Sunday, December 28, 2008

Ahmad


Sedang saya asyik berusaha buka tin sardin untuk buat Supper, tiba-tiba pintu bunyi diketuk-ketuk..

"..Hallo Ahmad, sorry if im bothering u. What are u doing? " Mateusz rupanya yang datang. Ingatkan Herr Theidel datang nak kutip sewa.

"..Oh Mateusz ke.. No it's okay. Im totally fine. What's up? " saya berpura-pura berkelakuan matang.

"..Actually i was wondering, if u could bring me to the Mosque next time. Any Mosques u prefer to go to. I'll be fine with it.." kata Mateusz serius.

"..Erm normally i only go to these 2 Mosques. Around Stressemannplatz.. Ya sure, no problem. Why are u interested to go there? " saya masih bertanya walaupun dah dapat mengagak isi hati Mateusz.

"..Im interested to convert into a Muslim. Thats why i need your help or anyone from the Mosques.. I intended once to go there alone, but i thought its better to ask u first.." terangnya lagi.

"..Alhamdulillah..tomorrow we'll go to the Mosque together.." balas saya bajet matang lagi.



...........................................................................................................................................................

Dialog ni terjadi sekitar sebulan lepas, di mana kawan saya Mateusz yang selalu datang ke kediaman saya berminat untuk memeluk Islam. Alhamdulillah, berkat doa kawan-kawan semua, Allah berikan hidayah kepadanya dan kita dapat sorang lagi saudara. Lepas bagitau Imam di Masjid Umar, esoknya saya dan Mateusz datang ke situ di antara waktu Maghrib dan Isyak. Dengan bantuan Bro Mustafa dan yang lain-lain, Mateusz selamat diislamkan dan mendirikan Solat buat pertama kalinya. Mula-mula dia dibawa ke tempat Wuduk, diajar cara mengambil Wuduk, dan dibawa ke bahagian Solat di bawah. Di sini dia diajar mengucap Kalimah Shahadah sebanyak 3 kali dan maksudnya sekali. Selesai sahaja dia mengucap untuk kali ke-3, semua orang mula memeluknya sambil mengucapkan kata-kata aluan dan peransang.

Imam pun bertanya "..Do u intend to have other names? But surely its okay with your name now.."

"..Ya i know.. but i think i really like the name of our Prophet. So maybe i'll take his name. Muhammad or Ahmad.." balas Mateusz laju.

"..Masyaallah. Thats the best name.. What should we call u afterwards? Muhammad or Ahmad" tanya Bro Mustafa lagi.

"..Ahmad is easier to call. Same with our friend right here too.." saya dilibatkan secara tidak langsung.

Jadi sekarang tiada lagi Mateusz, tapi Ahmad. Lepas tu kami naik ke bahagian atas Masjid untuk sama-sama solat Isyak. Saya pesan kepadanya supaya ikut saja apa yang dilakukan oleh yang lain-lain. Selesai Solat, kami dibawa ke bahagian kedai buku Masjid. Di sini Bro Mustafa hadiahkan Ahmad beberapa buku yang sesuai untuk peringkat awal tentang Wuduk, Solat, dan Asas-asas yang perlu diketahui dalam Islam. Ahmad yang bekerja dengan syarikat TV & Radio dijemput oleh mereka untuk datang ke Masjid bila-bila masa selain waktu kerja.

Keesokan harinya, Ahmad dijemput oleh Bro's dari Pakistan ke Masjid di Neuss. Di sana dia banyak mendapat nasihat dari orang-orang alim dan kebetulan ada majlis, jadi kami pun bertuah dapat sama-sama join. Sekitar 9 malam kami pun balik ke Dusseldorf dihantar oleh Bro's dari Neuss. Semua orang nampak happy termasuk Ahmad..

Ahmad and Ahmad

....................................................................................................................................................

Alhamdulillah. Moga Allah pelihara Ahmad sampai ke akhirat kelak.. Amiin


P/S :

1) Ahmad memang minat tentang agama sejak sekolah lagi dan memang arif tentang perbezaan di antara agama-agama terutamanya Kristian dan Islam.

2) Dia memang fasih berbahasa Inggeris di mana agak sukar untuk jumpa orang German yang lancar berbahasa Inggeris.


3) Faktor utama yang menariknya kepada Islam ialah konsep sama taraf sesama manusia, konsep Allah itu Maha Esa, dan keistimewaan Al-Quran.

Friday, December 26, 2008

Melentur Buluh

...biarlah dari rebungnya. Masa view video ni terdetik rasa di hati, berapa ramai Parents zaman sekarang yang menanam sifat suka baca Quran dalam diri anak-anak mereka sejak kecil. Dan mampukah saya sendiri jadi ayah yang prihatin tentang ni? Huhu walaupun zaman ni masih jauh untuk saya, tapi apa salahnya fikir-fikir ye tak.







P/S :

1) Kalau tak silap yang kecil sekali nama Imtiyaz

2) Diorang ni sebaya dengan anak2 murid saya dulu

Related Posts with Thumbnails