Pemangkin
Situasi 1
"Adik.. Exam dah dekat kan? Buat elok2 ye.."
"erm baik umi.."
"Adik..Exam dah dekat kan? Buat elok2..
Kalau dapat banyak A nanti umi kasi hadiah ye.."
"Hoorayy!! Baik umi!!
...........................................................................................................................................
Situasi 1
"Weh malam ni bola Final dowh kul 4 Pagi..
Mamak jom?"
"Erm takpela ko pegi la Mat.. Pagi buta la.. Lagipun aku
tak minat sangat la.."
Situasi 2

"Pergh!! Cayalah Mat! Kul 3 turun jom!!"
................................................................................................................................................
Dalam kes pertama, adik tersebut cuma bersemangat bila mengetahui
ganjaran akan menantinya sekiranya dia mendapat keputusan yang
baik dalam peperiksaan. Manakala dalam kes kedua, cuma rakan Mat yang
betul-betul minat Bola menerima pelawaannya untuk menonton Bola
pada awal pagi.
Memang fitrah kita sebagai Manusia memerlukan pemangkin dalam semua
benda yang kita lakukan. Dengan mengetahui bahawa kita akan memperoleh
ganjaran di atas apa yang kita lakukan dan juga suka atau berminat
dengannya, akan membuat kita lebih bersemangat
dan bertenaga.
Mengapa ada yang mampu bangun dengan mudah pada tengah malam
untuk menonton Sukan, tapi ada yang tidak mampu?
Jawapannya mudah : Golongan yang mampu, betul-betul suka dengan
Sukan tersebut dan ganjaran kepuasan baginya dapat menonton secara Live.
Manakala yang tidak mampu kurang berminat dan tiada kesan baginya
terlepas peluang tersebut.
Mengapa ada yang mampu bangun bertahajud setiap malam dan ke Masjid
pada awal pagi untuk Subuh berjemaah, tapi ada yang tidak mampu
walaupun untuk bangun solat Subuh di rumah?

amalan itu kerana mereka tahu ganjaran dan kelebihan baginya. Manakala
yang tidak mampu kurang terdorong kerana tidak mengetahui ganjaran
bagi perkara tersebut dan tiada kesan baginya terlepas amalan tersebut.
Jadi adalah amat penting untuk sentiasa ingat-memperingati serta
mencari-cari tentang kelebihan serta ganjaran dalam setiap perkara/amalan
yang kita lakukan agar kita lebih terdorong untuk melakukannya.
Wallahua'lam..