Wednesday, April 8, 2009

Hikmah

"Aku ingat lagi dulu, tiap-tiap hari kena rotan dengan cikgu kalau datang
lambat. Sampai seminit pun kira lambat.."
kata Si Jebon.

"Hehe..yela. Tapi kalau bukan sebab cikgu, mesti hari ni kau takkan jadi
macam sekarang. Sesaat pun dah kira lambat..hehe"
balas Si Jipun.


.............................................................................................................................................

"A cup is not always half empty, but half full"

Sebaiknya kita perlu melihat sesuatu masalah dari sudut yang terang dan
positif. Orang yang cerdik akan menjadikan kesilapan sebagai pengajaran,
sedangkan orang yang kurang cerdik akan membuat sesuatu musibah
menjadi tebal dan berlipat ganda.

Jika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu
sebenarnya memberikan kekebalan kepada tubuh dari bisa ular. Jika
mendapat markah yang kurang dalam Peperiksaan, ketahuilah bahawa
itu akan menjadi peringatan untuk membaiki diri. Antara tokoh-tokoh
Islam yang berjaya selepas kesusahan :

1) Imam Ahmad bin Hambal pernah dipenjara dan dihukum, tetapi kerana
itu ia kemudian menjadi Imam salah 1 Mazhab.

2) Ibnu Taimiyah pernah dipenjara, tetapi kerana masanya di penjara
itulah ia banyak melahirkan karya.

3) As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun.
Tetapi kerana itulah beliau berhasil mengarang buku sebanyak 20 Jilid.

4) Ketika Ibnul-Atsir dipecat dari jawatannya, ia berhasil menyelesaikan
karya besarnya Jami'ul Ushul dan An-Nihayah
(buku Hadis yang terkenal).


5) Malik bin Ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang tiada
penawarnya, namun kerana itu ia telah melahirkan syair-syair yang
sangat indah dan mengalahkan pensyair-pensyair terkenal sewaktu
Zaman Abassiyah.

Firman Allah s.w.t :

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.."
(Al-Baqarah : 216)

Moga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk sentiasa bersikap optimistik
dan menilai sesuatu perkara dari sudut positifnya.
Wallahua'alam.

1 comments:

rawaidah said...

Allah lbh tahu ape yg terbaik utk kita. cheer up. :)

Related Posts with Thumbnails