Tuesday, November 25, 2008

Tepung

"..ai adik, wanna go outside playing some snow aa?" tiba-tiba Kak Renee datang menyibuk tanpa dijemput..

"..eh Kakak.. Really aa? Tunggu aa i call Kamil first.." saya berlari ke bilik Kamil dengan harapan menggunung tinggi..

......................................................................................................................................................

Malam Ahad yang lepas salji agak lebat di sekitar kawasan Dusseldorf, di mana jarang sekali berlaku. Biasanya negeri-negeri di sekitar Sungai Rhein kurang bersalji, termasuk Cologne, tempat saya buat persediaan dan praktikal sebelum datang ke Dusseldorf..

"..tahun ni Winter macam sejuk sikit.. Tiap tahun jadi makin sejuk nampaknya.." terang Matthews dalam German.

"..tu la.." saya membalas dalam Melayu.

Tiba-tiba ramai pula yang nak turun. Ingatkan saya sorang saja yang jakun nak main Tepung.. Meryam, Tama, Kamil, Matthews, Kakak Renee, and Auntie Khadijah pun turun sekali..


eh kat dalam lagi dah sejuk ke

huhu

malu dah nak panggil Kakak

Matthews awat hampa tinggi sangat na

Saudara Kamil berasa puas dengan hasil kerjanya

ABC 1 meja

ais pun pandai curi spek rupanya

....................................................................................................................................................

Dulu saya cuma main ais dari dalam Freezer di dapur rumah.. Tak sangka akan dapat masuk dalam Freezer pula sekarang.
Tangan terasa kebas manakala kepala & telinga terasa berat.. Baju yang sama
dipakai untuk ke kelas esok kerana malas mandi semasa Winter. (sila jauhi sifat ini ya)

Monday, November 24, 2008

Alhamdulillah..

Nikmat iPhone baru ditarik.. Mungkin kerana mempunyai iPhone bukan benda yang baik untuk saya.. Mungkin sebab saya lalai dan tak guna dengan sebetulnya.. Atau mungkin iPhone tu sendiri benci saya, sebab tu dia buat-buat jatuh dengan sendirinya di dalam keretapi.

..........................................................................................................................................

Agak terkilan dengan kecuaian saya sendiri.. Satu tips yang mungkin berguna : Janganlah kita sekali-kali letak barang di atas riba, sebab bila bangun kadang-kadang tak sedar. Moga iPhone tu dapat dekat Pakcik or Makcik cleaner train yang best-best.. Boleh juga jadi hadiah Krismas ke, daripada dapat dekat apek Handphone. Kan kan kan..

..........................................................................................................................................

Sungguhpun hati agak sayu, namun kehilangan ni mengingatkan saya bahawa semua yang kita ada termasuk harta, diri, dan nyawa kita adalah milik Allah dan bila-bila masa je boleh diambil. iPhone 3G tercicir, tapi kaki dengan tangan ada lagi. Kuikui.. Sentiasalah lihat apa yang kita ada, dan bukan yang kita tiada. Sebab bila kita lihat apa yang kita tiada, sampai bila-bila pun kita takkan merasa cukup..


Sesekali terkenang juga..

Friday, November 21, 2008

Ditiup Angin

Salam budiman.. Pernah tak Rakan-rakan ditiup angin sehingga terbang? Saya pernah. Baru je pagi tadi. Di kala ditiup angin tersebut, terlintas di benak fikiran sama ada saya sudah sebegitu kurus dan ringan. Cerita lebih lanjut seperti berikut.. Jeng jeng jeng. Huhuhu..

Pokok-pokok mula bertukar jadi ranting

............................................................................................................................................................

Tidak seperti pagi-pagi Jumaat yang lain, pagi ini saya bangun seawal 5.30 Pagi. Memang ajaib dan sukar dipercayai. Mungkin disebabkan azam untuk study dan bersedia untuk Test GET petang nanti. Dalam masa yang sama, saya juga perlu bersiap untuk hantar Makcik Ma balik ke Malaysia di Airport Dusseldorf.. Sekitar jam 9.30 Pagi saya melangkah keluar ke Supermarket ALDI untuk beli barang untuk Family yang akan diangkut oleh Makcik Ma nanti. Tak lupa juga untuk Family Makcik ma sendiri..

Kereta kuning ni tampak bergaya

Kena naik Skytrain dulu na

Mai secewe..

Tapi nak beli gapo? Fikir punya fikir, garu punya garu, coklat juga jadi mangsa. Habis juga la around 20 Euro. Takpela sekali sekala kan.. Julat suhu yang sekitar -1 hingga 4 Celcius dan hujan + ribut agak mencabar kejantanan diri saya. Kepala terasa pening, telinga terasa keras, rambut terasa hensem, dan asap keluar dari mulut seakan2 awan tebal.. Disebabkan cuaca yang kurang baik, banyak Keretapi, Bas, dan Penerbangan yang tertangguh.. Lepas beberapa ketika, Makcik Ma dan member2nya datang untuk Check-In. Alhamdulillah semua selamat berlepas..

dengan Cik Ma kat kaunter

Bila la giliran saya nak naik..

Semasa pulang, angin yang kuat di platform menerbangkan Beg dan Topi saya. Dalam cubaan ingin mencari tempat terlindung dari angin, tiba-tiba terasa badan saya terapung ke kiri. Rupa-rupanya angin yang tiup..Huhu. Lemah betul rasa diri ni.. Tu baru angin biasa, belum lagi ombak cerita Deep Impact ke, taufan ke, apatah lagi Hari Kiamat nanti.. Disebabkan masalah Train, saya terpaksa berulang alik 2 kali ke tempat yang sama. Kemudian train tertangguh pula 30 Minit. Takpela ada baiknya, sempat juga saya mengorat anak Mat Saleh sorang dua.

Angin yang kuat dan sejuk

Antara yang berjaya dingorat

Petangnya sekitar jam 16.45, saya dan rakan2 ada Test untuk subjek Grundlage Elektrotechnik. Saya memang ketar tahap gaban, tambahan lepas melihat semua orang begitu tekun. Bila la diri ni nak jadi rajin.. Moga2 Allah beri kekuatan sama macam rakan-rakan yang lain.. Semasa Test, seperti biasa Saudara Haniff memang tampak cemerlang. Diikuti saudara Kamil di sebelahnya. Moga saya lepas markah yang ditetapkan..

Nampak tak Abang kanan tu baca doa..

Resah sebenarnya..huhu.

Wednesday, November 19, 2008

Malam Khamis..

Esok saya ada 2 Kerja Makmal, untuk subjek Grundlage der Elektrotechnik dan Wekstoffkunde. Jadi malam ni, seperti malam2 Khamis yang lain, saya kena luangkan lebih masa dengan bantuan Saudara Kamil untuk persediaan menjelang hari esok. Kalau sempat cuba pegi Latihan Software sebelum Isyak..

Burung pun cari makan cam kita

Lusa saya ada Test untuk subjek GET. Tengok member2 sekuliah siap tanya soalan2 tahun2 lepas dekat Lecturer lagi.. Buat senyap2 dah la, buat cuak orang je. Saya harap saya mampu untuk lepas markah yang ditetapkan.

Lusa juga Makcik Salma akan pulang ke Malaysia. Tapi Flight jam 2.45 Petang, lepas Solat Jumaat. Sempat ke kejar? Dengan Test GET jam 4.45 Petang? Insyaallah kalau jadual Train menyebelahi saya, saya akan cuba laju2 dari tempat ke setempat.

semasa muda (di tepi Sungai Rhein)

Semalam Lecturer Werkstoffkunde cakap, Exam jatuh pada 3.3.2009 ni. Kenapa la nak buat time saya balik Malaysia juga.. Hehe.Nampaknya kena la ubah jadual Tiket.Mungkin telan dalam 100 Euro juga. Aiyayai.

Di kala ini teringat kampung halaman dan sanak saudara di Malaysia.. Apa khabarkah mereka? Daun2 yang berguguran di sini mengingatkan saya pada halaman rumah saya, yang biasanya saya je yang kena sapu lepas kena marah.. Moga Allah mudahkan urusan mereka dan saya di sini..

Baru masuk Autumn

Saturday, November 15, 2008

Kisah Papan


Papan Beroda 4

Penulis mula mengenali Papan beroda 4 ni sekitar Tingkatan 3. Kenapa Penulis suka Papan beroda 4 ni? Sebab dia suka Penulis? Takkan Papan pun suka Penulis kan, muka Penulis ada rupa Papan ke.

....................................................................................................................

Antara sebab-sebab Penulis tertarik dengan Papan beroda 4 ini ialah :

1) Sukan yang cepat berpeluh setara Badminton dan Tenis.

2) Perlukan banyak latihan dan daya keseimbangan.

3) Boleh menambah kenalan yang berlainan latar belakang.

4) Orang kata nampak cool, tapi Penulis tetap kelihatan menghampakan.

5) Boleh dijadikan kenderaan fleksibel ke tempat2 berdekatan.

....................................................................................................................

Tapi ada juga faktor2 yang sedikit sebanyak merenggangkan Papan beroda 4 ni dari Penulis :

1) Selalu sakit-sakit & cedera ringan terutamanya di kaki.

2) Kos bagi keperluan dan aksesori Papan beroda 4 ni tidak termampu oleh
Penulis
semasa di Sekolah Menengah.


3) Kurang masa untuk bermain, kerana untuk mahir dan cekap
perlukan disiplin.



Masa Tingkatan 4

Selipar pun jadi la

Opocot

............................................................................................................................................................

Kadang-kadang orang mempersoalkan tentang imej sukan ini kurang baik. Terutamanya dari segi pakaian dan tingkah laku pemain Papan beroda 4 ini. Namun bagi Penulis, yang penting kita buang yang keruh dan ambil jernih. Papan beroda 4 ni agak menarik dan boleh dijadikan alternatif Sukan.

Di sini kos dan tempat bermain tidak lagi menjadi masalah, dan Papan beroda 4 ini lebih meluas diterima. Cuma semangat dah tak sekuat dahulu.
Maka Papan beroda 4 ini cuma menjadi lebih kepada sekadar hiasan di rumah (^__^)

P/S :

1) Penulis masih botak ketika ini.

2) Baru pindah rumah ke taman yang baru.

3) Terima kasih kepada adik Penulis, Mutmaein, yang cekap
mengambil gambar

Sambil Menyelam Minum Air

Kalau ada cuti 6 bulan lepas SPM, apa yang nak buat? Lepas SPM pada tahun 2005 yang lepas, soalan mudah ni bertandang ke benak fikiran Penulis. Selepas seminggu mengeram, kesedaran mula menyerap ke dalam jiwa.. Nak pergi Haji? Pergi Surau pun liat ada hati nak menunaikan Haji. Nak Kahwin? Hai nampak sangat gatal di situ. Jadi nak buat apa?

..........................................................................................................................................................

Di suatu petang di dalam kereta, terbitlah 1 perbualan di antara ayah & anak..

"..Baba, kalau Mad nak keje kat Pernec boleh tak?" tanya penulis dengan nada meminta kerja.

"..eh boleh je. Dulu Kak Jah pun keje Pernec apa lepas SPM.." jawab si ayah dengan nada memberi kerja.

Jadi keesokan harinya Penulis pun memulakan sesi pekerjaan di PERNEC ADVANCED NETWORK. Dengan gaji asas RM 20 sehari, penulis memulakan hidup baru dengan panggilan "Bujang Bekerja". Apa itu PERNEC? Apa yang Penulis buat di sini? Ianya bukan sejenis Roti, bukan juga sebuah Planet, tetapi merupakan sebuah anak syarikat PNB yang mengendalikan perkara2 berkaitan Telekomunikasi dan Kemahiran Elektrik & Elektronik.

Dari Depan

Berita baik masa Penulis bekerja di sini ialah pada masa tu ada kontrak dengan Telekom.Jadi sepanjang 5 bulan, kerja Penulis adalah di luar kilang (Outstation) iaitu di sekitar Kedah, Penang, dan Perak. Biasanya waktu kerja adalah di antara 8 Pagi - 5.30 Petang. Tapi kalau ada Overtime, Penulis akan mula kerja lebih awal dan pulang sedikit lewat. Kebetulan ayah penulis adalah COO di situ, jadi Penulis agak ditakuti oleh Rakan2 Sekerja yang lain. Namun selepas pemerhatian yang padu, ternyata jelas Penulis adalah kureng saja.

Banner PERNEC


Macam peti sejuk kan
(kabinet2 yang perlu disiapkan di dalam sebelum dipasang di lokasi masing2)


Outdoor Unit 1


Outdoor Unit 2

.........................................................................................................................................................

Tiba2 di suatu petang yang lain, terbit pula perbualan di antara ibu & anak..

"..Mad, ada anak Makcik ni nak belajar mengaji. Boleh la kan kalau mad free2 tu lepas balik kerja.." tanya si ibu dengan nada bersahaja.

"..erm boleh kot. Mad cuba jela yang mana boleh.. Kalau sorang je takpela. Mad pun bukannya buat apa malam2.." jawab Penulis tanpa mengetahui perkara yang bakal mendatang.

...............................................................................................................................................

"..Asshalamualaikum..!!" Lepas solat Maghrib di suatu petang yang hening, kedengaran suara Kanak2 memberi salam seakan2 ingin datang untuk beraya.

"..Masuk la masuk2.." Penulis mempersilakan 2 beradik itu masuk. Sebenarnya tidak dijangka mereka akan datang pada keesokan harinya. Jadi petang tu sembang2 jela dengan baca2 sikit. Si Abang, AFiq dan si adik, Izzah. Kedua2nya masih belum lancar pada tahap masing2. Jadi Penulis cadangkan supaya mereka turun semula ke tahap yang awal, iaitu Buku Iqra' bilangan 1.

Pada esok petang, kedua beradik tadi dengan confidentnya membawa Abang mereka, Adib, untuk turut serta.Abang mereka yang sudah pun membaca Al-Quran juga diminta untuk turun ke Iqra 4 (huhu walaupun Penulis rasa kejam, tapi demi kebaikan Nusa & Bangsa).

Terasa sebaya

Dipendekkan cerita, sehinggalah bilangan anak2 murid sampai 15 orang. Pada ketika ini, kami merasakan yang sudah patut dibuat kelas mengaji yang formal, tambahan Parents masing2 sudah mula bertanyakan tentang yuran, untuk Buku Rekod dan Iqra'. Mula2 Parents tanya ibu Penulis, lepas dibincangkan, ikut jumlah kelas Mengaji mereka yang lama la kot.

Makan2 last Day

Antara benda yang Penulis tekankan kepada Anak2 Murid :

1) Jangan rasa kaget ataupun sedih bila kena turun bilangan Iqra', sebab yang penting ialah kelancaran bukannya Iqra' bilangan berapa.

2) Panggilan Abang Mad atau Ustaz adalah bebas mengikut kreativiti masing2.

3) Jangan bawa mainan ke kelas mengaji.

4) Setiap orang akan dapat peluang bacaan sama rata, jadi tak perlu berebut2 untuk baca, dan jangan cuba untuk lari dari giliran.

5) Jangan tandatangan sendiri di ruangan untuk Ibu Bapa, sebab memang jelas tak professional meniru tandatangan.

6) Setiap kesalahan yang kita buat masa baca Quran boleh dapat dosa, sebab tu kita kena sentiasa baiki. Dan setiap huruf yang kita baca dapat Pahala, sebab tu bagus kalau selalu mengulang.


Nak Aiskrim beratur dulu na.. (dengan Kak Sod)

Letih juga dengan Jadual yang agak terisi setiap hari, selama 5 bulan, sehinggalah Penulis perlu sambung pengajian. Bangun Jam 6 Pagi pergi kerja, balik kerja sekitar 6 Petang, siap2 solat Maghrib, dan siap2 menunggu anak2 datang beraya (mengaji). Habis sekitar jam 9.30 - 10.00 Malam, dan terus di sapu mimpi.

Cukup pun 15 Orang

................................................................................................................................................

Pengalaman bekerja sedikit sebanyak memberi Penulis kesedaran tentang kepayahan mencari Rezeki. Jika bujang seperti Penulis mungkin tiada masalah, namun bagaimana dengan Pekerja yang ada tanggungan? Tambahan dengan gaji yang kurang. Jadi nilai sesuap nasi adalah tidak terkira tapi kurang dirasai oleh Anak2..

Pengalaman mengaji, pertama sekali memberi Penulis peluang untuk membaiki bacaan sendiri dan kedua, memberi kesedaran tentang kepentingan golongan untuk mengajar Quran. Alhamdulillah kalau Ibu Bapa mampu untuk mengajar, namun bagaimana dengan Ibu Bapa yang tidak mampu? Tambahan dengan Era globalisasi di mana bacaan Quran tidak lagi menjadi 1 isu yang penting di mata kita..

Sunday, November 9, 2008

Thinking Room? Neutral Room?


"
..Mad, nanti 13 November Makcik Ma nak datang German.. Dia nak mintak tolong mad sikit. Mad call la dia.." mama telefon 2 minggu lepas.

"
..Makcik Ma nak buat apa kat sini ma? Okay.." balas penulis.

"
..Ada seminar.Wakil Malaysia..Nanti rasanya dia datang Airport Dusseldorf.." sambung mama.

"
..insyaallah nanti mad call dia.."

Semalam 9 November, saya jemput Makcik Salma dari Airport Dusseldorf yang terletak tak jauh dari rumah, sekitar 25 Minit dengan keretapi..


Sian Brader tu kena kontrol..

Burung pun cari rezeki..

Dulu time di Mesir, Makcik Ma tinggal bersama dengan family saya semasa ayah saya bekerja di sana dan kakak2 saya masih kecil. Lepas kami balik ke Malaysia, beliau balik ke England iaitu tempat Pakcik Tajul, suami beliau, tengah buat PhD. Sekarang pun rumah kami di Kedah tak jauh..

Dusseldorf Airport

Tengah sesat..

Sebelum Makcik Ma datang, saya dan Saudara Kamil sempat singgah ke kaunter Emirates untuk beli tiket balik Malaysia.. Balik bila? Haa tu rahsia kerajaan.

Saudara Kamil cover excited dapat Tiket..

Zuhur dah masuk, tapi nak Solat kat mana ni? Kami cuba bertanya di Kaunter Pertanyaan. Rambut yang baru dipotong menambahkan keyakinan untuk bertanya..

"
..Excuse me, is there any prayer room here?" saya bertanya dengan dialek Kedah.

"
..Ya sure. There is a Thinking Room, Neutral Room, right up there straight with the escalator.." katanya.

"
..okay Thank You, " saya membalas tanpa ragu.

Mak aih, Thinking Room? Benda apa tu? Rupanya sebuah bilik khas untuk semua Agama sembahyang ataupun meditasi. Dalam bilik ni semua orang bebas sembahyang ikut cara masing2. Biasanya ada dekat International Airport..Hehe. Ceteknya la ilmu ni.Sekarang baru tahu..

Neutral Room..

Around pukul 13.30 Makcik Ma tiba di Terminal 12..Nampak2 je terus teringat Mak.Hehe.. Mungkin sebab rupa dekat sama. Driver ke tempat seminar pun ada sekali sambut, Thomas namanya..

Nak sampai dah..

Tak lama kemudian, peserta2 dari Rusia, Egypt, dan Korea datang menyusul.

Cik Ma baru sampai..

Peserta2 lain menyusul..

Terima kasih banyak Makcik Ma sebab tolong bawa barang dari Malaysia. Semoga seminar lancar dan menarik. May Allah bless u always.

Birthday siapa?

Last week, Anas cakap "
Nanti hari sabtu korang datang la Duisburg, ada macam students Malaysia berkumpul.."

"
Gathering ke?" tanya Haniff.

"
Haah lebih kurang la..Korang datang la ek.." kata Anas.

On da way..

Maka pada Sabtu lepas, 8 November, saya dan rakan2 Dusseldorf lain bertiga lain pergi la ke Duisburg dengan bayangan Gathering malaysian Students dalam kepala. Setibanya di pintu Rumah saudara Fauzi, seperti yang diperkenalkan oleh Anas, tiba2 ada macam belon2 dengan hiasan Birthday dekat dinding dan bumbung. Birthday siapa?

Birthday saya? Rasanya Birthday saya sekali je setahun iaitu bulan 10, bukan 2 kali.

"
Jemput2 masuk, korang yang dari Dusseldorf tu kan. Anas jemput?" tanya Abang Fauzi.

Tiba2 datang seorang Baby dari arah bawah.. "
Wah baby.." huhu.

Shin Chan

Oo tadi berlakon sedih rupanya

Rupanya ada jamuan Birthday 1st untuk cik Syamimi, anak abang Fauzi. Dia jemput la kenalan2 Malaysia sekitar Duisburg. Alhamdulillah.. Lauk sedap2 belaka. Ada yang datang dari Krefeld and ada yang datang dari Aachen.

Baru 1st Birthday dah banyak lilin?

Peminat2 mula mengambil tempat..

Makan free happy la kan..

Saudara Kamil rasa selesa dengan baju PUMA nya

Antara yang mai..

Haa tangkap2

Akak2 Master..

Terima kasih pada family Abang Fauzi yang masak dan jemput..Tak sangka rupanya ada banyak Malaysians sekitar daerah Nordrhein Westfalen ni.. Harap lepas ni dapat keep in contact.

Kepada cik Syamimi, minta maaf sebab tak bawa hadiah. Mana la tau ada jamuan Birthday cik kan. Takpe orang lain dah banyak yang bawa hadiah. May Allah bless all people stated in this post.


Related Posts with Thumbnails