Tuesday, October 28, 2008

Resipi Hari Ini ( RHI )

Resipi :
Ayam Tomyam (panaskan semalam punya), Ayam Masak Lemak & Sayur Campur Semua

Lokasi :
Asrama Jejaka Utara Malaysia

Bahan-Bahan :
Periuk, Kuali, Getah ikat rambut, Ajinamoto, Ayam (hidup punya), Kata2 semangat dari rakan, Rasa ingin mencuba, Tangan yang mesra, dan Jiwa yang tidak gusar.

Chef-Chef Jemputan :

Chef Penulis

Chef Kamil - Chef Mat Nip

Chef Kamil (pakar bawang)


Cara-Cara :
(1) Duduk diam, sampai kawan marah suruh mula masak.
(2) Cucuk2 ayam untuk cek sama ada masih hidup (jika hidup pulangkan ke kedai).
(3) Baca langkah2 dari belakang perencah.
(4) Cuba yakinkan kawan2 yang kita memang tau langkah ni dah lama, bukannya selepas membaca nota di belakang perencah.
(5) Serahkn tugas kepada kawan2 dan cuba bergaya macam Chef utama.

Selamat Mencuba Ya.. (jangan la cuba betul2)


Hasil Masakan :

Ayam Tomyam

Sayur Campur Semua

Ayam Masak Lemak



Penghargaan Kepada :

Itik Tok Wi (tempat lapik air)

Sponsor Air (Ice Tea & Oren)


Kata-Kata Semangat :
Jika Chef Wan & Chef Ismail boleh, mengapa tidak Anda ?

Yuk Makan !

Sunday, October 26, 2008

Ngapain?

Alhamdulillah semalam tanggal 25 Oktober saya berpeluang ngikutin halaqah buat pertama kalinya bersama Mas Fantri, Mas Auliya, Mas Eki dan Mas Nur Rahman. Jam 9 pagi saya dan Mas Kamil bertolak ke Dortmund dengan keretanya RE6..Hampir sejam setengah juga perjalanannya ditambah dengan masa tertunda.Setibanya di Stesen, kami bertemu dengan Mas Fantri di gerbong belakang bagian atas..

Bas udah sampe

Rumahnya Mas Eki enggak berapa jauh dari Stesen utama, yang memudahkan kami sampai.Acaranya dimulain dengan tilawah bersama, terus sesi berkenalan, ataupun Taaruf.Kali ini Mas Fantri perkenalin dulu dengan inti sarinya halaqah, kerna saya dan Mas Kamil masih baru lagi.Selepas ini pertemuannya 2 Minggu sekali..Bole jadi masih di rumahnya Mas Eki ataupun tukar2 lokasi mengikut kesenangan masing2. Terus menjamu selera dan solat Zuhur sebelum permisi.. Gimana ni ole2 dari Indonesia diimport dari Malaysia? Hehe..Enggak mengapa si..Kita ini berjiran saja.Tanah Melayu pun diasasin oleh Parameswara dari Palembang gitu.

Mas Kamil

Sekitar jam 2 saya dan Mas Kamil pulang ke Dusseldorf.. Saya rasa bacaan dan hafalannya perlu ditingkatkan lagi.Bila ada acara bersama rakan2 gini, baru terasa diri ini begitu lemah sekali. May Allah bless all the people stated in this post.

Yuk pulang !

Friday, October 24, 2008

Neuwied

Pada 17 October lepas saya berpeluang ke Neuwied, kawasan yang agak selatan dari Düsseldorf, tapi masih dalam Nordrhein Westfalen.Buat apa kat sana? Pakcik2 M'sia sekarang sedang berada di Bonn dan tinggal 2 weeks lagi sebelum diorang pergi ke Qatar and buat Haji.Diorang teruskan perjalanan ke Neuwied and kebetulan urusan Visa pun akan dibuat kat sini.Haa jadi kami pun ambik la kesempatan untuk stay 1 Malam dengan diorang..

Stesen Neuwied (sejuukkk.. huhu)

Petang 17 Oct after solat Jumaat, saya pun bertolak dgn rakan2 ke Neuwied dgn Train.Perjalanan lebih kurang 2 Jam and sekali transit.Haiyo sejuk betui la kat sini naa..Datang2 pening kepala, cek2 rupanya 5 Celcius.Winter oh Winter, mengapa engkau sejuk (-__-) Bro Arhan datang ambik kat Stesen dengan Mitsubishi Hijau beliau ke Masjid..Kat sini saya berpeluang jumpa dengan orang2 tempatan yang baik2 belaka.Banyak budak2 pulak tu.Huhu..Pakcik2 M'sia sampai after Maghrib, alhamdulillah semua selamat sampai..

Macam kat Kedah je kan

Esok pagi saya dan rakan balik around pukul 9 Pagi, sebab Kak Siti dari Krefeld nak datang melawat Düsseldorf.Keadaan agak berkabus ala2 romantik gitu..Di Stesen masa tunggu Train, saya berpeluang sembang dengan sorang Makcik Afghanistan ni, Mahbubah namanya.Kalau dia tak bagitau asal dengan nama, memang ingat orang German la.Huhu..Dia banyak tau tentang Malaysia and datang German time dulu2 atas sebab perang.Anak2 beliau yang kebanyakannya dah berjaya and berkeluarga semua duduk asing..Jangan risau ya Makcik Mahbubah, tak lama lagi sure Islam akan bangkit semula and semua negara Islam bebas dari perang.

Kabus melanda

Sesat ke makcik? Kuikui

Setibanya di Stesen Dusseldorf terus terjumpa Kak Siti Krefeld, and dia bawa ke Restoran buffet India (eh siapa yang patut bawak siapa ni? Hehe).Insyaallah nanti kami pula yang pegi Krefeld and jumpa kawan2 kat sana.May Allah bless all the people stated in this post. Amiin.

Restoran India ( sedang cover kepedasan )

Tuesday, October 21, 2008

Al-kisah Raja di Coburg

Coburg tu kat mana? Cemana boleh ada Raja kat Coburg? Haa ni nak cerita sikit..Last time lepas Raya di Frankfurt, saya dan Haniff bertolak ke Coburg untuk jumpa kawan dia dari GMI yang baru 2 minggu sampai di German.Rupanya kawan dia nama Raja..huhu. Perjalanan dari Frankfurt ke Coburg ambil masa around 4 jam setengah, tapi agak menakutkan sebab destinasi agak jauh dari bandar.Alhamdulillah sampai juga and kami disambut oleh Raja kat Stesen. (Raja sambut tu, bukan memain)

Bunga..eh Orkid la. Huhu..

Dari Kiri : Anip, Raja, Ahmad

Tempat tinggal diorang memang smart tahap Gaban.Kawasan pun memang cantik, tapi kami cuma nampak pemandangan pada esok hari, sebab time sampai tu dah malam.Malam tu tiba2 kena jadi Chef la pula.Haiih.. Masak jela apa yg ada.Saudara Raja ni memang pembersih orangnya, setitik air teh yang tumpah akan di lap dengan penuh kasih sayang.Time kasih banyak sebab bagi peluang masak malam tu na.Mintak maaf kalau buat banyak sepah..hehe.


Ipin & Upin

Di sana juga ada terjumpa sorang member lama dari GMI yg berkenalan through internet je.Tak sangka jumpa kat sini.Kebetulan beliau jiran saudara Raja..Tak sangka dunia ni kecik je.Esoknya diorang ramai2 pegi beraya and nak bertolak ke Selatan.Maka saya dan Haniff permisi la dulu..Sebelum balik sempat pusing2 kawasan sekitar..Subhanallah memang cantik la..Ditambah dengan nak masuk spring.Terasa macam berlakon cite Winter Sonata pun ada.Huhu..

Candid (candid la sangat)

Suhu yang mencecah 2 Celcius kat sini agak mencabar kejantanan diri saya.Rupanya kawasan makin selatan makin sejuk..Cuaca agak lembap and selalu hujan.Tapi takpe hujan tu rahmat! Perjalanan balik Dusseldorf yang lebih kurang 9 Jam agak memeningkan..Tapi terubat lepas jumpa bilik yang dirindui..Kepada saudara Raja, selamat maju jaya di FH Coburg and success dunia akhirat.Amiin..

Sampai juga kat bilik..ZZzzZZzz..

Friday, October 17, 2008

Dah Tua Rupanya

Masuk 3 October lepas, genaplah umur saya 19.. 19? Dah tua rupanya..Rasa macam baru je semalam kena kejar dgn Mama & Baba sampai kat padang sebab tak nak pegi sekolah.Macam baru semalam kena kunci kat luar rumah sebab degil.Macam semalam baru main guli dalam longkang..Cemana pun umur akan tetap meningkat, dan yang pasti kitaran hidup adalah pasti.Setiap orang dilahirkan, zaman bayi, kanak2, remaja, dewasa, dan mati yang pasti menanti..


Penulis (kanan) tak puas hati dgn adik dapat duduk atas riba


Pertambahan umur ni mengingatkan sy tentang tenggungjawab yg makin banyak.Tambahan bila semua benda kita kena fikir sendiri, bukan lagi parents ataupun kakak2.Subhanallah, memang ajaib ciptaan Allah.Perubahan fizikal kita berubah sikit demi sikit tanpa kita perasan.Tinggi, muka, suara, semuanya berubah dgn perlahan.hehe..Azam tahun yg baru ni? Moga saya jadi lebih matang (huhu sampai skrg tak ubah2), dan dapat baiki kelemahan2 yg banyak ni..Amiin.

Di Kaki Gunung Kinabalu masa 7 tahun (5 dari kiri)


17 tahun (belum cukup umur)

18 tahun (baru cukup umur) Dari kiri : Haniff, Penulis, Kamil

Tuesday, October 14, 2008

Raya Dalam Kelas

Di kala orang tengah riang ria solat and takbir raya, saya tengah terlentok dengar lecture Physics.Apa la nasib ada class di pagi raya kan..hehe.Takpe ada hikmahnya.Hari tu, Selasa 30 September, 1 Syawal, saya dan rakan ada class dari pagi hingga tengahari.Pada petangnya saya dan Haniff bertolak ke Frankfurt untuk berjumpa dgn rakan2 lama dan beraya di Konsulat Malaysia.Perjalanan lebih kurang 4 jam mmg memenatkan jugak la..Alhamdulillah sampai around 7 pm.Sedara Hilmi jemput kami dgn basikal baru hijaunya (walaupun tak naik pun.cuma sorong je) di stesen and terus ke rumah Abg Mad tak jauh dari situ.

baru sampai dah bajet

Malam tu kami tolong2 depa siap untuk open house esok..Kat sini meriah sebab ramai org Melayu.Pilu juga dalam hati fikirkan ada berapa kerat je org Melayu kat Dusseldorf..Tuan rumah, Abg Mad, senior kami yg dah habis belajar and sedang bekerja kat German.Isteri dia, Kak Liza pun sesame kerja.Dan yang lain2..Tak lupa juga kepada kembar kakak & adik..comel tahap gaban punya.Malam tu lepas gotong royong kami balik ke Hostel member2 Wiesbaden..Bilik diorg memang smart tak tau nak cakap.hehe..Untung korang.Before tidur ada buat makan2 sikit, buah tangan dari tempat jauh2.Tetiba pukul 12 Malam diorg nyanyi birthday la pulak.Alahai korang ni buat segan je..Thanks a lot sebab ingat birthday aku ya (^__^) Juga kepada Ribena yang susah payah poskan baju raya.Tak dapat balas budi baik korang semua..Kat situ saya menetap di bilik Umar, ketua course merangkap jejaka matang.

kat Dapur umah Abg Mad & Kak Liza

Abang2 single

Esoknya kami pegi beraya open house di rumah Abg Mad dulu dan petangnya sama2 bertolak ke Konsulat dgn train dan bas.Alhamdulillah selamat sampai..Pengsan rasa tengok rumah Konsulat Malaysia ni.Macam dalam filem.huhu.Tak tau la berapa sewanya.Tetamu yg hadir semuanya ada kene mengena dgn Malaysia la..Ada juga cina & india, tak kurang juga anak2 Melayu yang dah campur habis.German + Melayu ada, Arab + Melayu ada, Cina + Melayu pun ada.Hasilnya semua muka mixed habis..Nasib baik tau cakap Melayu jgk sikit2.Hehe..Chef Ismail dijemput untuk masak.Selalu nampak dalam TV je.Hari ni ada juga peluang tengok perut dia dari dekat.Malam tu kami balik kekenyangan..Sian Umar, bilik jadik port lagi.Takpe2 len kali ko datang bilik aku pulak ya.Boleh tidur dalam peti ais.

Abg Mi cuba menarik perhatian

Semua kaler ada

Time Open House

depan rumah Abg Mad (Haniff, Umar, Jijo, Penulis, Afham)

di Konsulat

dengan Chef Ismail

Terserlah bakat seorang ayah (with Adik Nabihah)

Esok tu saya dan rakan2 yg lain jalan2 jap sekitar Frankfurt before balik..Nama2 tempat tak ingat dah tapi semua mmg cantik Subhanallah.Pastu pekena kat Restoran Thailand.Pasni tak tau la bila lagi boleh jumpa.Time kasih banyak dak2 Wiesbaden..Jep, Aman, Umatot, Abg mi..May Allah bless you all always.

Dekat dgn Main River

Atas Jambatan (Sapik je tangan tak masuk poket)

Related Posts with Thumbnails