Wednesday, June 24, 2009

Takdir

Situasi 1

"Aaahhhh...ni yang aku malas ni! Hujan la pulak!
Habis basah baju aku! Cemaner nak gi keje ni..
Ishh..
Kalau la aku bawak payung tadi.."

Situasi 2

"Eh hujan.. Alhamdulillah. Rahmat ni..
Takpela baju basah pun, nak buat cemane..
Mesti ada hikmah di sebaliknya.."

.....................................................................................................................................

Rasanya reaksi di dalam situasi manakah yang sesuai untuk
seorang Muslim? Sebagai seorang Muslim yang percaya kepada
rukun Islam yang ke-6, iaitu Percaya kepada Qadak dan Qadar,
kita mestilah percaya bahawa setiap yang berlaku adalah
berdasarkan ketentuan dan ketetapan Allah swt. Sedangkan setiap
degupan jantung pun berdegup dengan izin Allah swt, apatah
lagi situasi-situasi yang melanda diri kita,
tak kira baik ataupun buruk.

Pemikiran kita sebagai manusia adalah sangat terbatas
manakala Allah swt adalah Maha Mengetahui akan setiap perkara.
Orang yang beriman akan sentiasa tenang dan menghadapi
setiap perkara dengan baik, kerana dia tahu bahawa setiap perkara
datang daripada Allah swt dan yakin bahawa Allah swt sentiasa
bersamanya. Tetapi orang yang lupa dan kurang imannya akan
sentiasa cemas dan gusar jiwanya walaupun di atas
perkara-perkara yang kecil.


Seorang nelayan yang sentiasa mengingati Allah swt dan
mencari rezeki yang halal akan sentiasa berasa tenteram dan
mampu tidur nyenyak di atas tikar sekalipun taraf hidupnya
bersama keluarga cuma sederhana. Tetapi seorang jutawan
yang sentiasa bergelumang dengan wang dan kesibukan dunia
akan sentiasa gusar hatinya dan tidak mampu tidur nyenyak
di atas tilam empuknya sekalipun kehidupannya serba lengkap.

Orang yang yakin dan beriman bahawa diri, harta, dan
masanya adalah milik Allah swt dan cuma merupakan
pinjaman, akan berasa ringan untuk berbelanja dan
menghabiskan masanya di jalan Allah swt. Malah Allah swt
akan melipat-gandakan lagi rezekinya. Manakala orang yang
selalu merasakan bahawa diri, wang, dan masanya adalah
miliknya akan sentiasa berasa berat untuk berbelanja di
jalan Allah dan menggunakan masanya untuk Allah swt.
Malah akan menjadi tak tentu arah bila nikmatnya
hilang atau ditarik.


Sama-sama kita berdoa agar Allah swt kurniakan kita ketenangan
dan keberkatan dalam harta dan masa yang kita gunakan.

2 comments:

kamil said...

MasyaAllah... Bayan Maulana IV

NaZMi said...

huhu.. btul2.. kalau kte tau semua yg kte ader nie milik Allah, tak kre betapa sempit pun keadaan kte ttp tenang, malah still boleh buat amal lagi.. sedekah, derma.. huhuhu..

Related Posts with Thumbnails