Tuesday, April 28, 2009

Diari Minggu Ini

1. Pada Rabu lepas saya telah pergi ke FH Wiesbaden selama 2 malam
untuk ke Student Service dan bertanya beberapa soalan. Jadi sekali lagi
saya menetap di bilik Umatot. Alhamdulillah semua budak-budak
Wiesbaden (Aman, Umatot, Abg Mi, dan Tengku Jep) sihat belaka dan
cemerlang di sana.

2. Pada Jumaatnya saya telah pergi ke program 'My Frühling' di Islamic
Culture Centre yang terletak di Wolfsburg bersama 3 rakan yang lain
(Kamil, Faris, dan Mu'izz). Perjalanan selama 5 Jam akibat masalah
Keretapi agak meletihkan.

Hasil dari lakonan yang teliti

3. Sampai sahaja di Düsseldorf kami di ajak oleh Auntie Am dan Uncle
Rahim yang baru sembuh dan keluar dari Rehabilitation Centre ke rumah.
Alhamdulillah selepas sekitar 2 bulan di situ, dia kini sudah boleh pulang
ke rumah. Kami pun dah 2 bulan tak singgah ke rumah mereka. Huhuhu.

Pusat penjana kuasa bandar Wolfsburg

4. Pada Ahad malam, saya berasa sejuk yang amat sangat walaupun
sudah memakai Sweater dan berselimut. Pada keesokan paginya, saya
merasakan sengal-sengal dan sejuk di seluruh badan serta seperti ada
beban di kepala. Mungkin kesan daripada penyakit yang saya hidapi,
saya menjadi lemah kesan daripada kehilangan darah yang banyak.

Ustaz Wan Hasan

5. Sejarah Friendster kini diulangi oleh Facebook. Walaupun kekok pada
mulanya, kerana biasanya benda pertama yang di klik sebaik saja melayari
Internet adalah Facebook, namun bak kata pepatah, 'alah bisa tegal biasa',
dan juga 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi', serta 'belakang
parang di asah lagikan tajam'. Maafkan saya kerana over. rasa excited
berlebihan pula kerana sudah lama tidak menggunakan pepatah Melayu.

Di Volkswagen Centre

Sunday, April 19, 2009

2 New Keychains

"Banngggg..!!"
bunyi hentaman bahu Kamil dan kepala saya.

"Uishh.. Darah.."
kata Kamil, penuh prihatin.

.............................................................................................................................................

Semalam saya berpeluang bermain bola bersama rakan-rakan di Cologne.
Cuaca yang agak sejuk dan hujan renyai-renyai tidak mematahkan jiwa
anak-anak muda yang bergelora. Saya juga sempat mencuba Roller
Blade kepunyaan abang Zu kita, selepas sekitar 10 tahun tidak bermain.
Alhamdulillah, cuaca yang tidak panas mengurangkan penat bermain.
Namun, hari tersebut dipenuhi dengan rembatan-rembatan dan serangan
ke muka dan kepala masing-masing. Sama ada semua orang tidak
sengaja, atau ingin menebus dendam yang tersimpan di dada selama ini
masih tidak diketahui.

bersama abang Zu kita

testing..

sejurus sebelum bola singgah di kamera..

Saudara Faris cedera di hidung, saudara Nemsyi dirembat kencang
semasa terbang di udara, dan saudara Azri masih mampu tersenyum
selepas 2 kali bola hinggap di muka. Manakala saudara-saudara lain
memiliki kenangan pahit tersendiri. Saya pula injured di mata selepas di
langgar di muka dan terseliuh jari kaki (kini berjalan capek. huhu). Tapi
perasaan sakit mengingatkan saya tentang nikmat sihat dan keadaan
orang-orang lain yang lebih malang. Terasa malu bila mengeluh
dan mengaduh.

mangsa-mangsa..huhu.

Saya juga berpeluang berkunjung ke kedai "Pivot Skate Shop" bersama
saudara Nemsyi. Di sini saya telah membeli Bearing, Cream Speed, dan
T-Tool. Terima kasih kepada Nemsyi yang serba boleh kerana
kecekapannya menemui kedai tersebut. Malamnya kami makan bersama
masakan ala-ala sedap. Selain itu, kami semua telah menerima
cenderahati Keychain 'patung kangkang' dari Cik Azwa yang pergi bercuti di
Munich. Saya sangat gembira kerana mendapat sebuah lagi Keychain dari
saudara Muizz yang baru pulang dari London.
May Allah bless all of them.

Bearing..

huhu..

Thursday, April 16, 2009

Third

"Tatakallam a'robi?"
tanya Brader Imam confident.

"Erm..La, shuwaiya shuwaiya.."
balas saya kurang confident.

"Tolib? Aina dirosah?"
tanya beliau lagi.

"Na'am.. Fi Almania. Muhandis, Muhandis.."
saya goreng tatabahasa Arab yang kering kontang.

"Masyaallah..Jayyid jayyid.. Malizi jayyid.."
balas beliau, menggunakan perkataan yang mudah-mudah.

"Em..Alhamdulillah. Kullu khair insyaallah.."
balas saya pendek.

Gambaq lama..
....................................................................................................................................

Pada cuti Easter yang lepas, saya dan beberapa orang rakan bercadang
untuk ke Munich selama beberapa hari untuk berkunjung ke Masjid dan
melawat saudara-saudara Islam di sana. Namun atas beberapa sebab,
kami bertukar plan ke arah Holland, Kerana kebetulan ada sebuah
Jemaah yang terdiri daripada Pakcik-pakcik Malaysia yang keluar 4 bulan
di sana. Malam pertama, kami bermalam di Cologne dan bertolak keesokan
harinya selepas Solat Jumaat. Brader Hakim memandu MPV Merc
yang telah disewa, Brader Kamil pula duduk dengan aman permai di
sebelah. Manakala saya, Brader Mu'izz, Brader Firdaus, dan Brader
Faris mengalami peristiwa Tin Sardin di belakang.

Selepas sekitar 2 Jam, kami sampai di Markas Holland iaitu di
Amsterdam. Alhamdulillah termasuk kali ini sudah kali ketiga saya
tiba di sini. Masuk-masuk saja ke dalam Masjid, pergh! Pakcik-pakcik
Malaysia! Huhu. Bukan apa, saya di Düsseldorf ketandusan kenalan
Malaysia, jadi rasa sangat seronok bila dapat jumpa orang-orang Malaysia.
Orang-orang tempatan semuanya ramah-ramah belaka. Banyak benda
yang saya dapat belajar di sini termasuk berpeluang menambah kenalan.
Antaranya ialah Mas Zulkifli yang sedang menuntut di France dan
Mas Amar yang berketurunan Yaman.

Spring..

Kebanyakan pakcik-pakcik Malaysia yang hadir berasal dari KL dan Johor.
Selain itu, ada 1 Jemaah Malaysia dari England hadir yang terdiri daripada
Students Under- dan Postgraduate. 2 orang yang agak sebaya ialah
Ahmad Firdaus dan Nazri dari Sheffield. Semuanya sekali berjumlah
22 Orang Malaysia. Pertama kali sepanjang keluar saya dapat lihat
4 Kumpulan jaulah dapat dibentuk. Saya juga berasa sangat terharu bila
semua orang tak kira pangkat, kedudukan, dan umur, dapat duduk
bersama tanpa ada tinggi dan rendah.

"Eh abg Jamalullail student jugak ke? saya ingat dah kerja.."
tanya saya kepada Abg Jamal yang sedang bekerja di Newcastle, kerana
dia sentiasa memperkenalkan diri bahawa dia adalah student.

"Yela..Dalam agama ni, kita semua pelajar, takde yang cikgu. Ilmu kita
takkan pernah cukup.."

balas beliau jelas. Tanpa lawak-lawak punya.

Huhu..

Begitu juga dengan Pakcik-pakcik dan Abang-abang yang lain.
Walaupun ramai yang terdiri daripada Doktor dan belajar dalam phD,
tapi semuanya rendah diri. Selepas 2 hari di Amsterdam, kami menuju
ke Rotterdam atas keputusan Mesyuarat. Di Rotterdam orang-orangnya
mesra alam dan ringan tulang menolong. Brader Haniff juga sempat
mengejoin kami di sini. Lepas 2 hari di sini, kami bertolak pulang ke
Germany. May Allah bless those who were stated in this Post.
Amiin.

Wednesday, April 8, 2009

Hikmah

"Aku ingat lagi dulu, tiap-tiap hari kena rotan dengan cikgu kalau datang
lambat. Sampai seminit pun kira lambat.."
kata Si Jebon.

"Hehe..yela. Tapi kalau bukan sebab cikgu, mesti hari ni kau takkan jadi
macam sekarang. Sesaat pun dah kira lambat..hehe"
balas Si Jipun.


.............................................................................................................................................

"A cup is not always half empty, but half full"

Sebaiknya kita perlu melihat sesuatu masalah dari sudut yang terang dan
positif. Orang yang cerdik akan menjadikan kesilapan sebagai pengajaran,
sedangkan orang yang kurang cerdik akan membuat sesuatu musibah
menjadi tebal dan berlipat ganda.

Jika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu
sebenarnya memberikan kekebalan kepada tubuh dari bisa ular. Jika
mendapat markah yang kurang dalam Peperiksaan, ketahuilah bahawa
itu akan menjadi peringatan untuk membaiki diri. Antara tokoh-tokoh
Islam yang berjaya selepas kesusahan :

1) Imam Ahmad bin Hambal pernah dipenjara dan dihukum, tetapi kerana
itu ia kemudian menjadi Imam salah 1 Mazhab.

2) Ibnu Taimiyah pernah dipenjara, tetapi kerana masanya di penjara
itulah ia banyak melahirkan karya.

3) As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun.
Tetapi kerana itulah beliau berhasil mengarang buku sebanyak 20 Jilid.

4) Ketika Ibnul-Atsir dipecat dari jawatannya, ia berhasil menyelesaikan
karya besarnya Jami'ul Ushul dan An-Nihayah
(buku Hadis yang terkenal).


5) Malik bin Ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang tiada
penawarnya, namun kerana itu ia telah melahirkan syair-syair yang
sangat indah dan mengalahkan pensyair-pensyair terkenal sewaktu
Zaman Abassiyah.

Firman Allah s.w.t :

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.."
(Al-Baqarah : 216)

Moga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk sentiasa bersikap optimistik
dan menilai sesuatu perkara dari sudut positifnya.
Wallahua'alam.

Tuesday, April 7, 2009

Bangun Awal

"Kami dah sampai dah ni.."
saudara Mu'izz menelefon.

"Okay2..Hampa nek baih, satni sampai sini habaq lagi sekali na.."
saya membalaih, eh membalas.

"Eh sampai dah..Nek baih dah.."
balas Mu'izz, tegas.

"Huih..toddia eh. Lajunya..Okay2 sat na hampa tunggu sana, aku mai.."
balas saya mengakhiri perbualan.

....................................................................................................................................

Bukanlah mudah untuk bangun awal pagi pada hari Sabtu. Tapi Alhamdulillah
saya berjaya melepasi dugaan ini. Rakan rakan dari Cologne bercadang
untuk membeli belah di Gudang Esprit berdekatan rumah saya. Jadi seawal
10 Pagi (awal untuk orang yang mandom) saya keluar dan bertemu dengan
mereka yang sampai dengan wajah berseri-seri. Selepas ke Bank, kami
sama-sama bertolak ke tempat tersebut.

Oleh kerana kami tiba agak lewat, jadi terpaksa beratur sementara
menunggu giliran masuk. Alhamdulillah, saya dapat menahan nafsu dari
membeli apa-apa dan pulang dengan tangan kosong. Manakala dugaan
mata untuk kami agak berat kerana pelanggan semuanya konfiden dan
menukar baju di khalayak ramai.

Sebelum mereka singgah sebentar untuk merehatkan diri dan Solat Zohor.
Oleh kerana katil saya sangat selesa, maka ramai yang tidak dapat menahan
dan menjadi mangsa katil tersebut. Saya sangat bahagia kerana Saudara
Nazmi turut berkongsi minat yang sama terhadap Papan Selaju. Maka
kami sempat meluangkan masa untuk mencuba.

Selepas itu mereka meneruskan jenjalan ke Essen. Manakala pada
keesokan harinya saya pula bertandang ke Cologne dan bermain bola
walaupun kaki sangatlah bangku.



Wednesday, April 1, 2009

D.M.I. (Diari Minggu Ini)

1. Sabtu lepas saya pergi ke rumah Juniors di Cologne dengan niat kononnya
nak ziarah, namun akhirnya main PS2 sampai ke pagi. Salah saya juga yang
jakun dengan kemodenan PS2, biasa la dulu di rumah cuma main
Tuju Kasut.

2. Semalam saya telah berjaga hingga 3 pagi untuk menghabiskan soalan
Praktikal Fizik untuk hari ini. Namun hampa kerana saya telah silap membuat
persediaan. Kerja yang saya telah buat sepatutnya dihantar lagi 3 Minggu.
Jadi saya terpaksa buat Temujanji tambahan.

3. Esok ada praktikal Mikroprozessor yang sangat menaikkan darah tinggi
bila melihat panduan dan soalan-soalannya.

4. Penyakit saya sudah beransur pulih. Alhamdulillah. Moga selepas ini saya
lebih beringat tentang gizi pemakanan seimbang.

5. Cuaca sudah semakin baik kerana peralihan musim dari Winter ke Spring.
Suhu semakin meningkat dan matahari selalu menyinar. Cuma awal pagi dan
malam yang masih menguji. Tapi tak pasti kenapa bibir tetap
kering dan luka.

6. Penyakit kerinduan semakin serius =(

7. Tinggal seminggu Pakcik Rahim akan keluar dari Rehabilitation Centre.
Moga dia sembuh sepenuhnya dan dapat bergerak seperti
biasa Insyaallah.

Dengan Faisal di KBU (17 tahun lagi)

Related Posts with Thumbnails