Tuesday, June 30, 2009

Random

(Belgium)


Wednesday, June 24, 2009

Takdir

Situasi 1

"Aaahhhh...ni yang aku malas ni! Hujan la pulak!
Habis basah baju aku! Cemaner nak gi keje ni..
Ishh..
Kalau la aku bawak payung tadi.."

Situasi 2

"Eh hujan.. Alhamdulillah. Rahmat ni..
Takpela baju basah pun, nak buat cemane..
Mesti ada hikmah di sebaliknya.."

.....................................................................................................................................

Rasanya reaksi di dalam situasi manakah yang sesuai untuk
seorang Muslim? Sebagai seorang Muslim yang percaya kepada
rukun Islam yang ke-6, iaitu Percaya kepada Qadak dan Qadar,
kita mestilah percaya bahawa setiap yang berlaku adalah
berdasarkan ketentuan dan ketetapan Allah swt. Sedangkan setiap
degupan jantung pun berdegup dengan izin Allah swt, apatah
lagi situasi-situasi yang melanda diri kita,
tak kira baik ataupun buruk.

Pemikiran kita sebagai manusia adalah sangat terbatas
manakala Allah swt adalah Maha Mengetahui akan setiap perkara.
Orang yang beriman akan sentiasa tenang dan menghadapi
setiap perkara dengan baik, kerana dia tahu bahawa setiap perkara
datang daripada Allah swt dan yakin bahawa Allah swt sentiasa
bersamanya. Tetapi orang yang lupa dan kurang imannya akan
sentiasa cemas dan gusar jiwanya walaupun di atas
perkara-perkara yang kecil.


Seorang nelayan yang sentiasa mengingati Allah swt dan
mencari rezeki yang halal akan sentiasa berasa tenteram dan
mampu tidur nyenyak di atas tikar sekalipun taraf hidupnya
bersama keluarga cuma sederhana. Tetapi seorang jutawan
yang sentiasa bergelumang dengan wang dan kesibukan dunia
akan sentiasa gusar hatinya dan tidak mampu tidur nyenyak
di atas tilam empuknya sekalipun kehidupannya serba lengkap.

Orang yang yakin dan beriman bahawa diri, harta, dan
masanya adalah milik Allah swt dan cuma merupakan
pinjaman, akan berasa ringan untuk berbelanja dan
menghabiskan masanya di jalan Allah swt. Malah Allah swt
akan melipat-gandakan lagi rezekinya. Manakala orang yang
selalu merasakan bahawa diri, wang, dan masanya adalah
miliknya akan sentiasa berasa berat untuk berbelanja di
jalan Allah dan menggunakan masanya untuk Allah swt.
Malah akan menjadi tak tentu arah bila nikmatnya
hilang atau ditarik.


Sama-sama kita berdoa agar Allah swt kurniakan kita ketenangan
dan keberkatan dalam harta dan masa yang kita gunakan.

Thursday, June 18, 2009

Rindu

Kak Ba, Abg Naim, Abg Bai, Kak Cod, Mama, Baba, Kak Ya, Abg Wah

Mad tak sure lagi boleh balik Malaysia ka dak. Nanti kalau
Mad dapat tempat kat Universiti, baru Mad beli tiket na. Tapi harap
dapat balik.. Insyaallah.

Monday, June 15, 2009

Diari Minggu Ini

1. Sudah lebih 2 minggu saya tidak mengemas kini Blog ini.

2. Pada 2 Minggu lepas, jemaah Malaysia dari Holland
singgah seminggu di Germany sebelum mereka pulang ke
Tanah Air. Semasa di Cologne kami beramai-ramai singgah di
Markas dan mereka juga sempat singgah di Student House kami.
Mereka juga sempat meluangkan masa 3 hari di tempat saya
(Düsseldorf) dan pulang ke Amsterdam selepas itu.

3. Pada 2 minggu lepas, saya telah membuat 1 temujanji
dengan CDC untuk meminta nasihat tentang pendaftaran
masuk ke Universiti. Alhamdulillah mereka memberi sedikit
sebanyak nasihat tanpa mengecas bayaran.


4. Saya telah pergi ke Frankfurt untuk menghadiri 1 Program
bersama Ustaz Zaharuddin, tapi tiada rezeki, kerana ada sedikit
masalah. Tetapi saya sangat berbesar hati kerana rakan-rakan
dari Frankfurt (Jep dan Imi) sudi melawat tempat saya selama
2 hari walaupun bilik kecik tahap dewa. Kami sempat ke
Taman Jepun, Rhein, dan bermain bola bersama
rakan-rakan di Cologne.






5. Kelmarin saya sempat bermain Boling bersama rakan-rakan yang
baru tamat Exam dan bersama-sama ke Movie Park pada
keesokan harinya. Walaupun saya tahu mempunyai masalah
menaiki benda-benda pelik seperti Roller Coster dan sebagainya,
namun saya tetap tabah berlakon dan pening-pening selama sehari.
Terima kasih kepada Cik Kesten yang mengutarakan
Idea tersebut. Cik Azwa juga kelihatan gembira dengan patung
Udang Karang yang dimenanginya. Semua kelihatan gembira
walaupun cas yang ditetapkan agak menggaru hati.









Related Posts with Thumbnails