Wednesday, January 21, 2009

Tepung tumpah

"Selalu memang sejuk camni ke Palop? Sampai sungai pun beku.. Rugi la tempat-tempat skating.." tanya saya kepada senior Lagenda German, Abang Palop.

"Takdela mad. Last sekali sungai beku macam ni around 7 tahun lepas. Dah lama tak sejuk macam ni.." balasnya sambil mengawal tempo suara sebagai abang senior Lagenda yang berpengalaman.

Dari tingkap bilik..

.......................................................................................................................................................

Winter tahun ini, seperti yang dikhabarkan dalam berita, cuaca agak ekstrem, iaitu suhu minimum mencecah -15 Celsius. Kesannya, salji yang turun akan kekal sebagai ais, tidak cair, dan menyebabkan hati saya turut keras untuk menerima cinta lagi (tiada kena mengena). Salji yang kelihatan seakan-akan banjir menyebabkan kenderaan terpaksa bergerak dengan perlahan dan lorong-lorong untuk pejalan kaki terpaksa dibentuk untuk memudahkan berjalan. Alhamdulillah, kasut ADIO saya yang dibeli menggunakan Duit Raya 2006 agak kalis air dan selamat digunakan di dalam salji.

Junior yang datang pada tahun ini amat bertuah kerana dapat melihat salji yang meriah. Ditambah dengan dapat merasa Masakan Melayu dari senior yang bergaya, sebaik saja sampai di sini. Cuma suhu yang agak ekstrem mungkin menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri. Berbeza dengan saya semasa sampai pada tahun lepas, di mana suhu cuma sekitar 0 - 10 Celsius dan salji cuma boleh didapati di dalam Peti Ais. Saya sangat gembira bila mendapat pujian dari Juniors kerana mampu membuat Snowball dengan cemerlang.

Pemandangan Salji yang seakan-akan seperti tepung yang tumpah memang indah Subhanallah.

Tapi 2 benda yang menarik perhatian saya ialah :

1) Salji juga boleh diibaratkan seperti banjir, di mana kotoran dipindahkan ke serata tempat dan kanak-kanak suka bermain dengan salji. Cuma suhunya agak sejuk.

2) Saya mendapati bahawa saya masih batak* dengan salji, walaupun sudah pergi ke Gunung dan melihatnya setiap hari. Berbeza dengan rakan-rakan lain yang kelihatan steady bila berhadapan dengan salji.

Dapatkah saya dan adik bermain sebegini jika di Malaysia juga ada Salji?

.........................................................................................................................................................

Winter adalah salah 1 daripada 4 musim ciptaan Allah yang memang ajaib. Winter, Spring, Summer and Fall : semuanya berputar seperti 1 kitaran yang takkan berlaku dengan sendirinya.





6 comments:

雪 said...

wah..mad mmg suka roller sejak kecik dulu

Ahmad bin Ariffin said...

roller pun suka saya jugak shirling..hehehe.

TyRoX SaN said...

mad....

tepung ape tue mad?

baking powder?
tepung gandum ?>

tepung beras?

Ahmad bin Ariffin said...

semestinya tepung jagung cap tyrox..
boleh didapati di kedai2 berdekatan..
makan sekali, rasa nak lagi..
beli sekali, rasa nak jual..

Azwa Laila said...

sy pun terer jge wat snowball cik ahmad,klw x cmne cik ahmad boleh terkene aritu kn,haha :P

Ahmad bin Ariffin said...

tu serangan mengejut..tak aci punya..haha.bestnyo korg mai2 dah ada salji na..

Related Posts with Thumbnails