Sejak tadika hingga ke sekolah menengah, ada 1 cerita yang saya selalu terlintas di fikiran
saya bila keliru memikirkan apa yang perlu dilakukan.
...................................................................................................................................................
Pada suatu hari, seorang ayah dan anaknya berjalan merentasi suatu kawasan
perkampungan dengan seekor anak kuda sebagai haiwan tunggangan. Ayahnya
menyuruh anaknya menunggang anak kuda tersebut sehinggalah mereka melepasi
sekumpulan penduduk di kedai makan..
" Apalah si anak tu, seharusnya diberikan tunggangan kepada si ayah sebagai tanda
hormat.." kata salah seorang penduduk kampung yang suaranya sengaja dikuatkan agar didengari.
Si anak pun berkata kepada ayahnya "Ayah, mari kita bertukar tempat. Ayah tunggang
kuda ini dan saya berjalan saja di hadapan.."
Mereka pun bertukar tempat kerana pengaruh kata-kata orang kampung sebentar tadi.
Tak berapa lama kemudian, mereka pun melepasi sekumpulan penduduk kampung yang kedua.
"Apalah si ayah tu, seharusnya diberikan tunggangan kepada si anak dan beralah.
Anaknya masih kecil.." kata salah seorang penduduk kampung kepada mereka nyaring.
Si ayah pun berkata kepada anaknya "Anakku, mungkin kita patut tunggangi kuda ini
berdua, agar kita berdua tidak letih.."
Anaknya pun turut menunggang anak kuda tadi bersama ayahnya di belakang,
sehinggalah mereka sampai ke sekumpulan penduduk kampung yang ketiga.
"Apalah si ayah dan si anak ini, langsung tidak merasa kasihan dengan anak kuda yang
masih kecil itu. Seharusnya tidak ditunggang bersama.." jerit salah seorang daripada
mereka.
Si ayah dan anaknya pun bersepakat berkata "Mungkin lebih baik jika kita
bersama-sama berjalan dan menarik anak kuda ini.."
Mereka berdua pun turun dari anak kuda tersebut dan meneruskan perjalanan hingga
sampai ke sekumpulan penduduk kampung yang terakhir.
"Adakah mereka tidak tahu berfikir? Tunggangan yang ada tidak ditunggangi,
sebaliknya cuma ditarik. Apakah gunanya membawa kuda tunggangan?" kata salah
seorang daripada penduduk kampung itu.
Si anak dan si ayah cuma berbalas pandangan sambil berfikir.
......................................................................................................................................................
Saya selalu tak pasti apa yang perlu dilakukan dalam hidup ni. Biasanya apa yang saya
lakukan sentiasa serba tak kena dan cuma mengikut anak panah orang-orang di sekitar.
Entah la..