Thursday, January 29, 2009

Cerita anak kuda

Sejak tadika hingga ke sekolah menengah, ada 1 cerita yang saya selalu terlintas di fikiran
saya bila keliru memikirkan apa yang perlu dilakukan.

...................................................................................................................................................

Pada suatu hari, seorang ayah dan anaknya berjalan merentasi suatu kawasan
perkampungan dengan seekor anak kuda sebagai haiwan tunggangan. Ayahnya
menyuruh anaknya menunggang anak kuda tersebut sehinggalah mereka melepasi
sekumpulan penduduk di kedai makan..

" Apalah si anak tu, seharusnya diberikan tunggangan kepada si ayah sebagai tanda
hormat.."
kata salah seorang penduduk kampung yang suaranya sengaja dikuatkan agar didengari.

Si anak pun berkata kepada ayahnya "Ayah, mari kita bertukar tempat. Ayah tunggang
kuda ini dan saya berjalan saja di hadapan.."


Mereka pun bertukar tempat kerana pengaruh kata-kata orang kampung sebentar tadi.

Tak berapa lama kemudian, mereka pun melepasi sekumpulan penduduk kampung yang kedua.

"Apalah si ayah tu, seharusnya diberikan tunggangan kepada si anak dan beralah.
Anaknya masih kecil.."
kata salah seorang penduduk kampung kepada mereka nyaring.

Si ayah pun berkata kepada anaknya "Anakku, mungkin kita patut tunggangi kuda ini
berdua, agar kita berdua tidak letih.."


Anaknya pun turut menunggang anak kuda tadi bersama ayahnya di belakang,
sehinggalah mereka sampai ke sekumpulan penduduk kampung yang ketiga.

"Apalah si ayah dan si anak ini, langsung tidak merasa kasihan dengan anak kuda yang
masih kecil itu. Seharusnya tidak ditunggang bersama.."
jerit salah seorang daripada
mereka.

Si ayah dan anaknya pun bersepakat berkata "Mungkin lebih baik jika kita
bersama-sama berjalan dan menarik anak kuda ini.."


Mereka berdua pun turun dari anak kuda tersebut dan meneruskan perjalanan hingga
sampai ke sekumpulan penduduk kampung yang terakhir.

"Adakah mereka tidak tahu berfikir? Tunggangan yang ada tidak ditunggangi,
sebaliknya cuma ditarik. Apakah gunanya membawa kuda tunggangan?"
kata salah
seorang daripada penduduk kampung itu.

Si anak dan si ayah cuma berbalas pandangan sambil berfikir.

......................................................................................................................................................

Saya selalu tak pasti apa yang perlu dilakukan dalam hidup ni. Biasanya apa yang saya
lakukan sentiasa serba tak kena dan cuma mengikut anak panah orang-orang di sekitar.
Entah la..




Tuesday, January 27, 2009

My Mum is Amazing



She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel..

Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing..

She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…

After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes..

Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing..

She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess..

I‘m so happy, I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that’s so amazing..

She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…

Then I wake up in the morning, she’s not there
And I realize she never was
And I’m still here in this lonely orphanage
With so many just like me..

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had a Mom that’s amazing
Would be amazing..

......................................................................................................................................................

how would it feel to be born without a Mom and growing up without her love?

Friday, January 23, 2009

Setahun

Dah genap setahun saya tinggalkan anak-anak saudara di Malaysia. Rupa mereka pun dah berubah. Marwan Abid, Maryam Hana, dan Naufa Maisara : ingat Pakcik Amad lagi tak? Huhu. Rindunya dekat mereka semua. Jom jom kenal dengan diorang.

1) Marwan Abid : Anak saudara yang sulung. Mula-mula saham dia memang tinggi. Lepas dapat sepupu-sepupu yang lain, kasih sayang mula dibahagikan. Hehe.. Jangan marah ye Maman.

Pasrah menghadapi ketentuan hidup..

Masa muda-muda..

Dengan sepupu, Abg Umar..

2) Maryam hana : Adik kepada Marwan Abid. Masa baru lahir selalu dibuli dengan abangnya Maman. Takpe sabar la ye Hana.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Hehe.

Kontrol na..

Huhu..

Macam terkejut je.. Tak penah nampak orang hensem ke?

Dah besaq na..

3) Naufa Maisara : Fafa, anak saudara bongsu setakat ni. Agak korea sikit.. Huhu. Masa baru lahir sangat suka berfikir dan termenung. Semakin besar semakin banyak senyum dan bercakap.

6 bulan..

Berbulan-bulan..

Setahun dah..

........................................................................................................................................................

Lepas ni Kak Sod pula bersalin bulan Februari ni insyaallah.. Yea dapat anak saudara baru. Hehe..

Wednesday, January 21, 2009

Tepung tumpah

"Selalu memang sejuk camni ke Palop? Sampai sungai pun beku.. Rugi la tempat-tempat skating.." tanya saya kepada senior Lagenda German, Abang Palop.

"Takdela mad. Last sekali sungai beku macam ni around 7 tahun lepas. Dah lama tak sejuk macam ni.." balasnya sambil mengawal tempo suara sebagai abang senior Lagenda yang berpengalaman.

Dari tingkap bilik..

.......................................................................................................................................................

Winter tahun ini, seperti yang dikhabarkan dalam berita, cuaca agak ekstrem, iaitu suhu minimum mencecah -15 Celsius. Kesannya, salji yang turun akan kekal sebagai ais, tidak cair, dan menyebabkan hati saya turut keras untuk menerima cinta lagi (tiada kena mengena). Salji yang kelihatan seakan-akan banjir menyebabkan kenderaan terpaksa bergerak dengan perlahan dan lorong-lorong untuk pejalan kaki terpaksa dibentuk untuk memudahkan berjalan. Alhamdulillah, kasut ADIO saya yang dibeli menggunakan Duit Raya 2006 agak kalis air dan selamat digunakan di dalam salji.

Junior yang datang pada tahun ini amat bertuah kerana dapat melihat salji yang meriah. Ditambah dengan dapat merasa Masakan Melayu dari senior yang bergaya, sebaik saja sampai di sini. Cuma suhu yang agak ekstrem mungkin menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri. Berbeza dengan saya semasa sampai pada tahun lepas, di mana suhu cuma sekitar 0 - 10 Celsius dan salji cuma boleh didapati di dalam Peti Ais. Saya sangat gembira bila mendapat pujian dari Juniors kerana mampu membuat Snowball dengan cemerlang.

Pemandangan Salji yang seakan-akan seperti tepung yang tumpah memang indah Subhanallah.

Tapi 2 benda yang menarik perhatian saya ialah :

1) Salji juga boleh diibaratkan seperti banjir, di mana kotoran dipindahkan ke serata tempat dan kanak-kanak suka bermain dengan salji. Cuma suhunya agak sejuk.

2) Saya mendapati bahawa saya masih batak* dengan salji, walaupun sudah pergi ke Gunung dan melihatnya setiap hari. Berbeza dengan rakan-rakan lain yang kelihatan steady bila berhadapan dengan salji.

Dapatkah saya dan adik bermain sebegini jika di Malaysia juga ada Salji?

.........................................................................................................................................................

Winter adalah salah 1 daripada 4 musim ciptaan Allah yang memang ajaib. Winter, Spring, Summer and Fall : semuanya berputar seperti 1 kitaran yang takkan berlaku dengan sendirinya.





Monday, January 19, 2009

Visa oh visa

"Ich habe keine Lust auf Ihr Einkaufen. Es steht nichts darauf, woher dein Geld kommt. Sie bringen immer die Unterlagen nicht mit.." kata officer yang bertugas untuk memanjangkan Visa saya.

Saya cuma dapat menjawab "Es tut mir Leid. Aber ich habe nur verstanden, dass ich einen aktuellen Kontoauszug mitbringen soll.."

Hiasan semata-mata na..

........................................................................................................................................................

Pagi tadi, sekitar jam 7 Pagi saya bertolak ke Pejabat Pendaftaran untuk memanjangkan Visa. Cuaca yang kerap hujan dan berangin menguji ketabahan diri untuk bangun pagi dan keluar melangkah.. Seperti tertera di atas kertas Temujanji, saya pun membawa Info Akaun Bank yang terbaru, Dokumen-dokumen penting, dan buku Visa. Lepas menunggu selama setengah jam, saya dipanggil masuk.. Huhuhu.

Malangnya dia kata Info Akaun saya tak laku, sebab tak tunjuk elaun JPA masuk. Yang ada cuma perbelanjaan saya yang terbaru. Jadi saya disuruh untuk balik ke rumah dan cari Info Akaun yang lama. Saya cakap yang saya tak simpan Info Akaun bulan-bulan lepas, tapi cuma diperli. Saya mula merasa kecewa kerana sebelum ni cuma dinyatakan supaya dibawa Info Akaun terbaru, dan bukannya yang tercatat diatasnya bila Elaun JPA masuk.

Selepas setengah Abad mencari di rumah, saya bergegas ke Deutsche Bank untuk meminta supaya dicetak Info Akaun bulan-bulan yang lepas. Malangnya yang paling awal cuma bulan November lepas, di mana Info tentang kemasukan Elaun sudah pun berlalu. Dalam cuaca hujan yang mirip seperti dalam cerita 1 Litre of Tears, saya berpatah balik ke Pejabat Pendaftaran.. Apa yang jadi?

Dia kata ini merepek, tak diterima. Huhu.. Saya pun tunjukkan Surat Rasmi Biasiswa dari JPA yang mengesahkan tentang Elaun sepanjang tempoh pengajian, tapi tak diterima. Selepas digelakkan, saya pun menerima kertas Temujanji yang lain, iaitu 2 minggu depan. Lepas keluar, saya terus menghubungi Kak Siti JPA yang disayangi, untuk bertanya tentang tarikh kemasukan Elaun dan apa yang perlu dibuat.. Dia habaq mai, yang benda ni tak pernah pun berlaku. Sepatutnya Surat Rasmi Biasiswa dari JPA pun dah cukup untuk membuktikan sumber pendapatan, dan Info Akaun tu cuma untuk cukup syarat.

Lepas habis mendengar Kak Siti berucap dalam German, di mana saya cuma faham separuh, saya pun pergi ke Kampus..

......................................................................................................................................................

Pengajaran :

1) Sediakanlah payung sebelum keluar dalam cuaca hujan, terutamanya bila rambut sudah pun disikat dengan rapi.

2) Bersikaplah berani bila berada dalam keadaan kita benar, atau orang akan mengambil kesempatan.

3) Sentiasalah bersedia sebelum melakukan apa-apa perkara atau akan kelam-kabut di tengah jalan.

4) Jangan patah semangat dan bersusah hati bila ditimpa musibah, kerana setiap perkara baik mahupun buruk ada hikmahnya.

5) Rajinlah mengemas rumah, terutamanya yang nampak seakan-akan seperti dibom,
kerana akan membantu kita semasa mencari barang.

Sunday, January 18, 2009

KRONOLOGI

27 Disember 2008:
Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Hamas di Semenanjung Gaza menerusi Operasi ‘Cast Lead ’dalam usaha menghalang serangan roket pejuang, termasuk mengebom terowong di sempadan Mesir-Gaza.

31 Disember:
Roket dilancarkan dari Gaza mendarat lebih 40 kilometer di dalam wilayah Israel. Pegawai kanan Hamas, Nizar Riyan, gugur dalam serangan udara rejim Zionis keesokannya.

3 Januari 2009:
Tentera darat Israel menceroboh Semenanjung Gaza, mengepung Bandaraya Gaza dan mengawal lebuh raya utama, membahagikan wilayah itu kepada dua bahagian. Dua hari kemudian, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, menolak desakan Kesatuan Eropah supaya mengadakan gencatan senjata segera.

6 Januari:
Tentera Israel berkata tiga askarnya maut terkenal bedilan kereta kebal sendiri. Serangan Israel dekat tiga sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengorbankan 48 orang, kata pasukan perubatan sebelum menggantung sementara serangan untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza. Hamas berkata akan menghentikan serangan roket ke Israel jika serangan dihentikan.

8 Januari:
Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi meluluskan gencatan senjata segera di Gaza yang membawa kepada ‘pengunduran sepenuhnya’ tentera Israel. Agensi utama PBB yang beroperasi di Gaza menggantung operasi selepas konvoi badan dunia itu dibedil peluru kereta kebal.

9 Januari:
Bantahan anti-Israel diadakan di seluruh dunia Arab. Pusingan baru rundingan diplomatik dilancarkan di Kaherah, dengan Mesir menjadi hos rundingan berasingan dengan Presiden Mahmoud Abbas dan delegasi Hamas.

11 Januari:
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, berkata Israel menghampiri matlamatnya - tetapi pertempuran berterusan. Hamas semakin menghampiri kemenangan, kata ketua kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh.

14 Januari:
Tiga roket dibedil ke utara Israel dari Lubnan dalam serangan kedua dalam masa tidak sampai seminggu. Tiada kematian dilaporkan.

15 Januari:
Satu bahagian hospital di Bandaraya Gaza musnah diserang tentera Yahudi. Agensi PBB bagi pelarian Palestin menggantung operasi di Gaza selepas serangan Israel yang mencederakan tiga orang. Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam, gugur dalam serangan udara tentera rejim.

16 Januari:
Hamas mencadangkan gencatan senjata selama setahun dengan Israel sebagai pertukaran pengunduran tentera Yahudi dari Gaza dan menamatkan kepungan ke atas wilayah itu. Angka korban penduduk Palestin sejak 27 Disember mencecah sekurang-kurangnya 1,333 dengan 5,130 cedera, menurut pasukan perubatan Gaza.

Di pihak Israel, 10 anggota tentera dan tiga penduduk awam terbunuh. Pegawai pertahanan Israel, Amos Gilad, kembali ke Kaherah untuk rundingan gencatan senjata; Livni ke Washington. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, berkata gencatan senjata semakin hampir dicapai.

Wednesday, January 14, 2009

Ada orang kata..

Ada orang kata, saya ni susah nak marah..
Betul ke?
Ada orang kata, saya ni naive..
Betul ke?
Ada orang kata, saya ni tiada harga diri..
Betul ke?
Ada orang kata, saya ni tiada perasaan..
Betul ke?
Ada orang kata, saya ni jarang fikir tentang kepentingan diri..
Betul ke?
Ada orang kata, saya ni cakap saja lebih..
Betul ke?

......................................................................................................................................

Ada orang kata, saya ni pengotor. Tapi ada orang kata, saya ni pembersih.
Mana yang betul?
Ada orang kata, saya ni senang dipengaruhi. Tapi ada orang kata, saya ni senang mempengaruhi.
Mana yang betul?

Ada orang kata, saya ni terlalu baik. Tapi ada orang kata, saya ni jahat dan menyusahkan.
Mana yang betul?
Ada orang kata, saya ni nampak innocent. Tapi ada orang kata, saya ni talam dua muka.
Mana yang betul?

.....................................................................................................................................

Kadang-kadang orang kata, saya nampak matang. Tapi ada yang kata, saya budak hingusan.
Nak dengar yang mana?
Kadang-kadang ada orang kata, saya banyak berfikir. Tapi ada yang kata, saya suka ambil mudah semua perkara.
Nak dengar yang mana?
Kadang-kadang ada orang kata, saya ni pemalas. Tapi ada yang kata, saya kena bawa berehat.
Nak dengar yang mana?
Kadang-kadang ada orang kata, saya ni bajet dan poyo. Tapi ada yang kata, saya ni relaks.
Nak dengar yang mana?

......................................................................................................................................

Saya kena cuba mengenal diri sendiri dengan lebih baik..




Friday, January 9, 2009

Ikan di Holland

Last week Afham a.k.a. Apam datang Dusseldorf. Traveler berjaya yang baru bercuti seminggu di Austria ni meneruskan perjalannya ke tempat saya dan seterusnya Munster. Sesampai saja di Dusseldorf, dia dibelanja besar di kedai Turki. Tapi malangnya esok pagi cuma dijamu dengan Maggi Mi Sedap (maaf ye pam!) Petangnya lepas bawa Apam berjalan, Cik Fizzie dari Krefeld pula datang kerana rindu kepada Apam. Lepas makan Aiskrim di kedai Pak Bidin, ada orang mencadangkan nak tengok wayang. Cerita Bedtime Stories dalam german? Ini kali ke-2 semenjak di Germany saya tengok wayang. Dan kali pertama dalam hidup, saya tidur sepenuhnya di dalam wayang.

Seminit sebelum Ambulans datang..

Di kedai Aiskrim Pak Bidin..

Cuba meniru watak Wall-E tapi cuma digelakkan..

Awal pagi esok kami sama-sama bertolak ke Munster iaitu tempat Cik Shirling, Cik Jia Hui dan Abang Palop. Mula-mula kami dibawa ke sebuah tempat di sempadan Holland-German iaitu Enschede. Apa yang speselnya di sini? Pada hari Sabtu dan Selasa setiap minggu, akan dibuka gerai macam Pasar Malam di Malaysia, dan yang paling spesel sekali makanan laut. Murah-murah semuanya. Semua ada : ikan, udang, sotong, ketam, cuma Polar Bear saja yang tiada. Lepas pusing-pusing sampai pening, kami pun singgah sebentar di pusat Ice Skating. Ini kali ke-2 saya ice skate selepas di Sunway Piramid. Pengalaman bermain Roller Blade memang banyak membantu, kerana tekniknya lebih kurang sama. Cuma tayar dengan besi yang bertukar.

Pasar Enschede..

Make ike..

Kesian orang yang duduk kat belakang..

Abang-abang duduk di atas divider..

Mari solat bersama-sama Abang Palop..

Malamnya kami singgah makan di rumah Kak Ros oghe-kelate-masak-sedap. Selain dapat makan, kami juga dapat servis menilik tapak tangan berdasarkan ilmunya sebagai pensyarah yang berjaya di USM Kubang Kerian. Apa tilikan untuk saya? Huhu mungkin lebih baik saya simpan untuk anak cucu saja nanti. Malamnya kami tidur di rumah Abang Palop kita. Memang zalim sungguh semua orang membiarkan saya menonton cerita hantu seorang diri tanpa memberi amaran hendak tidur.

Demonstrasi masak keropok..

Esoknya Abang Palop yang bukan sahaja kacak malah cekap bermain bola masak Tomyam untuk seisi rumah. Petangnya kami jalan-jalan di sekitar Steinfurt dan terjumpa 1 penemuan baru : dengan suhu sekitar -10 Celsius rupanya Sungai di Steinfurt dah beku dan selamat untuk bermain di atasnya. Ramai golongan yang kedekut datang untuk bermain Ice Skating free dan tak kurang juga yang datang untuk ber-BBQ. Lepas solat Maghrib saya pulang ke Dusseldorf.. May Allah bless those who stated in this Post.


Jiran Palop..

Semua muka bangun tidur..

Licin..huhu.

Tasik beku..

Tuesday, January 6, 2009

Cinta

Cinta? Apa tu Cinta? Dulu masa saya kecil, saya anggap Cinta tu cuma 1 benda di antara kekasih macam dalam cerita-cerita di televisyen. Lama kelamaan, saya mula nampak Cinta pun boleh wujud dalam keluarga. Kemudian datang banyak lagi Idea-idea yang datang dalam fikiran saya tentang Cinta. Dan ada banyak juga lagu yang saya dengar tentang Cinta. Contohnya lagu Anak Soleh dari UNIC :

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi..

Tapi saya tak pernah terfikir tentang apa sebenarnya Prioriti dan Maksud sebenar Cinta. Sampailah pengalaman sendiri yang banyak mengajar dan menyedarkan saya tentang Prioriti dan Maksud sebenar Cinta.. Bak kata pepatah "Pengalaman dan kesilapan adalah guru yang paling berkesan.."

Banyak pengalaman dan tanda-tanda yang Allah berikan hingga menyedarkan saya bahawa cuma Cinta Allah yang tak menghampakan dan paling mulia. Sehingga dua orang Pemuda yang sayang antara satu sama lain kerana mengharapkan redha Allah pun akan dapat Syafaat di akhirat kelak. Jadi tak kira siapa yang kita sayang dan Cinta, semuanya harus disandarkan kepada keredhaan Allah. Termasuklah Nabi dan Rasul, Ibu bapa, Keluarga, Guru-guru, Rakan-rakan, dan juga Suami Isteri..

Bagi saya, untuk capai Cinta Hakiki ni memang payah, melainkan kita mempunyai kekuatan yang cukup untuk mencapainya. Jadi kekuatan kita perlulah di 'cas' berulang-ulang kembali macam bateri Handset, sebab akan sentiasa berkurang dan kosong jika dibiarkan tanpa bekalan yang cukup. Chaiyok ! Sebagai penutup ada satu lagu dari UNIC yang saya suka dengar masa sekolah menengah dulu..



Anak Soleh - UNIC


P/S :

1) Sekarang saya sedang menaruh perasaan kepada seorang gadis
untuk dijadikan Isteri. Huhu..


2) Dulu saya pernah nasyid Lagu di atas ini ( Anak Soleh ) di sekolah.

Monday, January 5, 2009

Winterberg

*Translation ada disediakan di akhir Post

Ibu-ibu, bapak-bapak, minggu lepas saya berpeluang bermain salju* bersama-sama rakan-rakan usrah di Winterberg. Walaupun saya enggak* gitu pantas* bermain ski dan snowboarding, tapi pengalamannya cukup menarik. Selepas merancang sekitar seminggu, kami pun pergi tanggal 30 December. Suhu di sekitar Nordrhein Westfalen agak rendah pada tahun ini, iaitu sekitar 0 hingga -10 Celsius. Jadi perjalanan agak menguji.

on the way ( dari kiri Mas Fantri, Mas Nurrahman, Mas Ahmad, Mas Eky )

........................................................................................................................................................

Jam Setengah 9* waktu Malam 29 December saya bertolak dari Dusseldorf ke rumah Mas Eky di Dortmund. Tibanya sekitar setengah 10* gitu. Malam tu kami sama-sama masak bekal untuk di bawa esok. Malam tu saya dapat belajar resipi baru Jepun : Yakiniku namanya (kalau kita orang Malaysia panggil daging kicap je). Tak lama kemudian datang Mas Nurrahman dan Mas Auliya. Lepas ngobrol* barang sejam dua, kami pun terlelap.

baru sampai

Esok pagi kami sama-sama bangun untuk Qiamullail dan Subuh, bersiap-siap bekal dan barang, dan terus ke Main Station. Sekitar jam Setengah 8* kami bertolak ke Winterberg. Perjalanan mengambil masa sekitar sejam setengah dan kami tiba sekitar Setengah 10. Alhamdulillah sewa alatan untuk Ski, Snowboard, dan Kereta Luncur enggak gitu mahal si. Kami cuma menyewa 1 Set untuk setiap jenis dan cuma bertukar-tukar, kerna semuanya baru belajar.

atas Jembatan ( Nurrahman, Ahmad, Eky, Auliya )
................................................................................................................................................

"..wah snowboard ini gampang* sekali ya dari ski ! " kata Mas Auliya.

"..ana rasa dua-duanya gampang banget si, bukannya ski aja Mas ! " saya membalas.

nampaknya gampang tapi sebenarnya sukar

Sebenarnya kami cuma cuba untuk meyakinkan diri yang tak susah untuk bermain. Kerna kenyataannya memang susah banget kedua-duanya. Badan saya sakit-sakit sebab selalu jatuh, manakala badan terasa beku. Sebelum gelap, kami berhenti bermain, kemudian makan, dan solat Jamak. Oleh kerana kereta* dah habis, jadi kami berjalan kaki ke Main Station. Kami berpecah di Station Dortmund. Saya berasa amat bertuah sebab dapat lebihan bekal Yakiniku kami yang tak habis tadi, jadi saya tak perlu lagi masak untuk malamnya (saya bukan malas ya, cuma bertuah sahaja). Sekitar setengah 10 Malam saya tiba di bilik.. May Allah bless them all.

Mas Auliya membuli anak-anak kecil

dekat sama tinggi dengan papan

...................................................................................................................................................

Salju = salji
Pantas = bagus
Setengah 8 = jam 7.30
Setengah 9 = jam 8.30

Setengah 10 = jam 9.30

Ngobrol = lepak

Enggak = tidak

Gampang = senang

Banget = sangat

Kereta = train


Friday, January 2, 2009

Tag

Lepas beberapa kali kena Tag, ni la first time saya buat Tag. Sebab apa? Sebab Kak Piah yang Tag. Hehe..

1) Do u think you're hot?
Kalau demam saya akan jadi hot

2) Upload your favorite picture of you!

3) Why do you like that picture?
sebab nampak muda..hehe.

4) When was the last time you ate pizza?
dah lama dah..dalam sebulan. tapi pizza hut dah setahun. isk2 rindu pizza hut.

5) The last song you listened to?
Ghita, Cleopatra Stratan

6) What are you doing now beside this?
Baru bangun tiduq ni, bilik bersepah, mandi pun belum.. Haih takde wawasan hidup betul.

7) What name would you prefer besides yours?
Saya suka nama saya sekarang ni, pendek senang nak ingat. Tapi dulu-dulu kalau exam asyik kena duduk depan sekali je..isk2.

People i tag :

1. Akmal Mehat
2. Cik Amiyn
3. Ahmad faris
4. Ziqry
5. Cik Nana

8) who is number 1?
Sahabat yang sedang belajar di Canada.. Single lagi orangnya.

9) Number 3 is having a relationship with?
Touwdia faries, mung dah berpunya ke? Hehe

10) Say something about number 5?
Nama sebenar Nur Liyana Jamil. Sekarang dekat Korea dan pernah mengajar saya menyebut 'Yoboseyo' dengan betul.

11) How about number 4?
Sahabat kat Yaman..Tere bahasa Arab..Kagum dengan surrounding hidup dia.Hehe..

12) Who is number 2?
Cik Amiyn? Junior kat maktab dulu. La ni masuk KMS, bijak orangnya.. (blog dia, huih memang pot pet pot pet.. Haha. Jangan marah na hampa, nanti cepat tua)

Related Posts with Thumbnails