Thursday, February 19, 2009

Wish

"Umi! Adik nak coklat lagi.. Nak jugak!" rengek seorang anak kepada ibunya
meminta coklat.

"Tak boleh sayang.. Tadi dah makan banyak kan?" balas si ibu lembut, dalam masa
yang sama tidak memenuhi kehendak anaknya.

"Umi ni jahat la.. tak sayang adik.." balas si anak tadi, merajuk.

Gambar sekadar hiasan

....................................................................................................................................................

Kenapa budak tersebut masih merengek meminta coklat, sedangkan dia sudah
makan banyak sebelumnya? Jawapannya jelas : kerana dia suka coklat tersebut,
memakan coklat membuatkannya suka hati, dan baginya itu adalah baik untuk
dirinya.

Kenapa si ibu yang penyayang tidak membenarkan anaknya makan coklat lagi?
Tidakkah si ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya? Jawapannya jelas : kerana
dia tahu makan coklat berlebihan adalah tidak sihat dan boleh merosakkan gigi
anaknya.

Budak itu yang masih kecil dan masih terbatas fikirannya menganggap apa
yang baik untuk dirinya adalah baik, sedangkan apa yang baik adalah berlawanan
dengan apa yang diminta. Bila permintaan tidak ditunaikan, dia menganggap
bahawa si ibu adalah jahat dan tidak menyayanginya. Si ibu yang menyayangi
anaknya tadi, yang lebih tahu apa yang baik untuk anaknya, tidak memberikan
apa yang diminta oleh anaknya kerana dia lebih tahu dan mahukan yang terbaik
anaknya.

.............................................................................................................................................

Sebagai makhluk Allah yang lemah, akal kita adalah sangat terbatas. Kita selalu
kecewa atau kadangkala bersedih bila apa yang kita ingini dan hajati tidak seperti
yang diharapkan. Mengapa? Kerana kita merasakan bahawa apa yang baik untuk
kita tidak terjadi, dan seterusnya merasakan itu adalah sesuatu yang tidak baik.
Kekecewaan melanda.

Firman Allah S.W.T :

"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."
(2:216)

Jika kita telah berusaha sedaya upaya untuk sesuatu, dan telah berdoa meminta
kepada Allah agar dikabulkan serta dimudahkan segala urusan, kita harus
yakin sepenuhnya bahawa apa yang akan berlaku adalah dengan kuasa Allah, dan
itulah yang terbaik. Mungkin kadang-kadang kita tidak dapat lari dari persoalan :
Mengapa terjadi sebegini? Mengapa aku? Ini kerana akal kita sangat terbatas dan
cuma menilai sesuatu perkara dengan akal yang kerdil ini. Cuma Allah yang
Maha Mengetahui.

Wallahua'alam.

7 comments:

kamil said...

masyaAllah....bayan maulana...huhu

dreamer said...

true it is

Ahmad bin Ariffin said...

kaamil - masyaAllah karkun Dusseldorf..huhu..

dreamer - ya i think so (speaking tu..)

azlishukri said...

segala2nya daripada DIA..salam ukhwah

Ahmad bin Ariffin said...

betul tu..100%
salam ukhuwah..

rafizzi said...

salam.. alhamdulillah best sgt baca entry ni.. jzkk krn berkongsi... =)

Ahmad bin Ariffin said...

wsalam rafizzi..afwan =)

Related Posts with Thumbnails