"Assalamualaikum.. Brother, can i ask u a question?"tanya Bro Albin dari Albania.
"Waalaikumussalam.. Ya sure. What is it?"balas saya sambil menunggu selipar yang dipinjam orang.
"Where are u from? Are u guys brothers?"tanya beliau lagi sambil menggaru kepala dan tersengih-sengih.
"We originally came from Malaysia, but now we live in Düsseldorf. We are brothers in Islam"jawab saya dalam German.
"owwhh.. Hehehe.."gelak beliau tersipu-sipu.
8 Bangsa berlainan duduk semeja kerana Islam.................................................................................................................................................
Pada 15 Mei yang lepas, saya berpeluang keluar 3 hari di Monheim
bersama 2 Brothers dari Düsseldorf. Selepas solat Asar di Masjid Maulana,
saya, Kamil, dan Bro Abdul Rashid menumpang van Bro Abdul Rauf
dan Bro Muhammad ke Masjid Morocco di Monheim yang terletak
sekitar 30 Minit dari Düsseldorf. Alhamdulillah Masjid tersebut
sangat meriah dan ramai orang sekitar yang datang termasuk
remaja-remaja. Setiap hari sebelum Maghrib ada tazkirah dari
Imam sekitar 30 Minit sebelum masuk waktu, manakala setiap
Jumaat akan diadakan Program bersama-sama penduduk tempatan.
Kelas agama untuk kanak-kanak juga ada dibuat di dalam kelas yang
bersaiz sederhana di sebelah masjid.
Kebetulan pada hari kami sampai ada jamuan sempena seorang
Brother yang baru berkahwin. Selain itu turut diadakan ceramah
bertemakan perkahwinan pada sebelum dan selepas Maghrib.
Alhamdulillah pihak Masjid menerima kedatangan kami dengan baik dan mesra.
Tidak ada masalah untuk tidur, menggunakan dapur, dan sebagainya.
Pada keesokan harinya, datang 6 lagi brothers dari Cologne, iaitu 3
orang anak Bro Nisar iaitu Mi'raj, Nadhir, dan Zahid serta 3 orang
Students Malaysia iaitu Mu'izz, Azri, dan Faris. Bro Abdul Rashid
dilantik sebagai Amir Sahab dan kami telah membuat beberapa
Amal di situ mengikut mesyuarat. Jaulah di bantu oleh Brothers Albin
dan Agim sebagai Rahabah (penunjuk jalan) dan Ta'lim berjalan
seperti biasa. Walaupun Masjid Morocco ini tidak semaju dan sehebat
binaan Masjid-masjid yang pernah saya lawati sebelum ini, namun
tetap ramai yang hadir.
Pada petang Ahad selepas Asar, kami menamatkan Khuruj dan
pulang ke tempat masing-masing. 6 Brothers dari Cologne
pulang menaiki kereta manakala kami pulang dengan Bas dan Keretapi.
Sebelum pulang, saya dan Kamil singgah sebentar di rumah Bro Abdul Rashid.
May Allah bless all of them.
.............................................................................................................................................
Kanan : Antara kompleks Gereja terbesar di Eropah.Kiri : Masjid yang sebelumnya bekas rumah Paderi.Semasa di Holland bersama Brothers dari Malaysia dan UKIjtimak di HollandMasjid di Leiden yang dulunya Gereja.......................................................................................................................................
P/S : Gambar-gambar di ambil dari Blog Bro Azhar yang
ketika ini masih di Holland
(
www.azharjaafar313.blogspot.com)