Friday, March 27, 2009

Pemangkin

Situasi 1

"Adik.. Exam dah dekat kan? Buat elok2 ye.."

"erm baik umi.."

Situasi 2

"Adik..Exam dah dekat kan? Buat elok2..
Kalau dapat banyak A nanti umi kasi hadiah ye.."

"Hoorayy!! Baik umi!!


...........................................................................................................................................

Situasi 1

"Weh malam ni bola Final dowh kul 4 Pagi..
Mamak jom?"


"Erm takpela ko pegi la Mat.. Pagi buta la.. Lagipun aku
tak minat sangat la.."


Situasi 2

"Weh malam ni bola Final dowh kul 4 Pagi..
Mamak jom?"


"Pergh!! Cayalah Mat! Kul 3 turun jom!!"


................................................................................................................................................

Dalam kes pertama, adik tersebut cuma bersemangat bila mengetahui
ganjaran akan menantinya sekiranya dia mendapat keputusan yang
baik dalam peperiksaan. Manakala dalam kes kedua, cuma rakan Mat yang
betul-betul minat Bola menerima pelawaannya untuk menonton Bola
pada awal pagi.

Memang fitrah kita sebagai Manusia memerlukan pemangkin dalam semua
benda yang kita lakukan. Dengan mengetahui bahawa kita akan memperoleh
ganjaran di atas apa yang kita lakukan dan juga suka atau berminat
dengannya, akan membuat kita lebih bersemangat
dan bertenaga.

Mengapa ada yang mampu bangun dengan mudah pada tengah malam
untuk menonton Sukan, tapi ada yang tidak mampu?
Jawapannya mudah : Golongan yang mampu, betul-betul suka dengan
Sukan
tersebut dan ganjaran kepuasan baginya dapat menonton secara Live.
Manakala yang tidak mampu kurang berminat dan tiada kesan baginya
terlepas peluang tersebut.


Mengapa ada yang mampu bangun bertahajud setiap malam dan ke Masjid
pada awal pagi untuk Subuh berjemaah, tapi ada yang tidak mampu
walaupun untuk bangun solat Subuh di rumah?
Jawapannya mudah : Golongan yang mampu, betul-betul suka dengan
amalan
itu kerana mereka tahu ganjaran dan kelebihan baginya. Manakala
yang
tidak mampu kurang terdorong kerana tidak mengetahui ganjaran
bagi
perkara tersebut dan tiada kesan baginya terlepas amalan tersebut.

Jadi adalah amat penting untuk sentiasa ingat-memperingati serta
mencari-cari tentang kelebihan serta ganjaran dalam setiap perkara/amalan
yang kita lakukan agar kita lebih terdorong untuk melakukannya.
Wallahua'lam..

Monday, March 23, 2009

Ambik Barang

"gano kito nih..demo tubik naik bah ko?"
kecek Apih dari Jepun.

"camni la..Sapik ikut aku balik naik bas, Amad naik kete ngan korang. okay?"
balas saudara Kamil confident.

"okay beyeh..satelit ado janga isau"
kata Apih lebih confident.

Duduk mmmmmake..
......................................................................................................................................................

Semalam Saudara Anip nak datang ambil barangnya yang tidak habis
dipindahkan tempohari. Kebetulan beliau dalam perjalanan pulang dari Holland
bersama rakan-rakan dari Bremen, Wolfsburg dan Jepun. Kebetulan saya juga
sudah lama tidak bertemu member-member lama, jadi memang seronok tahap
gabanlah di dalam kalbu ini. Alhamdulillah semua barang muat masuk
dalam bonet.

Sek-sek tok penah nampok nnnnnamo..

Duduk mmmmminum..

Sie demo bilik kecik..

Kelihatan saudara Afham tertarik dengan Skateboard manakala saudara Syafiq
nampaknya memilih untuk mencuba pakai Converse buatan Malaysia. Saudara
Anuar pula kelihatan yakin-tapi-malu dengan Jaket kulit tidak ratanya diikuti
Saudara Haniff yang sudah beralih arah ke arah style Rock Kapak. Manakala
Saudara Hafiz tidak berhenti ngecek hingga ke saat terakhir.
May Allah bless them always..

Doh nok tubik..

Wednesday, March 18, 2009

Balik Kampung

"Mad katne dah ni?" tanya Kak Ya seperti tahu saya baru nak bertolak.

"Dalam sejam lagi sampai la Airport kot. Mad gi kul 2 lebih camtu.." balas saya
yang baru nak bersiap. Huhu.

"Okay. Nanti Mad sampai call Kak Ya ek.." balas Kak Ya mengakhiri
perbualan.

Sensorang je..isk2.

Gayatnya..
......................................................................................................................................

Biasanya dulu kalau balik kampung paling jauh pun dari Beseri, Perlis. Tapi kali
ni saya terpaksa tabah mengharungi sekitar 17 Jam perjalanan dari German ke
Malaysia. Haiii sesekali memang kepala rasa macam Mashmellow yang
ditekan-tekan. Balik berseorangan menyebabkan perjalanan terasa lebih lama
dari masa sebenar. Alhamdulillah pada 4 Mac, selepas 7 Jam penerbangan dari
German ke Dubai, Transit 3 Jam, dan 7 jam dari Dubai ke Malaysia, saya selamat
sampai di KLIA.

Maman, Hana, Kak Ya, Abg Wah, Mad..

"Eh mana Kak Ya ni? Takde orang sambut ke? huhu.." bisik hati jejaka yang
mengharapkan perhatian.

Saya pun pergi Top-up no. Celcom di kaunter berdekatan. Nasib baik ada 100
ringgit dulu-dulu punya terselit di celah wallet. Tak terima duit besar? Saya
terpaksa pergi pecah duit di kedai Coklat berdekatan. 2 batang gula-gula tongkat
menjadi pilihan. Selepas menelefon Kak Ya, rupanya berlaku kesilapan maklumat.
Maka Jejak Kasih telah tertangguh selama 2 Jam. Lepas makan roti canai dengan
Maman dan Hana, saya bertolak ke Airport Bayan Lepas.

"Adakah di sini juga masalah penangguhan Jejak Kasih akan berlaku?"
gusar jiwa seorang anak muda yang baru potong rambut.

Naufa ajak Peshi Amad lawan..

Rupanya tidak. Alhamdulillah di Balai Ketibaan kelihatan Mama telah menunggu,
diikuti Baba dan Naufa dari toilet. Selepas solat Maghrib, kami bertolak ke
Sungai Petani dan singgah sebentar di kedai Mamak. Cuti yang cuma selama
seminggu di Malaysia agak meletihkan. Tambahan kerana masa tidur yang tidak
sama di antara German dan Malaysia. Tapi Alhamdulillah semua perkara yang
diniatkan dapat dibuat. Saya sampai semula di German pada tengahari 14 Mac.
Huhu tak rasa macam balik kampung pun sebenarnya, tapi lebih kepada singgah
sebentar di Kedai Kopi.

Huhu..

Rumah Pak Long..

Baby 'Izz / Babyzzzzz.... (anak first Kak Cod & Abg Bai)

Kampung Sg. Bakau..

Kak Jah mkn pizza Ufa senyap2..

Huhuhu..

rumah Abg Bai kat Melaka..

Balik dah..

Related Posts with Thumbnails