Wednesday, February 25, 2009

First Time

"..Salam. Kak Didi, mungkin saya lambat sikit kot. lempeng ni tak menjadik la.. huhu"
bunyi mesej yang saya hantar kepada Kak Didi.

"..kalau lambat tak gerenti tunggu..haa.." balas Kak Didi,
berbunyi senior.

"..baik Bos! menurut perintah.." balas saya,
berbunyi junior.

Bila sampai-sampai, rupanya saya adalah orang pertama. Terasa diri ini
dipermainkan oleh keadaan.

Kuah ayam segera..
.............................................................................................................................................

Semalam pertama kali saya cuba Marinate Ayam untuk BBQ dan membuat Pancake.
Dan percubaan berani mati ini adalah untuk rakan-rakan. Maka eksperimen
tersebut adalah sangat berisiko. Tapi Alhamdulillah.. Respon agak baik. Ayam rasa
macam Satay, manakala Pancake rasa pahit-pahit sikit. Tapi saya mengelirukan
dengan kenyataan rasa pahit Coklatnya agak kuat. Terselamat di situ.

Kak Didi yang riang ria..

Arip mengongkong ayam..

Selepas paper Elektrische Messtechnik, saya dan saudara Kamil pun bergerak ke
Kedai Turki untuk membeli Chicken Wings, sebagai tambahan untuk ayam yang
kelihatan tak cukup. Sekitar jam 6 Petang, saya memecut ke rumah Kak Didi dengan
penuh rasa bersalah kerana terlambat. Seterusnya Kamil, Haniff, Fizzie, dan rakan
cinanya menyusul. Semua orang membawa makanan tersendiri.

huhu

Cheese Cake buatan tempatan..

Selepas jamuan, saya dan Kamil diseksa mengemas barang dan membungkus
semua makanan yang tak habis (ayat agak over daripada situasi sebenarnya).
Sebenarnya jamuan ini dibuat untuk saudara Haniff, yang akan berpindah ke
Hannover minggu depan. Moga Allah mudahkan urusan.

6 comments:

TyRoX SaN said...

rambut x pendek pun mad. dok nmpak tebal je

mawaddah said...

pandainya mad msk..kakpiah nak jgk rasa kek tu..mcm sdp ja..

Ahmad bin Ariffin said...

tyrox - dok rasa pendek la akmal..hehe.aritu botak..la ni dah pelan2 naik..

kak piah - tak dak la kak piah..semua pun belajaq dari org dgn internet ja =P

Anonymous said...

uih, nanti blh ajaq kakya masak no,, mad nak cover line... kena la potong rambut, nak balik Mesia :)... hehe... 'izz tak tahan nak tunggu achik amad nye balik nie..

Ahmad bin Ariffin said...

boleh kak ya..sbnrnya mad baru je ptg rambut, mmg takut kene marah ngan mama pun..hihi. tauu, mad dah dgr dah 'izz panggil pashik amad ni..huhu.

ubaidulah said...

ni semua kawan stu tmpat blaja ke?
cina pon ade ek?
geram tengok kek tu

Related Posts with Thumbnails