Friday, November 21, 2008

Ditiup Angin

Salam budiman.. Pernah tak Rakan-rakan ditiup angin sehingga terbang? Saya pernah. Baru je pagi tadi. Di kala ditiup angin tersebut, terlintas di benak fikiran sama ada saya sudah sebegitu kurus dan ringan. Cerita lebih lanjut seperti berikut.. Jeng jeng jeng. Huhuhu..

Pokok-pokok mula bertukar jadi ranting

............................................................................................................................................................

Tidak seperti pagi-pagi Jumaat yang lain, pagi ini saya bangun seawal 5.30 Pagi. Memang ajaib dan sukar dipercayai. Mungkin disebabkan azam untuk study dan bersedia untuk Test GET petang nanti. Dalam masa yang sama, saya juga perlu bersiap untuk hantar Makcik Ma balik ke Malaysia di Airport Dusseldorf.. Sekitar jam 9.30 Pagi saya melangkah keluar ke Supermarket ALDI untuk beli barang untuk Family yang akan diangkut oleh Makcik Ma nanti. Tak lupa juga untuk Family Makcik ma sendiri..

Kereta kuning ni tampak bergaya

Kena naik Skytrain dulu na

Mai secewe..

Tapi nak beli gapo? Fikir punya fikir, garu punya garu, coklat juga jadi mangsa. Habis juga la around 20 Euro. Takpela sekali sekala kan.. Julat suhu yang sekitar -1 hingga 4 Celcius dan hujan + ribut agak mencabar kejantanan diri saya. Kepala terasa pening, telinga terasa keras, rambut terasa hensem, dan asap keluar dari mulut seakan2 awan tebal.. Disebabkan cuaca yang kurang baik, banyak Keretapi, Bas, dan Penerbangan yang tertangguh.. Lepas beberapa ketika, Makcik Ma dan member2nya datang untuk Check-In. Alhamdulillah semua selamat berlepas..

dengan Cik Ma kat kaunter

Bila la giliran saya nak naik..

Semasa pulang, angin yang kuat di platform menerbangkan Beg dan Topi saya. Dalam cubaan ingin mencari tempat terlindung dari angin, tiba-tiba terasa badan saya terapung ke kiri. Rupa-rupanya angin yang tiup..Huhu. Lemah betul rasa diri ni.. Tu baru angin biasa, belum lagi ombak cerita Deep Impact ke, taufan ke, apatah lagi Hari Kiamat nanti.. Disebabkan masalah Train, saya terpaksa berulang alik 2 kali ke tempat yang sama. Kemudian train tertangguh pula 30 Minit. Takpela ada baiknya, sempat juga saya mengorat anak Mat Saleh sorang dua.

Angin yang kuat dan sejuk

Antara yang berjaya dingorat

Petangnya sekitar jam 16.45, saya dan rakan2 ada Test untuk subjek Grundlage Elektrotechnik. Saya memang ketar tahap gaban, tambahan lepas melihat semua orang begitu tekun. Bila la diri ni nak jadi rajin.. Moga2 Allah beri kekuatan sama macam rakan-rakan yang lain.. Semasa Test, seperti biasa Saudara Haniff memang tampak cemerlang. Diikuti saudara Kamil di sebelahnya. Moga saya lepas markah yang ditetapkan..

Nampak tak Abang kanan tu baca doa..

Resah sebenarnya..huhu.

2 comments:

Haniff MN said...

Mad.Jom tambah jisim dalam diri. Baru tak terbang dek angin.

duh.tampak cemerlang.indah khabar dari rupa tu...

Ahmad bin Ariffin said...

indah rupa dari khabar je yang nampak nip..kuikui. jom2 kita tambah sirim.

Related Posts with Thumbnails