Friday, May 29, 2009

Random

Pak Uda, Mak Uda, Syafaah, Nuruddin, Qamaruddin
(Glasgow)


.............................................................................................................................................










.........................................................................................................................................

Hurry Hurry Home

hurry hurry hurry home love,
hurry back to rotarua,
to the mountains and the valley,
hurry back to me...

I know I know I know I know,
you have to go, you have to go,
please hurry back home love,
I miss you so I miss you so...

in my mind I hear you singing,
and the echoes fill the valley,
cross the lake of troubled waters,
hurry back to me...

I know I know I know I know,
you have to go, you have to go,
please hurry back home love,
I miss you so I miss you so...

Thursday, May 28, 2009

Panggilan

Situasi 1

"Jebon, mai sini kejap.."
panggil si ibu, lembut.

"Ye mak.. Bon datang ni.."
balas si anak, taat.

..............................................................................................................................................

Situasi 2

"Jipun, mai sini sekejap.."
panggil si ibu kepada anaknya.

"Ala mak ni.. Kejap la. Pun ada kerja sikit ni.."
balas si anak.

...............................................................................................................................................


Situasi 1 adalah perkara biasa yang kita dapat jangka. Tetapi situasi 2
adalah perkara yang kita rasakan tidak patut berlaku dan tampak
kurang sopan atau boleh juga dikatakan biadab.
Mengapa?

Kerana ibu adalah orang yang telah sangat banyak berkorban
untuk kita, menjaga makan minum dan pakaian kita sejak kecil,
malah mungkin orang yang lebih mengenali kita berbanding
kita sendiri. Oleh itu kita harus sentiasa taat kepada ibu kita,
segera menyahut panggilan, serta sentiasa menjaga hati mereka.
Sungguh biadablah bagi mereka yang tidak mendengar kata
dan tidak menghiraukan panggilan ibu mereka.

...........................................................................................................................................


Allah swt yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang tidak
pernah alpa kepada setiap hambaNya walaupun sesaat dan
tidak putus memberi nikmatnya kepada kita. Apakah yang akan
terjadi sekiranya ada cukai untuk penggunaan oksigen dan
bayaran untuk setiap batang gigi?

Firman Allah swt :

"sekiranya kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya.."
(Surah Ibrahim ayat 34)


Tanpa belas ihsan dan kasih daripada Allah swt, tiada satu
perkara pun yang kita mampu lakukan dan capai. Allah swt lebih
dekat dan mengenali kita berbanding ibu kita sendiri dan mengetahui
hingga ke isi hati kita. Jadi adakah patut sekiranya kita
tidak menghiraukan panggilan azan yang memanggil untuk
bertemu Allah swt walaupun 5 kali sehari?

Sekitar 25 Minit daripada 24 Jam sehari bukanlah sesuatu yang
berat. Malah tiada perkara di dunia ini yang dapat
dibandingkan dengan kepentingan panggilan kepada Allah swt
bila sudah sampai masanya. Jika kita dapat menepati masa,
bahkan lebih awal untuk temu janji dengan Doktor,
mengapa tidak untuk temu janji bertemu Allah swt?

Insyaalah sama-sama kita doakan agar kita dapat jadi
hamba Allah swt yang taat dan bersegera dalam
menyahut setiap panggilanNya.

Monday, May 25, 2009

Diari Minggu Ini

1) Minggu ini ada 5 orang kenalan saya yang menyambut
Hari Jadi mereka. Salah seorang daripada mereka ialah Pakcik Rahim
yang sudah menetap dan berkeluarga selama 40 tahun di Germany.
Pada hari Sabtu yang lepas, mereka telah mengadakan Jamuan kecil
di rumah sempena Hari Jadi pakcik tersebut. Sekitar 30 orang dari
sekitar Nordrhein Westfalen telah dijemput. Orang-orang Aachen
telah menghadiahkan Pakcik Rahim sebuah Harmonika.
Waaa mula-mula Gitar, sekarang Harmonika, lepas ni
mana tahu Drum pula. Jadi Musician la Uncle Rahim lepas ni.

2) Cawan lembu saya kini sudah tidak keseorangan lagi kerana
kini ia sudah mendapat teman baru iaitu sebuah mangkuk kucing.

Kini bergandingan

3) Kini saya mula cuba memakan ubat secara berdisiplin
iaitu sehari sekali. Tetapi saya menyimpan azam untuk makan
ubat 2 hari sekali dan minum banyak air kosong di samping
pemakanan yang lebih terjaga. Terima kasih kepada Doktor
yang banyak menasihati saya selama ini.
Saya akan cuba yang terbaik.

4) Alhamdulillah iphone 3G sudah kembali.
Bagaimana cara ia kembali?
Haa sila dapatkan jawapan secara peribadi ya.
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.

Kedah maju 2010

5) Disebabkan pengaruh rakan sebaya, saya telah mula
membaca siri novel Twilight yang bermula dengan
Twilight, New Moon, Eclipse, dan Breaking Dawn.
Dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan kertas
dan menyelamatkan pokok-pokok di dunia ini, maka kami
telah berpakat untuk saling bertukar-tukar Novel.
Tak sangka saya akan berjaya membaca sebuah Novel,
kerana sebelum ini saya telah membeli Novel Harry Potter dan
cuma berjaya membaca sinopsis di belakang novelnya sahaja.

Twilight

Random

Kedai buffet India (2008)


Saturday, May 23, 2009

Mutmaein

Dulu kecik-kecik main tuju kasut sama-sama,
kena marah dengan Mama & Baba sama-sama,
pergi sekolah sama-sama,
kadang-kadang gedik,
kadang-kadang sengal,
kadang-kadang aman damai.

............................................................................................................................................

Ada yang panggil beliau Maein, ada yang panggil Ein saja.
Dulu lagi pendek daripada saya, tapi sekarang dah sama tinggi.
Cuba anda teka apakah ia?

(Eh jadi teka-teki pulak.
Marah tuan punya badan nanti)

Cuba teka siapakah beliau?

Beliaulah adik saya yang kini sedang belajar di Kaherah, Mesir.
Sudah hampir 2 tahun kami tidak bertemu sejak beliau ke Mesir
pada tahun 2007 semasa berumur 15 tahun.

Maein (kanan) dan rakannya di Airport

Maein (kiri) dan rakan-rakannya di kedai Kasut

.......................................................................................................................................

Mesti Maein rasa pelik dan tak logik kan, kenapa secara
tiba-tiba Abang muncul dengan watak sebagai seorang Abang
yang penyayang dan sangat menjaga tutur Bahasanya.
Abang yakin,
Maein pasti tidak akan tertipu dengan semua helah ini.

Saya berharap semoga beliau habis pengajiannya dengan
baik dan menjadi orang yang berguna kelak. Insyaallah cuti
Musim Panas tahun depan kita jumpa di Malaysia.
May Allah bless him always.

Thursday, May 21, 2009

Monheim

"Assalamualaikum.. Brother, can i ask u a question?"
tanya Bro Albin dari Albania.

"Waalaikumussalam.. Ya sure. What is it?"
balas saya sambil menunggu selipar yang dipinjam orang.

"Where are u from? Are u guys brothers?"
tanya beliau lagi sambil menggaru kepala dan tersengih-sengih.

"We originally came from Malaysia, but now we live in Düsseldorf.
We are brothers in Islam"
jawab saya dalam German.

"owwhh.. Hehehe.."
gelak beliau tersipu-sipu.

8 Bangsa berlainan duduk semeja kerana Islam..

...............................................................................................................................................

Pada 15 Mei yang lepas, saya berpeluang keluar 3 hari di Monheim
bersama 2 Brothers dari Düsseldorf. Selepas solat Asar di Masjid Maulana,
saya, Kamil, dan Bro Abdul Rashid menumpang van Bro Abdul Rauf
dan Bro Muhammad ke Masjid Morocco di Monheim yang terletak
sekitar 30 Minit dari Düsseldorf. Alhamdulillah Masjid tersebut
sangat meriah dan ramai orang sekitar yang datang termasuk
remaja-remaja. Setiap hari sebelum Maghrib ada tazkirah dari
Imam sekitar 30 Minit sebelum masuk waktu, manakala setiap
Jumaat akan diadakan Program bersama-sama penduduk tempatan.
Kelas agama untuk kanak-kanak juga ada dibuat di dalam kelas yang
bersaiz sederhana di sebelah masjid.

Kebetulan pada hari kami sampai ada jamuan sempena seorang
Brother yang baru berkahwin. Selain itu turut diadakan ceramah
bertemakan perkahwinan pada sebelum dan selepas Maghrib.
Alhamdulillah pihak Masjid menerima kedatangan kami dengan baik dan mesra.
Tidak ada masalah untuk tidur, menggunakan dapur, dan sebagainya.

Pada keesokan harinya, datang 6 lagi brothers dari Cologne, iaitu 3
orang anak Bro Nisar iaitu Mi'raj, Nadhir, dan Zahid serta 3 orang
Students Malaysia iaitu Mu'izz, Azri, dan Faris. Bro Abdul Rashid
dilantik sebagai Amir Sahab dan kami telah membuat beberapa
Amal di situ mengikut mesyuarat. Jaulah di bantu oleh Brothers Albin
dan Agim sebagai Rahabah (penunjuk jalan) dan Ta'lim berjalan
seperti biasa. Walaupun Masjid Morocco ini tidak semaju dan sehebat
binaan Masjid-masjid yang pernah saya lawati sebelum ini, namun
tetap ramai yang hadir.

Pada petang Ahad selepas Asar, kami menamatkan Khuruj dan
pulang ke tempat masing-masing. 6 Brothers dari Cologne
pulang menaiki kereta manakala kami pulang dengan Bas dan Keretapi.
Sebelum pulang, saya dan Kamil singgah sebentar di rumah Bro Abdul Rashid.
May Allah bless all of them.

.............................................................................................................................................

Kanan : Antara kompleks Gereja terbesar di Eropah.
Kiri : Masjid yang sebelumnya bekas rumah Paderi.

Semasa di Holland bersama Brothers dari Malaysia dan UK

Ijtimak di Holland

Masjid di Leiden yang dulunya Gereja

.......................................................................................................................................

P/S : Gambar-gambar di ambil dari Blog Bro Azhar yang
ketika ini masih di Holland
(www.azharjaafar313.blogspot.com)

Friday, May 15, 2009

Barang dari jauh

Kelmarin saya membuka peti surat dan mendapat 1 notis daripada penjaga Student House :

"Ahmad bin Ariffin"
"Zimmer 36"
"Ein Päckchen"

Yang maksudnya lebih kurang : Ada 1 bungkusan kecil untuk Ahmad di bilik bernombor 36. Tapi dari siapa? Jeng jeng jeng...






Setelah sekitar seminggu kotak ini terbang dari UK, akhirnya sampai juga di Germany. Tapi, apa isi kotak tersebut?

(Nampaknya cawan lembu di sebelahnya tidak berapa membantu)










Waaa rupanya ubat Senokot dan Fybogel. Saya berasa terharu yang amat sangat kerana ada orang yang mengambil berat tentang penyakit saya lebih daripada diri saya sendiri.

(Sebutan untuk Fybogel tersebut adalah 'Faibojel' ya) Huhuhu.

Tapi ada lagi 1 barang. Apa dia? Jeng jeng jeng...






Waaa.. Jam tangan ! Saya berasa sangat gembira dan terharu sehingga rasa hati seperti terhakis. Kini Jam tangan Casio oren saya yang berumur 7 tahun itu sudah ada pengganti.

Tak pernah saya memiliki Jam tangan secantik ini. Tengok kotak pun dah takut.







Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan ubat,
dan memanfaatkan jam tersebut sebaik mungkin.

Tuesday, May 12, 2009

Dialog 1


Jebon : Jipun, kenapa kau asyik ulangkaji je ni?
Jipun : Yela, aku nak target dapat A untuk exam kali ni..
Mesti la kena pulun betul-betul..

Jebon : Hermm.. Agak-agak kalau Cikgu dah janji yang
kau akan dapat 100% dalam exam, kau akan study lagi tak Jipun?
Jipun : Haishh.. Kalau Cikgu dah bagi aku markah 100% siap-siap,
sekarang ni aku tgh minum air sirap sambil makan Cekodok
jela Jebon oii. Relaks je tak payah ulangkaji..

Jebon : Sampai begitu sekali ye Jipun..
Jipun : Mestila.. Bukan setakat Cekodok je Jipun, Chipsmore pun
turut menjadi pilihan..

Jebon : Hmm.. Kau agak-agak kan Jipun, kita sekarang ni confirm
boleh masuk Syurga ke tidak ya?
Jipun : Amboi pedas betul ayat kau ye Jebon. Aku rasa aku ni
belum boleh masuk Syurga la Jebon. Benda-benda yang wajib pun
tunggang-langgang. Apatah lagi ibadat sunat.. Haishh takut jugak
aku ni kalau fikir mati time-time sekarang ni Jebon.

Jebon : Aku pun rasa macam tu Jipun.. Cuma bila aku fikir, kita ni
ulangkaji dengan sepenuh usaha untuk dapat A dalam Exam,
sebab kita belum pasti samada kita score dalam Exam. Tapi
sekarang ni kan Jipun, walaupun kita dah tau kita belum layak
masuk Syurga, tapi kita tak berusaha pun untuk ke arah tu..
Jipun : Erm betul la cakap kau tu.. Aku selalu lupa la Jebon. Isk isk isk..

Jebon : Dulu kan Jipun, Rasulullah walaupun dah bebas dari dosa
dan kesilapan, Baginda tetap tak berhenti beribadat dan berdakwah.
Sama jugak dengan Para sahabat, masa hidup lagi Allah dah
janjikan Syurga untuk diorang. Tapi diorang tetap kuat beribadat
dan berdakwah.
Jipun : Betul la Jebon.. Aku ni kalau Cikgu letak markah aku 100%
pun aku dah malas nak belajar kan. Kalau Allah dah janjikan
Syurga untuk aku, tak tau la aku cemana Jebon.. Kuat kan
Rasulullah dengan para sahabat?

Jebon : Tula.. Kuat diorang ni. Tapi Para sahabat sama je macam
kita Jipun, manusia jugak. Jadi kita pun mesti cuba jugak
Jipun.
Jipun : Hmm.. Okay Jebon, mulai hari ni, aku bukan je target nak
A dalam Exam, tapi nak cuba usaha untuk dapat Syurga
Allah sekali.. Sebab aku belum di jamin Syurga lagi kan.

Jebon : Insyaallah.. Aku pun sama Jipun oii. Dah dah jom
sambung belajo..
Jipun : Hehe.. Okay. Jom jom..

Friday, May 8, 2009

Idea

Terkenang pada bulan Mei tahun lepas, tarikh di mana saya mula menulis
Blog. Kini sudah genap setahun kewujudan Blog kuih kuih ini.
(cewah bajet cambest pulak kan)

Mat bunga..
..............................................................................................................................................


Dari mana datangnya idea untuk menulis Blog? Dulu saya sangat
tidak faham akan pemikiran penulis-penulis blog : Apa yang mereka fikir
dan keperluan mereka terhadap blog.

"Depa ni tak dak life ka? Payah-payah ja type.. Bukannya syok pun.
Baik minum sirap barang segelas dua.."
bunyi bisikan kalbu saya.

Tiba-tiba, tup! Saya pula yang menulis Blog. Bak kata pepatah "seperti
menuding jari ke diri sendiri". Bagaimana kisah saya? Panjang kisahnya.
Kalau cerita di sini, pasti tidak muat Internet Explorer mahupun Mozilla
Firefox menampungnya.

Tetapi niat asalnya adalah untuk :

1) Mengkhabarkan berita dan menyiarkan gambar-gambar terkini anakanda
di sini kepada keluarga di sana.

2) Menceritakan perihal diri kepada saudara dan rakan-rakan rapat.

3) Berkongsi pengalaman dan buah fikiran kepada yang sudi mendengar.

Setelah melayari beberapa Blog dari bloggers yang handal dan
berpengalaman, saya mendapati bahawa kebanyakan orang menulis Blog
untuk beberapa tujuan yang berbeza :

1) Menceritakan perihal diri kepada orang lain seperti Diari.

2) Dijadikan tempat untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan.

3) Ada juga yang menjadikan Blog sebagai medan berdakwah.

Akhirnya saya mengalami dilema yang mengcengkam jiwa sanubari,
iaitu dalam bentuk apakah Blog yang ingin saya tampilkan? Pada mulanya
saya berhasrat untuk berkongsi Resipi-resipi masakan untuk kaum Ibu
dan Suri Rumah disebabkan kesedaran yang saya amat tidak pandai
memasak yang nyata. Jadi saya bertekad untuk sungguh-sungguh memasak.
Dari sinilah datangnya nama www.kuihkuih.blogspot.com

Kemudian saya mula "Copy" dan "Paste" Artikel-artikel dari laman-laman
web Islam dan berita-berita terkini dari Akhbar-akhbar harian. Tetapi
kemudiannya saya tersedar, memang banyak Blog-blog yang berbentuk
sebegini. Dan bahan-bahan ini boleh didapati terus dari laman-laman
web berkenaan, tanpa perlu melawat blog saya. Lebih bagus dan berkesan.

Setelah melalui beberapa dilema, inilah hasilnya selepas setahun.
Walaupun banyak cacat cela dan kekurangan berbanding Blog-blog
lain, namun saya berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi
pengalaman dan buah fikiran bersama keluarga dan rakan-rakan.

Semoga Blog ini cambest dan bermanfaat untuk sesiapa yang melayarinya.

Wednesday, May 6, 2009

Random

(Raya 2008)








Monday, May 4, 2009

Tangkap Ikan

Pada bulan yang lepas semasa di Holland, saya telah mendengar
sebuah cerita menarik yang dipetik daripada Hadis dari seorang kawan :
...........................................................................................................................................

Pada suatu hari, seorang pemuda Yahudi telah mengajak seorang
rakannya yang Muslim untuk pergi menangkap ikan di sungai dengan
menaiki sebuah sampan.

"Wahai rakanku, mari kita bertanding pada hari ini, siapakah yang
mendapat hasil tangkapan yang lebih besar!"
cabar pemuda Yahudi tadi kepada rakan Muslimnya.

"Baiklah.. Aku kira, lebih sekiranya kau yang mulakan terlebih dahulu.."
balas pemuda Muslim tersebut.

Tanpa membuang masa, pemuda Yahudi tersebut menebarkan jalanya
dan mendapat tangkapan yang sangat lumayan.

"Nah, sekarang tiba giliran engkau wahai rakanku.."
kata pemuda Yahudi tersebut.

Sebelum menebarkan jalanya, pemuda Muslim tersebut berzikir
terlebih dahulu kepada Allah s.w.t.

"Subhanallah.."
kata pemuda Muslim tersebut, lantas menebarkan jalanya
ke dalam sungai.

Namun, tiada seekor ikan pun yang melekat pada jalanya.
Pemuda Muslim tersebut tetap tenang.

"Haha.. sekarang tiba giliran aku pula"
kata pemuda Yahudi tersebut berpuas hati.

Pemuda Yahudi tersebut menebarkan jalanya, dan sekali lagi dia
mendapat tangkapan yang besar.

Pemuda Muslim tersebut menebarkan jalanya untuk kali yang kedua.

"Subhanallah.."
selepas mengucapkan tasbih kepada Allah s.w.t., dia menebarkan
jalanya lagi sekali. Namun, sekali lagi tiada seekor ikan pun yang
terperangkap di dalam jalanya.

Peristiwa ini berulang sehingga 3 kali dan mereka pun pulang.

Malaikat yang berada dengan dua pemuda itu semasa kejadian itu
berasa pelik dengan apa yang berlaku, lantas bertanya kepada
Allah s.w.t. mengenai apa yang terjadi.

"Ya Allah, mengapa pemuda Muslim sebentar tadi langsung
tidak mendapat hasil tangkapan, sedangkan dia sentiasa berzikir
kepadaMu sebelum menebarkan jalanya?"
tanya Malaikat tersebut.

Allah s.w.t. menerangkan
"Sesungguhnya Aku suka setiap kali dia berzikir kepadaKu dan
ingin dia mengulangi perbuatan yang sama dan mendengar dia berzikir lagi.
Oleh itu, Aku biarkan jalanya kosong supaya dia menjala dan berzikir lagi.."

"Jadi apakah ganjaran yang didapati oleh hambaMu sebentar
tadi ya Allah?"
tanya Malaikat itu lagi.

Allah s.w.t. menerangkan
"Aku telah sediakan ganjaran yang paling besar untuknya di syurga.
Lebih besar dari tangkapan ikan yang lumayan
dan segala yang ada di dunia ini.."

.................................................................................................................................................

Semoga Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan untuk sentiasa
mengingatiNya di mana sahaja kita berada dan dalam apa jua situasi.
Allah s.w.t adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap perkara
yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Wallahua'alam.

Related Posts with Thumbnails