Saturday, November 15, 2008

Sambil Menyelam Minum Air

Kalau ada cuti 6 bulan lepas SPM, apa yang nak buat? Lepas SPM pada tahun 2005 yang lepas, soalan mudah ni bertandang ke benak fikiran Penulis. Selepas seminggu mengeram, kesedaran mula menyerap ke dalam jiwa.. Nak pergi Haji? Pergi Surau pun liat ada hati nak menunaikan Haji. Nak Kahwin? Hai nampak sangat gatal di situ. Jadi nak buat apa?

..........................................................................................................................................................

Di suatu petang di dalam kereta, terbitlah 1 perbualan di antara ayah & anak..

"..Baba, kalau Mad nak keje kat Pernec boleh tak?" tanya penulis dengan nada meminta kerja.

"..eh boleh je. Dulu Kak Jah pun keje Pernec apa lepas SPM.." jawab si ayah dengan nada memberi kerja.

Jadi keesokan harinya Penulis pun memulakan sesi pekerjaan di PERNEC ADVANCED NETWORK. Dengan gaji asas RM 20 sehari, penulis memulakan hidup baru dengan panggilan "Bujang Bekerja". Apa itu PERNEC? Apa yang Penulis buat di sini? Ianya bukan sejenis Roti, bukan juga sebuah Planet, tetapi merupakan sebuah anak syarikat PNB yang mengendalikan perkara2 berkaitan Telekomunikasi dan Kemahiran Elektrik & Elektronik.

Dari Depan

Berita baik masa Penulis bekerja di sini ialah pada masa tu ada kontrak dengan Telekom.Jadi sepanjang 5 bulan, kerja Penulis adalah di luar kilang (Outstation) iaitu di sekitar Kedah, Penang, dan Perak. Biasanya waktu kerja adalah di antara 8 Pagi - 5.30 Petang. Tapi kalau ada Overtime, Penulis akan mula kerja lebih awal dan pulang sedikit lewat. Kebetulan ayah penulis adalah COO di situ, jadi Penulis agak ditakuti oleh Rakan2 Sekerja yang lain. Namun selepas pemerhatian yang padu, ternyata jelas Penulis adalah kureng saja.

Banner PERNEC


Macam peti sejuk kan
(kabinet2 yang perlu disiapkan di dalam sebelum dipasang di lokasi masing2)


Outdoor Unit 1


Outdoor Unit 2

.........................................................................................................................................................

Tiba2 di suatu petang yang lain, terbit pula perbualan di antara ibu & anak..

"..Mad, ada anak Makcik ni nak belajar mengaji. Boleh la kan kalau mad free2 tu lepas balik kerja.." tanya si ibu dengan nada bersahaja.

"..erm boleh kot. Mad cuba jela yang mana boleh.. Kalau sorang je takpela. Mad pun bukannya buat apa malam2.." jawab Penulis tanpa mengetahui perkara yang bakal mendatang.

...............................................................................................................................................

"..Asshalamualaikum..!!" Lepas solat Maghrib di suatu petang yang hening, kedengaran suara Kanak2 memberi salam seakan2 ingin datang untuk beraya.

"..Masuk la masuk2.." Penulis mempersilakan 2 beradik itu masuk. Sebenarnya tidak dijangka mereka akan datang pada keesokan harinya. Jadi petang tu sembang2 jela dengan baca2 sikit. Si Abang, AFiq dan si adik, Izzah. Kedua2nya masih belum lancar pada tahap masing2. Jadi Penulis cadangkan supaya mereka turun semula ke tahap yang awal, iaitu Buku Iqra' bilangan 1.

Pada esok petang, kedua beradik tadi dengan confidentnya membawa Abang mereka, Adib, untuk turut serta.Abang mereka yang sudah pun membaca Al-Quran juga diminta untuk turun ke Iqra 4 (huhu walaupun Penulis rasa kejam, tapi demi kebaikan Nusa & Bangsa).

Terasa sebaya

Dipendekkan cerita, sehinggalah bilangan anak2 murid sampai 15 orang. Pada ketika ini, kami merasakan yang sudah patut dibuat kelas mengaji yang formal, tambahan Parents masing2 sudah mula bertanyakan tentang yuran, untuk Buku Rekod dan Iqra'. Mula2 Parents tanya ibu Penulis, lepas dibincangkan, ikut jumlah kelas Mengaji mereka yang lama la kot.

Makan2 last Day

Antara benda yang Penulis tekankan kepada Anak2 Murid :

1) Jangan rasa kaget ataupun sedih bila kena turun bilangan Iqra', sebab yang penting ialah kelancaran bukannya Iqra' bilangan berapa.

2) Panggilan Abang Mad atau Ustaz adalah bebas mengikut kreativiti masing2.

3) Jangan bawa mainan ke kelas mengaji.

4) Setiap orang akan dapat peluang bacaan sama rata, jadi tak perlu berebut2 untuk baca, dan jangan cuba untuk lari dari giliran.

5) Jangan tandatangan sendiri di ruangan untuk Ibu Bapa, sebab memang jelas tak professional meniru tandatangan.

6) Setiap kesalahan yang kita buat masa baca Quran boleh dapat dosa, sebab tu kita kena sentiasa baiki. Dan setiap huruf yang kita baca dapat Pahala, sebab tu bagus kalau selalu mengulang.


Nak Aiskrim beratur dulu na.. (dengan Kak Sod)

Letih juga dengan Jadual yang agak terisi setiap hari, selama 5 bulan, sehinggalah Penulis perlu sambung pengajian. Bangun Jam 6 Pagi pergi kerja, balik kerja sekitar 6 Petang, siap2 solat Maghrib, dan siap2 menunggu anak2 datang beraya (mengaji). Habis sekitar jam 9.30 - 10.00 Malam, dan terus di sapu mimpi.

Cukup pun 15 Orang

................................................................................................................................................

Pengalaman bekerja sedikit sebanyak memberi Penulis kesedaran tentang kepayahan mencari Rezeki. Jika bujang seperti Penulis mungkin tiada masalah, namun bagaimana dengan Pekerja yang ada tanggungan? Tambahan dengan gaji yang kurang. Jadi nilai sesuap nasi adalah tidak terkira tapi kurang dirasai oleh Anak2..

Pengalaman mengaji, pertama sekali memberi Penulis peluang untuk membaiki bacaan sendiri dan kedua, memberi kesedaran tentang kepentingan golongan untuk mengajar Quran. Alhamdulillah kalau Ibu Bapa mampu untuk mengajar, namun bagaimana dengan Ibu Bapa yang tidak mampu? Tambahan dengan Era globalisasi di mana bacaan Quran tidak lagi menjadi 1 isu yang penting di mata kita..

3 comments:

CIKGU JANNAH said...

alhamdulillah, pengisian aktiviti yang baik...

TyRoX SaN said...

gua respek sama lu....

msti awekz kat luar sana dah masukkan ko sbg calon terbaik suami mithali.. bagus bro

Ahmad bin Ariffin said...

Time kasih cahaya syurga..waa nama blog yang best (^__^) ala akmal, sbnrnya aku ni kureng je.tapi bila kena jadi contoh yang baik untuk budak2, kena la kontrol sikit.hehe.

Related Posts with Thumbnails