Saturday, May 23, 2009

Mutmaein

Dulu kecik-kecik main tuju kasut sama-sama,
kena marah dengan Mama & Baba sama-sama,
pergi sekolah sama-sama,
kadang-kadang gedik,
kadang-kadang sengal,
kadang-kadang aman damai.

............................................................................................................................................

Ada yang panggil beliau Maein, ada yang panggil Ein saja.
Dulu lagi pendek daripada saya, tapi sekarang dah sama tinggi.
Cuba anda teka apakah ia?

(Eh jadi teka-teki pulak.
Marah tuan punya badan nanti)

Cuba teka siapakah beliau?

Beliaulah adik saya yang kini sedang belajar di Kaherah, Mesir.
Sudah hampir 2 tahun kami tidak bertemu sejak beliau ke Mesir
pada tahun 2007 semasa berumur 15 tahun.

Maein (kanan) dan rakannya di Airport

Maein (kiri) dan rakan-rakannya di kedai Kasut

.......................................................................................................................................

Mesti Maein rasa pelik dan tak logik kan, kenapa secara
tiba-tiba Abang muncul dengan watak sebagai seorang Abang
yang penyayang dan sangat menjaga tutur Bahasanya.
Abang yakin,
Maein pasti tidak akan tertipu dengan semua helah ini.

Saya berharap semoga beliau habis pengajiannya dengan
baik dan menjadi orang yang berguna kelak. Insyaallah cuti
Musim Panas tahun depan kita jumpa di Malaysia.
May Allah bless him always.

3 comments:

Neo Rantissi said...

aku pun x jumpa maein lg kat mesir ni, suh dia jalan2 ke alex, aku nk gi kaherah xder masa, hahaha.

siti.fizzie.fizz said...

ah mad= abang? ah... duniaku terbalik... kekekkeke

Ahmad bin Ariffin said...

neo - kuasa senior mula menjelma..haha..

kak siti ah fiz - walaupun i bersifat keadikan, tapi unsur2 abang tetap ada terselit dalam diri.

Related Posts with Thumbnails