Diari Minggu Ini
1) Minggu ini ada 5 orang kenalan saya yang menyambut
Hari Jadi mereka. Salah seorang daripada mereka ialah Pakcik Rahim
yang sudah menetap dan berkeluarga selama 40 tahun di Germany.
Pada hari Sabtu yang lepas, mereka telah mengadakan Jamuan kecil
di rumah sempena Hari Jadi pakcik tersebut. Sekitar 30 orang dari
sekitar Nordrhein Westfalen telah dijemput. Orang-orang Aachen
telah menghadiahkan Pakcik Rahim sebuah Harmonika.
Waaa mula-mula Gitar, sekarang Harmonika, lepas ni
mana tahu Drum pula. Jadi Musician la Uncle Rahim lepas ni.
2) Cawan lembu saya kini sudah tidak keseorangan lagi kerana
kini ia sudah mendapat teman baru iaitu sebuah mangkuk kucing.
Kini bergandingan
3) Kini saya mula cuba memakan ubat secara berdisiplin
iaitu sehari sekali. Tetapi saya menyimpan azam untuk makan
ubat 2 hari sekali dan minum banyak air kosong di samping
pemakanan yang lebih terjaga. Terima kasih kepada Doktor
yang banyak menasihati saya selama ini.
Saya akan cuba yang terbaik.
4) Alhamdulillah iphone 3G sudah kembali.
Bagaimana cara ia kembali?
Haa sila dapatkan jawapan secara peribadi ya.
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.
Kedah maju 2010
5) Disebabkan pengaruh rakan sebaya, saya telah mula
membaca siri novel Twilight yang bermula dengan
Twilight, New Moon, Eclipse, dan Breaking Dawn.
Dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan kertas
dan menyelamatkan pokok-pokok di dunia ini, maka kami
telah berpakat untuk saling bertukar-tukar Novel.
Tak sangka saya akan berjaya membaca sebuah Novel,
kerana sebelum ini saya telah membeli Novel Harry Potter dan
cuma berjaya membaca sinopsis di belakang novelnya sahaja.
Twilight
9 comments:
Salam...
Sungguh comel kucing dan Moo 2.. (^_^)
wsalam..
Akhirnya si Moo jumpa kawan selepas setahun =)
eh cerita la cerita cane dpt balik hphone!
a ah cite la cmne dpt iphone cik ahmad
eh,da smpai rupenye bku twilight kt duss,then eclipse ad kt sape skrg?
akhirnya dr NAD mengungkai persoalan yang tersimpul di minda aku
Ah fiz - sila dapatkan jawapan secara swasta..kih3.
Cik Azwa - eclipse ada kat sy lagi.sampai skrg blm ada yg sudi pinjam..isk2.oh ya, twilight tu mmg sy punya.hehe..
Pengacara TV3 - eh ni mesti silap faham ni.. Apa yg akmal ungkai di minda ni.jeng3..
wah2,twilight sgt besh. foot thumbs up.hoho
walaupun best, tapi sy tetap kena melawan penyakit 'ngantuk-terus-lepas-buka-novel' .. hehe.
1) lembu xkawan la ngan kucing..maen kejar2 ade la..
2) abeskanla bace harry potter duluk..
3) cmne ley dpt balik ipod?? haha.. jwb2..
Post a Comment