Wednesday, February 25, 2009

First Time

"..Salam. Kak Didi, mungkin saya lambat sikit kot. lempeng ni tak menjadik la.. huhu"
bunyi mesej yang saya hantar kepada Kak Didi.

"..kalau lambat tak gerenti tunggu..haa.." balas Kak Didi,
berbunyi senior.

"..baik Bos! menurut perintah.." balas saya,
berbunyi junior.

Bila sampai-sampai, rupanya saya adalah orang pertama. Terasa diri ini
dipermainkan oleh keadaan.

Kuah ayam segera..
.............................................................................................................................................

Semalam pertama kali saya cuba Marinate Ayam untuk BBQ dan membuat Pancake.
Dan percubaan berani mati ini adalah untuk rakan-rakan. Maka eksperimen
tersebut adalah sangat berisiko. Tapi Alhamdulillah.. Respon agak baik. Ayam rasa
macam Satay, manakala Pancake rasa pahit-pahit sikit. Tapi saya mengelirukan
dengan kenyataan rasa pahit Coklatnya agak kuat. Terselamat di situ.

Kak Didi yang riang ria..

Arip mengongkong ayam..

Selepas paper Elektrische Messtechnik, saya dan saudara Kamil pun bergerak ke
Kedai Turki untuk membeli Chicken Wings, sebagai tambahan untuk ayam yang
kelihatan tak cukup. Sekitar jam 6 Petang, saya memecut ke rumah Kak Didi dengan
penuh rasa bersalah kerana terlambat. Seterusnya Kamil, Haniff, Fizzie, dan rakan
cinanya menyusul. Semua orang membawa makanan tersendiri.

huhu

Cheese Cake buatan tempatan..

Selepas jamuan, saya dan Kamil diseksa mengemas barang dan membungkus
semua makanan yang tak habis (ayat agak over daripada situasi sebenarnya).
Sebenarnya jamuan ini dibuat untuk saudara Haniff, yang akan berpindah ke
Hannover minggu depan. Moga Allah mudahkan urusan.

Thursday, February 19, 2009

Wish

"Umi! Adik nak coklat lagi.. Nak jugak!" rengek seorang anak kepada ibunya
meminta coklat.

"Tak boleh sayang.. Tadi dah makan banyak kan?" balas si ibu lembut, dalam masa
yang sama tidak memenuhi kehendak anaknya.

"Umi ni jahat la.. tak sayang adik.." balas si anak tadi, merajuk.

Gambar sekadar hiasan

....................................................................................................................................................

Kenapa budak tersebut masih merengek meminta coklat, sedangkan dia sudah
makan banyak sebelumnya? Jawapannya jelas : kerana dia suka coklat tersebut,
memakan coklat membuatkannya suka hati, dan baginya itu adalah baik untuk
dirinya.

Kenapa si ibu yang penyayang tidak membenarkan anaknya makan coklat lagi?
Tidakkah si ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya? Jawapannya jelas : kerana
dia tahu makan coklat berlebihan adalah tidak sihat dan boleh merosakkan gigi
anaknya.

Budak itu yang masih kecil dan masih terbatas fikirannya menganggap apa
yang baik untuk dirinya adalah baik, sedangkan apa yang baik adalah berlawanan
dengan apa yang diminta. Bila permintaan tidak ditunaikan, dia menganggap
bahawa si ibu adalah jahat dan tidak menyayanginya. Si ibu yang menyayangi
anaknya tadi, yang lebih tahu apa yang baik untuk anaknya, tidak memberikan
apa yang diminta oleh anaknya kerana dia lebih tahu dan mahukan yang terbaik
anaknya.

.............................................................................................................................................

Sebagai makhluk Allah yang lemah, akal kita adalah sangat terbatas. Kita selalu
kecewa atau kadangkala bersedih bila apa yang kita ingini dan hajati tidak seperti
yang diharapkan. Mengapa? Kerana kita merasakan bahawa apa yang baik untuk
kita tidak terjadi, dan seterusnya merasakan itu adalah sesuatu yang tidak baik.
Kekecewaan melanda.

Firman Allah S.W.T :

"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."
(2:216)

Jika kita telah berusaha sedaya upaya untuk sesuatu, dan telah berdoa meminta
kepada Allah agar dikabulkan serta dimudahkan segala urusan, kita harus
yakin sepenuhnya bahawa apa yang akan berlaku adalah dengan kuasa Allah, dan
itulah yang terbaik. Mungkin kadang-kadang kita tidak dapat lari dari persoalan :
Mengapa terjadi sebegini? Mengapa aku? Ini kerana akal kita sangat terbatas dan
cuma menilai sesuatu perkara dengan akal yang kerdil ini. Cuma Allah yang
Maha Mengetahui.

Wallahua'alam.

Wednesday, February 18, 2009

1010101010

Cek sayang Digitaltechnik
Digitaltechnik sayang cek

Cek ada kawan, nama depa Fano dengan Huffman.
Depa suka nombor 0101010010101010101010110010

Kenapa Auftrittswarsceinlichkeit dan Codierung dicipta?
Adakah untuk menyeksa makhluk-makhluk yang demam?

Cek nak tidur. Boleh dak?
Cek mengantuk
Cek demam
Tapi esok nak dating dengan Digitaltechnik
isk2




Tuesday, February 17, 2009

Tag (by Muaz)

RULES: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25
random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people
to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's
because I want to know more about you.

..............................................................................................................................................

huhu..

1) Nama saya pendek je : Ahmad. Pegi mana-mana pun orang mesti cakap
"..eh Ahmad je?"

2) Saya merupakan pelajar termuda dalam jurusan saya : 18 tahun masa
mula semester 1.

3) Dulu pernah hafal Quran (percaya tak?) hehe. Tapi tak habis pun, sempat
5 Juzuk je. Tu pun tercungap-cungap.

4) Saya pernah mendapat tempat terakhir dalam kelas sepanjang hidup ni
sebanyak 5 kali : Sekali Darjah 1, 2 kali Darjah 2, dan 2 kali Darjah 3. Kenapa?
Mana la saya tahu. Hehe.

5) Saya lulus Peperiksaan Penilaian Tahap Satu dan terus masuk ke Darjah 5
dari Darjah 3. Agak horror bila berada sekelas dengan Seniors. Saya ingat lagi
diorang pernah main baling-baling kopiah saya sampai la cikgu masuk.

6) Pertama kali jatuh cinta semasa Darjah 2 semasa di Sek. Ren. Keb. Seri
Gaya di Sabah. Namanya Hana Sabrina dan merupakan anak guru di situ.
Tapi tak kesampaian kerana kami sekeluarga sudah berpindah ke kedah.

7) Saya minat Skateboarding dan Breakdance. Mula mengenal Skate sejak
Tingkatan 3 dan Breakdance pula pengaruh dari kawan. Walaupun bagus
untuk kesihatan, namun kedua-kedua sukan ini agak berisiko.

8) Walaupun suara tak sedap, tapi saya sangat minat Nasyid/Menyanyi.
Rasanya kumpulan-kumpulan Nasyid yang saya sertai di sekolah-sekolah lama
dulu hambar disebabkan saya.

9) Mula memakai cermin mata semasa Darjah 5. Cemana boleh rosak mata?
Disebabkan teringin bercermin mata, saya merosakkan mata dengan
memakai cermin-cermin mata kakak dan menonton Televisyen bapak dekat.
Hingga sekarang saya menyesal dengan perbuatan ni.

10) Saya pernah menjadi Ketua Kelas sebanyak 3 kali dalam hidup.
Darjah 6, Tingkatan 1, dan Tingkatan 2. Pengawas cuma sekali semasa di
MRSM Beseri.

11) Saya adalah seorang pelajar yang pendiam dan skema tahap kritikal semasa
UPSR dan PMR. Tak dengar musik, malu dengan perempuan, dan menjadi
Ketua Pusat Sumber semasa Tingkatan 3.

12) Saya berhenti hisap jari dan minum susu botol sepenuhnya sekitar
Darjah 2.

13) Disebabkan mak saya adalah Guru Besar di tadika, kebanyakan masa
saya di tadika cuma dihabiskan di bawah meja guru.

14) Saya pernah mendapat Anugerah Ahli panel terbaik peringkat negeri Perlis
dan mewakili Perlis ke Pertandingan Forum Remaja peringkat Kebangsaan
2005 semasa tingkatan 5 di MRSM Beseri. Juri ni pelik betul. Macam silap
judge je.. Huhu.

15) Saya sangat pemaaf, pemendam, dan susah hendak marah. Tapi orang
selalu mengambil kesempatan ke atas saya disebabkan sifat ini.

16) Saya sangat geram dengan budak-budak kecik. Yang paling maksimum
ialah budak kecik yang pakai sweater tebal sambil jalan terkedek-kedek,
bermuka innocent, dan bermata seperti kristal. Rasa macam nak masak buat Sup.

17) Orang ada cakap muka saya macam Harry Potter dengan Spiderman. Betul
ke tak, tak pasti la. (hehe perasan perasan)

18) Antara Gadgets yang saya pernah beli dengan duit sendiri mengikut
kronologi :

Sony Walkman (rm 200)
Panasonic Discman (rm 300)
Sony Ericsson K700i (rm 700)
MP3 Creative Zeon (rm 400)
MP3 Sony (rm 300)
Hyundai M-Life (rm 3000)
Hard disk (rm 200)
Samsung camera (rm 750)
Logitech Speaker (rm 500)
Lexmark Printer (rm 200)
Sony camera (rm 1000)
ipod nano (rm 700)
iphone 3G (rm 4000)
HTC Diamond (rm 1750)
Electronic Dictionary (rm 500)
Nokia 1200 (rm 150)
LG Notebook (rm 2500)

Jumlahnya cuma RM 17, 050. Wuhuhu.. Belum semua lagi.

19) Saya adalah seorang yang sangat jakun dengan Salji, walaupun sudah setahun
lebih menetap di German.

20) Dulu pernah guna Friendster. Tapi delete lepas tu sebab rasa macam
melampau. Asyik-asyik Friendster. Masa delete tu kawan ada 1200 lebih
dan comments lebih 6000. Kenapa delete? Sebab teringat keluarga dan
rakan-rakan di sekitar yang lebih memerlukan perhatian.

21) Pernah dibedah sebanyak 2 kali. Sekali semasa tadika, di mana Biji
Saga tersangkut di dalam hidung dan Doktor sedut menggunakan vakum. Kali
ke 2 semasa darjah 5, di mana syiling 50 Sen tersangkut di tekak dan Doktor
sedut menggunakan vakum juga.

22) Pernah kemalangan Motosikal sebanyak 2 kali. Sampai sekarang masih
belum memiliki Lesen. (huhu jangan habaq Polis na)

23) Pernah meng'upload' video nyanyi syok sendiri di Youtube. Sampai
sekarang masih ada di Youtube. Kesian orang yang tengok. Hehe.

24) Pernah bekerja di Kilang tempat ayah bekerja selama 5 bulan dengan gaji
RM 20 sehari. Malamnya mengajar budak-budak taman mengaji dengan yuran
ikut ikhlas hati. Tempoh 5 bulan ini banyak mengajar saya tentang erti
hidup.

25) Saya tak nak Tag sesiapa. Biar la kitaran ni putus di sini. Hehe..

..................................................................................................................................................

p/s : Penggunaan Bahasa Melayu tidak formal.

Friday, February 13, 2009

Lagi 5

Bermula dari kecil, sama-sama membesar dan bergaduh, akhirnya masing-masing
dah berkerjaya dan berkahwin. Atas saya ada 4 orang kakak yang cambest dan bawah
saya ada seorang adik lelaki yang bajet cambest. Jom jom kenai depa..

.................................................................................................................................................

1) Nahdia. Ataupun panggil Kak Ya je. Kakak yang sulung dan dah ada 2 orang
anak. Tahap gaduh tu agak kurang masa dulu-dulu. Sekarang jadi Pegawai Farmasi.
Antara kakak yang boleh cite rahsia. Huhu.

Kuatnya Kak Ya angkat bendera Palestin..

Maman & Kak Ya..

2) Nussaibah. Ataupun panggil Kak Ba je. Kakak yang kedua dan dah ada seorang
anak. Tahap gaduh paling maksimum masa kecik-kecik dulu. Penyapu tu adalah
senjata biasa. Dulu belajar di Australia. Makin besar makin suka sembang dengan
dia. Hehe..

Kat Aussie..

Kak Ba & Naufa..

3) Soddiqa. Atapun panggil Kak Sod je. Kakak yang ketiga dan akan melahirkan anak
tidak lama lagi. Masa kecik-kecik tahap gaduh berada di paras sederhana. Segan sikit
nak cerita rahsia kat dia (hehe jangan marah eh Kak Sod). Suka nasihat saya juga.
Lulusan Kejuruteraan dari USM.

Kak Sod berlakon tak jadi.. huhu.

Berlatih dengan baby orang dulu..

4) Khadijah. Ataupun panggil Kak Jah je. Kakak yang keempat dan yang paling tinggi.
Dulu kecik-kecik memang geng, tapi makin besar makin bersifat kewanitaan. Dulu
tahap gaduh berada di paras terkawal. Sekarang sedang belajar dalam kursus
perakaunan di UiTM Perlis.

"Tak layan la nset murah2 ni mad.." kata Kak Jah.

huhu..

5) Mutmaein. Tapi panggilan glemer Maein. Anak bongsu lelaki dan satu-satunya adik
saya. Tanpa dia, mungkin sekarang saya sudah menjadi sotong (lemah gemalai)
kerana atas kami semua perempuan. Dulu sama-sama buat kerja jahat dan
berlakon seperti baik. Memang adik yang suka beralah dan memendam rasa
(maein jangan dok kembang2 na). Kini berada di Cairo, Mesir.

Mai secewe.. (kanan sekali)

Dalam cubaan menjadi hot stuff seperti abangnya..

.................................................................................................................................................

Tentang diri saya? Saya cuma seorang adik lelaki atau abang yang banyak kekurangan.
May Allah bless them always..

Tuesday, February 10, 2009

DMI (Diari Minggu Ini)

1) Saya menunggu selama lebih 5 jam untuk menghantar kerja Softwaretechnik
kepada Herr Elsner, namun hanya 6 kerja yang diterima dan bakinya terpaksa ditangguh
ke semester hadapan.

2) Saya menukar tarikh flight pulang ke Malaysia dari 13 Februari ke 4 Mac, dan
di cas sebanyak 100 Euro untuk perubahan tarikh tersebut.

3) Disebabkan 2 3 hari sebelumnya suhu tidak begitu rendah (sekitar 5-10 Celsius),
saya membuat cubaan berani mati dengan memakai baju 2 lapis ke Airport.
Tanpa amaran, hujan turun dengan sangat yakin seperti menghukum saya tidak
mandi pada pagi itu. Cuaca yang berangin membelai mesra pakaian saya yang kuyup.
Saya sangat pilu bila melihat penunjuk cuaca di stesen keretapi memberitakan
bahawa cuaca pada hari tersebut ialah hujan, berangin, dan 0 Celsius.

4) Sudah 3 hari saya berjaga hingga ke pagi dan tidur selepas Subuh.

5) Semalam selepas Isyak saya disapa oleh 3 orang remaja Iraq semasa makan di
kedai Kebab. Mereka menyangka bahawa saya remaja Jepun yang memeluk
Islam. Mereka sama sekali tidak mengenal negara Malaysia dan agak terkejut
mengetahui saya Muslim sejak lahir.

6) Semalam saudara Anis memberi saya daging korban dari Hari Raya Korban lepas.
Saya sangat terharu kerana beliau sanggup datang sendiri ke rumah walaupun
boleh jumpa di Masjid.

7) Saya sangat kecewa kerana digelakkan oleh seorang budak German kerana
salah membuka pintu Bank. Dia sangat bahagia dengan kesilapan kecil itu
sambil mengajuk gaya saya dan mengajak kakaknya turut serta bergelak ketawa.

8) Rambut saya sudah mula memanjang seiring dengan kenaikan saham. Saya juga
mulai rajin mandi setiap hari dan kini memakai Lip Balm bila bibir kering (satu
kemajuan drastik saya kira di situ).

Gaya hidup sihat..

Thursday, February 5, 2009

Cekodok

"Sorry la kalau pedas, terletak cili banyak kot tadi.." kata saudara Azri,
seakan-akan memahami raut muka semua orang yang sedang makan.

"Eh takpa aih, lama dah pun tak makan pedaih lagu ni. Mungkin jugak nasik dia
ka yang pedaih, tak semestinya cabai.."
balas saya menyerikan suasana.

Maqan..maqan..

............................................................................................................................................................

Minggu lepas saya berpeluang jumpa juniors di Koln. Selain berpeluang makan percuma
dan bertanya khabar , saya juga turut berpeluang merasai tidur tanpa selimut di ruang
tamu semasa winter. Resipi pada malam tu ialah Ayam Masak Merah dan Sayur
Campur dihiasai Oren sempena Gong Xi Fa Chai. Selepas bersantai melayan perut
dan berborak-borak, semua mula masuk ke bilik masing-masing diakhiri dengan saudara
Mu'izz dan Zuhaili. Saya? Apa nak buat, hidup menumpang kan.

Esoknya mereka bercadang untuk pergi ke Zoo. Pagi yang indah disapa dengan
rancangan Spongebob Squarepants dan Cekodok resipi saudara Nazmi sebagai sarapan.
Selepas masak untuk bekalan, seperti yang telah dirancang, kami keluar jam
11 Pagi (sebenarnya rancang 10 Pagi). Setibanya di sana, disebabkan cuaca yang
kelihatan mendung, kami bersependapat untuk pergi ke tempat lain yang teduh.
Tiba-tiba salji turun seperti memujuk hati kami yang mendung tak berpeluang bermesra
dengan haiwan-haiwan di Zoo.

Asal usul Cekodok..

Evolusi Cekodok..

Sian dia sorang-sorang..

Kolner Zoo..

Panorama, menara yang membolehkan seluruh Koln dilihat, menjadi pilihan. Walaupun
sudah kali ketiga datang ke sini, namun saya tetap jakun* dengan lif menara ini yang sangat
laju, meskipun saudari Lisa dan Fadhilah turut berada di dalam lif tersebut. Pemandangan
dari atas menara Panorama ni memang menarik dan cantik. Namun angin agak kuat dan
sejuk, menyebabkan saudara Firdaus dan Faris memilih untuk menghangatkan diri di
tandas Orang Kurang Upaya. Selepas sekitar setengah jam, kami turun ke bawah dan
menuju ke rumah saudari Kesten dan Azwa.

Sebelum naik lif..

Teknik melihat pemandangan yang jitu..

Antara kesan-kesan Dragon Ball..

Pemanasan badan..

Huhu

Memang bahagia bila lena selepas berjalan, terutamanya bila makanan sudah tersedia
sesudah terjaga. Spaggheti masakan tuan rumah memang sedap, walaupun dia baru
saja membeli Telefon Bimbit dan Laptop baru. Saya sangat sedih kerana diseksa oleh
saudari Afiqah untuk membasuh pinggan selepas makan walaupun air sejuk membeku.
Mereka bercadang untuk melawat Chocolate Museum selepas itu, malangnya saya
terpaksa beransur kerana hari sudah senja. Di dalam perjalanan, kami sempat
beramah-mesra dengan itik liar dan memberi mereka makan. Mungkin itulah sebenarnya
Zoo yang ditakdirkan..

Direct dari periuk tanpa ragu..

Depan rumah saudari Azwa dan Kesten..

Comel betul itik-itik ni..

......................................................................................................................................................

Saya sampai di Dusseldorf sekitar jam 8 Malam. May Allah bless those who stated in
this Post..

Sunday, February 1, 2009

Neuss

"Macam baru malam semalam kita sampai sini, sedar-sedar dah nak balik dah.." kata
Haris, seorang sahabat dari Mumbai, pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia di Krefeld.

"Tula, masa tak terasa berjalan. Sekejap je kita dah dewasa dan berjanggut.." balas
saya walaupun masih belum ada tanda janggut saya akan keluar.

Matahari segan-segan nak keluar..
...............................................................................................................................................................

Pada hari Jumaat, 23 Oktober yang lepas, saya berpeluang keluar 3 hari
bersama-sama brothers dari kawasan setempat ke Masjid Pakistan di Neuss. Lepas solat
Isyak di Masjid Maulana, kami berkumpul dan bertolak ke Neuss. Antara yang hadir
ialah Kamil, Samir, Jamal, Haris, Abdul Rashid, Suhail, Abdul Fatah, dan Abdul Ali.
Perjalanan cuma mengambil masa sekitar 25 Minit dari Dusseldorf ke Neuss. Saya
cuma membawa Sleeping bag, Quran, Berus gigi, barang-barang penting, dan 3 biji
Gula-gula oren di sisi poket.

Kami beri'tikaf dan menetap di sini sekitar 2 hari 2 malam. Masjid yang dilengkapi
dapur yang serba lengkap memudahkan persiapan makanan dan juga saya untuk
curi-curi minum di waktu malam. Antara aktiviti-aktiviti rutin ialah mesyuarat selepas
Subuh, untuk membincangkan perkara yang ingin dilakukan dan siapa yang
mendapat tugas-tugas tertentu. Orang yang berkhidmat menyediakan Breakfast
sementara yang lain bebas dengan aktiviti masing-masing. Selepas Breakfast, ta'lim dan
hafalan Quran, hingga waktu Zohor. Kemudian disambung dengan ta'lim, ziarah, atau
aktiviti sendiri. Bayan samada selepas Maghrib / Isyak. Sebelum apa-apa aktiviti,
biasanya dibincangkan terlebih dahulu tentang kepentingannya dan Adab-adab yang
berkaitan.

Antara pengalaman yang paling saya ingat ialah membeli barang-barang makanan
di Supermarket LIDL dengan berpakaian lebai dan jubah. Tahun lepas, semasa pertama
kali memang agak janggal terutamanya bila kita sentiasa menjadi perhatian umum di mana-mana
sahaja. Tapi lama-kelamaan sudah terbiasa dan selalu terfikir, pakaian sunnah sudah
mula menjadi benda yang pelik sementara pakaian moden pula menjadi kebanggaan.
Semasa ziarah khusus, saya juga berpeluang mengikuti brothers lain menziarahi
seorang pengusaha Karpet dari Pakistan yang berjaya di sini, yang juga merupakan
salah seorang penyumbang untuk Masjid Pakistan di Neuss tersebut. Saya cuma
mampu tersengih dengan yakin semasa mereka bersembang dalam bahasa Urdu. Tapi
best dapat makan kacang kat rumah die !

"..and our small brother here, are you from Malaysia or Indonesia? Also studying here?"
tanya beliau dalam german loghat urdu.

"from Malaysia sir. Im studying in FH Dusseldorf. Most of carpets in Malaysia are made from India.."
saya cuba tunjuk power.

.....................................................................................................................................................

Selepas Isyak pada Ahad 25 Oktober kami bersurai dan saya pulang ke rumah. Setiap
kali keluar dengan brothers dan pegi Usrah bersama rakan-rakan Indonesia, terasa
makin kurang ilmu di dada ni. Huhu.. May Allah bless those who stated in this post.
Amiin.

Related Posts with Thumbnails