata mahal juga.Kalau betul mmg patut la servis pun bagus.hehe..

evaluation

makang

After solat zuhur sesama, kami pun bertolak ke Dusseldorf utk makan buffet dekat restoran India.Sbnrnya cadangan Siti Hafizah, tapi alang2 boleh la celebrate birthday Jep & Goh sekali.Tapi takde rezeki, rupanya time buffet cuma sampai pukul 3 petang.Dengan cuaca yg hujan semua pun terkebil2 fikir nak buat apa.hehe.Lastly kami plan pegi ke Dortmund je..Makan pun pegi beratus kilometer.Semangatnya anak2 muda skrg..Bruder2 Dortmund pun rekemen la 1 kedai yg boleh tahan harga dia.huhu..Saya teringin Half Chicken tapi takde rezeki, ayam tak cukup.huhu..ramai sgt makan benda tu.Semua pun tanpa segan silu nyanyi lagu birthday utk birthday Boys..

abg goh dan sapik

solat

Lepas makan kami balik ke rumah bruder2 yg buat praktikal kat dortmund untuk solat maghrib and isyak..Disebabkan train agak lambat, diorg ajak makan aiskrim dulu.Saya belanja birthday boy dgn harapan dia akan bersemangat untuk teruskan hidup dgn cemerlang dan best.May Allah bless Jafni and give hidayat to Goh Jun Xiang..

balik

Abschiedsfeier

22nd August was a best day for all, except Afham and Syafiq sebab practical diorg belum habis lagi.(tapi korang untung sebab lepas ni dah takde practical..hehe).Hari ni hari last day practical utk semua org, and untuk tu CDC ada buat 1 jamuan perpisahan.Jamuan start around 7pm tapi ada yg datang lambat sebab tempat practical jauh.Makanan import dari Restoran Indonesia yg dikatakan halal (insyaallah) oleh Frau Maucke.Makanan yg nmpk kemalaysiannya menambat hati kami semua yg dah lama tak mkn makanan malaysia.Walaupun ada masak lauk Msia kat rumah, tapi disebabkan semua mmg terror masak, maka jadilah lauk merepek.Before makan, ketua kami Encik Umar bagi ucapan dulu diikuti Encik German.

makcik pakcik

makanan Malay

Berita baik ttg malam ni ialah semua org dapat beg free, khas dari Carl Duisberg Centren.Niat saya pada awalnya nak beli beg baru, sebab beg Hari Keluarga PNB yg digunakan skrg ni dah nak tembus bawahnya.Tapi alhamdulillah ada beg baru (tak tidur malam lepas dapat tu).Lepas tu semua org pun makan2..Disebabkan terlajak masa, maka kami pun solat jemaah dekat CDC je.Jaket2 dihampar utk sejadah and solat didirikan di tepi tangga..Semua org yg tak reti nak balik2 lagi meneruskan program dgn main cabut undi.Siapa yg dapat, kena ikut arahan org lain nak buat apa pun.Afham dgn Rahman kena nyanyi, Jia Hui dgn Haniff pula kena minum air sebotol sampai habis.Lepas tu kak Michelle pula cadang utk main musical chair..hehe.Saya tak main sbb takut langgar2 dgn amoi2 tu.

bersama abg Hilmi

coursemates

After jamuan kami balik ke rumah and solat maghrib & isyak dgn pakcik2 dari Malaysia.After solat diorang bagi sikit nasihat dan saya tolong hantar diorang balik ke Masjid.Terima kasih byk pakcik Sarjanti dan Pak tih.

semua ada kecuali Azizul

Habis Practical

Alhamdulillah after 2 months, practical habis juga on 15th August.Sejak 2 bulan yg lepas, jadual agak sama tiap2 hari.hehe.Siap2 pukul 7.30 am and balik around 4 pm.Cuma hari jumaat balik awal sikit sebab solat jumaat..Banyak pengalaman yg dapat sepanjang duk kat Tektronix company ni.Especially dapat pegang and tengok sendiri alat2 elektronik, plus dapat kerja dgn engineer2 German yg berpengalaman.Walaupun byk buat silap and salah dengar arahan, tapi alhamdulillah takdela kena marah sgt.Antara org2 yg berjasa are Herr Putz yg bagi kami kerja kat situ, Arno Schmitz yg paling byk tolong.Dan yg lain2 Heide, Olaf, dan Peter.Juga kepada Other workers yg byk membantu.Moga Tektronix dapat terus hasilkan scopes yg best and sentiasa untung.May Allah bless them and give them hidayat.Amiin..

meja Arno

Tapi ada rekod yg tak berapa best.Sepanjang 8 weeks ada juga terponteng sehari sebab bangun lambat.hehe.Esok tu terus kena sound dengan bos..Haa baru kelam kabut.Tapi dgn teguran tu maka kerja pun jadi berkualiti dari masa ke semasa.Terima kasih bos !

calibration

Pot Luck

On last 9 August saya and kwn2 sempat buat pot luck.Time ni semua org still tgh practical.Entah cemana dtg idea nak buat pot luck ni pun tak tau.hehe.After bincang2 dgn kawan, kami pun plan nak kumpul ramai2 dekat Fuhlingen See.Tapi friends yg tgh practical dekat Dortmund tak dapat dtg sbb jauh..lagipun weekend sure nk berehat.A night before saya and umar masak ayam masak merah (tapi mcm jadi ayam kari je).Amsyar pula buat ikan bakar pagi2 before pegi sana..Chinese girls bawak mihun tomyam dgn crisps, chinese boys bawak potato yg sedap, and laki bawak ayam masak merah, air, and ikan bakar.Tak kurang juga yg bawa perut dgn confident.Yang penting semua dpt jumpa and share experiences after 2 months practical..

di gigi air

Tempat tu mmg cantik.Ada byk itik and sungai dia boleh mandi...Saya terpaksa minta diri awal sikit sbb ada kerja sikit lepas tu.hope everyone was happy and ayam masak merah tu sedap..insyaallah next time akan pegi lagi tempat tu.

makan

bajet otai

Related Posts with Thumbnails