Sunday, September 28, 2008

Orientation

15 September..Walaupun malas, tetapi tetap saya gagahkan kaki ini untuk hadir ke 1st Day Orientation Week dengan international Students yang lain..Selama 2 weeks kami akan diisi dengan mcm2 program termasuk pendaftaran, kelas German, dan juga jalan2..Pada pagi yang indah tersebut, saya dan rakan2 dengan confidentnya pegi ke North Campus (sebenarnya pendaftaran dekat South Campus).Maka dengan gelabahnya terpaksalah berkejar ke South Campus..Alhamdulillah masa yang kami terlepas tu cuma ada makan2 je..Kami kan puasa (^__^) Diorang pun faham..Semuanya baik2 dan peramah belaka.Committee, Cikgu2, dan juga Dekan sendiri.Kebanyakan international students yang lain baru je sampai kat German dan cuma stay untuk 1 hingga 2 Semester, berbanding saya dan rakan2 yang dah 9 bulan sampai dan akan menetap hingga tamat pengajian..Sebabnya diorang ni semua terlibat dalam program pertukaran pelajar antara tempat masing2 dan Germany.

penulis & abg nip

fellow friends

Kebanyakan masa sepanjang orientasi adalah untuk kursus bahasa..Sebelum masuk ke kelas, kami dibahagikan ikut exam.Selain tu, ada juga program2 lain macam city tour and party.Walaupun tak paham apa yg tukang cite tu cite tentang tempat2 yg dilawati, tapi saya tetap bajet faham and ambik2 gambar.huhu..

kuda

near Rhein River

And lastly before balik, kami naik kapai pusing2 dekat Sungai Rhein..Yang best sekali program dengan international students ni, semua baru belajar cakap German.Maka saya pun takdela nampak teruk sgt cakap German..Tersekat2 and mix english cina india pun tak rasa apa2.hehe..Ada sorang committe ni (Verra) pandai bagi salam and cakap arab sikit2.Beliau jugak suka belajar2 bahasa asing daripada pelajar2 yg lain..May Allah give hidayah to all of them..Amiin.

boat tour

der Haniff, die Verra, der Ahmad,der Kamil

0 comments:

Related Posts with Thumbnails