Wednesday, November 19, 2008

Malam Khamis..

Esok saya ada 2 Kerja Makmal, untuk subjek Grundlage der Elektrotechnik dan Wekstoffkunde. Jadi malam ni, seperti malam2 Khamis yang lain, saya kena luangkan lebih masa dengan bantuan Saudara Kamil untuk persediaan menjelang hari esok. Kalau sempat cuba pegi Latihan Software sebelum Isyak..

Burung pun cari makan cam kita

Lusa saya ada Test untuk subjek GET. Tengok member2 sekuliah siap tanya soalan2 tahun2 lepas dekat Lecturer lagi.. Buat senyap2 dah la, buat cuak orang je. Saya harap saya mampu untuk lepas markah yang ditetapkan.

Lusa juga Makcik Salma akan pulang ke Malaysia. Tapi Flight jam 2.45 Petang, lepas Solat Jumaat. Sempat ke kejar? Dengan Test GET jam 4.45 Petang? Insyaallah kalau jadual Train menyebelahi saya, saya akan cuba laju2 dari tempat ke setempat.

semasa muda (di tepi Sungai Rhein)

Semalam Lecturer Werkstoffkunde cakap, Exam jatuh pada 3.3.2009 ni. Kenapa la nak buat time saya balik Malaysia juga.. Hehe.Nampaknya kena la ubah jadual Tiket.Mungkin telan dalam 100 Euro juga. Aiyayai.

Di kala ini teringat kampung halaman dan sanak saudara di Malaysia.. Apa khabarkah mereka? Daun2 yang berguguran di sini mengingatkan saya pada halaman rumah saya, yang biasanya saya je yang kena sapu lepas kena marah.. Moga Allah mudahkan urusan mereka dan saya di sini..

Baru masuk Autumn

2 comments:

Haniff MN said...

khamis dan jumaat yg x stress mane...

Ahmad bin Ariffin said...

entah la mat nip..harap2 kita dapat jawab esok.insyaallah..

Related Posts with Thumbnails