Wednesday, July 22, 2009

Random

(Düsseldorf & Cologne : 20th July)


Monday, July 20, 2009

Shejuk

"Eh kedai tutup.. Sorry Mu'izz, tak tau plak kata ada construction.."
kata saya kepada saudara Mu'izz yang datang ke Dusseldorf
untuk membeli belah.

"Takpa aa nak buat gumana.."
balas beliau tabah.

"Takpa2 kat dalam ada gi.. Jom kita masuk dalam.."
celah saya menceriakan hari yang mendung dan berangin.

.................................................................................................................................................................

Cuaca agak sejuk bermula pagi semalam. Saudara Mu'izz dari
Cologne singgah untuk bershopping dan bermalam
di tempat saya dan Kamil di Dusseldorf. Esoknya kami bertolak
ke rumah junior di Cologne kerana ada sambutan hari jadi untuk
saudari Fadhilah. Di bawah ada sebuah slide show ringkas yang saya edit
hasil sebahagian daripada gambar-gambar yang diambil menggunakan
Nikon D5000 semalam. Sorry la gambar masih belum cukup lawa. Huhu.
Harap boleh baiki lagi lepas ni :

Sunday, July 19, 2009

Review

Seperti yang dinyatakan dalam post yang lepas, insyaAllah
saya akan cuba membuat sebuah review mudah sedikit sebanyak
yang saya tahu mengenai dslr Nikon D5000.

Sekitar pertengahan April yang lepas, Nikon Eropah telah
melancarkan model dslr terbarunya iaitu D5000. Dengan
kedudukan di antara D60 dan D90, D5000 dihasilkan untuk
meningkatkan prestasi dslr dan agak sama dengan EOS 500D
dari Canon. D5000 mempunyai beberapa ciri-ciri yang sama
dengan D90 dalam saiz yang lebih kecil termasuk 12.3 MP
cmos sensor, live view, 720p HD D-movie, 11 points AF system,
viewfinder gridlines, dan Nikon Expeed Processor.


D5000 dikatakan merupakan upgrade untuk D60 dan
menawarkan ciri-ciri yang menghampiri 'prosumer' camera
D90. D5000 memiliki hampir semua ciri yang terdapat di
dalam D90. Jika pengguna cuma ingin menggunakan lensa
AF-S dan menangkap gambar sehingga 4 frames/sec di sebalik
4.5 frames/sec pada D90, D5000 adalah versi D90 yang lebih
murah. Malah walaupun berkelajuan 4 frames/sec, D5000
boleh mengambil 63 imej jpeg di sebalik cuma 25 imej jpeg
di dalam bursting mode.

D5000 agak mesra pengguna dan mudah digunakan oleh
amateur dengan 19 Scene Modes yang boleh dipilih pada
situasi-situasi tertentu dan juga setting untuk mengedit
semula foto yang lebih berbanding D60 dan D90. Monitor
LCD 2.7" yang boleh dipusing 180° dan diputar 360° juga
memudahkan pengguna mendapatkan hasil yang lebih
baik dari sudut-sudut yang sukar. D5000 juga memiliki
fungsi movie HD yang dimulakan oleh D90 selain julat ISO
yang agak tinggi iaitu sekitar 200-3200 dan juga pilihan
untuk ISO 100 dan ISO 6400 yang memudahkan untuk
mendapatkan gambar yang berkualiti dengan sistem pencahayaan
yang baik serta Shutter yang telah di upgrade.



Kualiti gambar dijamin dengan image sensor cleaning dengan
air flow control system, active D-lighting yang boleh dilaraskan,
serta picture control. Bateri En-El9a yang tahan lebih lama juga
merupakan salah satu ciri baru untuk D5000. Fungsi playback
untuk foto agak praktikal dengan sehingga 72 foto secara thumbnail
dan sistem menu yang sama dengan D90. Saiznya agak besar
sedikit berbanding D40, D40x, dan D60, namun lebih kecil
berbanding D90 dengan grip yang lebih baik dan selesa dipegang.

Saya masih baru dalam dunia dslr, mungkin itu serba
sedikit info yang penting untuk D5000.
Beberapa gambar yang saya cuba semalam :


Friday, July 17, 2009

Diari Minggu Lepas

1. Sudah sekitar sebulan saya kurang mengemaskini blog yang
relaks ini. Disebabkan masalah internet di Student House saya,
ramai yang mengambil inisiatif lain untuk mendapatkan
internet. Bak kata pepatah jiran-jiran saya "ohne Internet
kannst du nicht weiterleben" yang bermaksud lebih kurang
"kalau tadak internet gumana hang nak teghuihkan hidup".
Insyaallah dalam seminggu lagi internet di sini akan kembali pulih.
Dan mereka boleh terus hidup.

2. Malam Jumaat lepas, seperti biasa saya dan Kamil buat
Qiamullail di Maulana Moschee dengan brothers lain. Kali ni
saya masak sayur goreng ikan bilis je, huhu. Sebab minggu lepas
buat ayam kurma diorang kurang biasa. Mungkin agak
takut dengan masakan orang bujang. Ramai yang akan pulang
bercuti ke tanah air masing-masing. Haris sudah pulang ke India
hari ni, manakala Ziyad akan pulang ke Tunisia sekitar 2 minggu lagi.

Taman depan rumah

3. Pada 2 minggu yang lepas, saya dan Kamil dapat sebuah
TV percuma daripada Uncle Rahim. Alhamdulillah. Kerana
dia baru saja beli TV plasma. Daripada dibuang, lebih baik
kami buat muka tak-malu-tapi-mahu. Selepas mengangkut
daripada rumahnya, jiwa muda kami layu apabila mengetahui
bahawa di bilik kami tiada soket untuk kabel TV. Jadi kami
kena beli 'signal receiver' yang tidaklah berapa mahal. Cuma
sedih sedikit sebab ingatkan dah tak perlu melabur lagi bila
dapat TV percuma. Bak kata pepatah "Orang hensem yang
tamak selalu rugi". Tapi Alhamdulillah, dapat TV percuma tu
pun dah seronok. Terima kasih ya Pakcik Rahim.

4. Sejak sekian lama, saya tertarik dengan dslr Camera
(digital single-lens reflex Camera) yang kualiti gambarnya
sangat best. Yang paling menarik ialah fokus gambarnya yang
mirip sistem mata kita. Tapi tak boleh lawan la apa yang Allah cipta =P
Jadi selepas membuat survey di beberapa kedai, saya telah
membeli Nikon D5000. Nanti balik boleh la ambil gambar
family lawa-lawa. Insyaallah dalam post selepas ini saya
akan membuat sedikit review tentang kamera ini.

5. Pada 9-12 Julai yang lepas ada Ijtimak dunia yang dibuat
di Nilai Negeri Sembilan, Malaysia. Sekitar 200 000 orang hadir
dari 40 buah negara. Ada 1 jemaah dari Germany yang saya
kenal iaitu yang dibentuk dari Cologne. Datuk Seri Najib,
Tan Sri Muhyiddin, dan beberapa orang kenamaan turut hadir.
Yang di Pertuan Agong tidak dapat hadir, tapi Baginda
menerima ziarah di istana. Alhamdulillah semuanya lancar
dan turut disiarkan secara umum di TV dan surat khabar. Semasa
Solat Jumaat, Masjid penuh dan orang ramai terpaksa
membuat saf sejauh 500 meter sehingga ke dewan besar. Antara
jemaah yang dapat dibentuk daripada Ijtimak :
  • Ulama keluar 1 tahun - 4 jmh
  • 4 bulan negara jauh - 6 jmh
  • 4 bulan negara jiran - 1 jmh
  • 4 bulan jln kaki - 1 jmh
  • 4 bulan IPB - 27 jmh
  • 4 bulan dlm negeri - 7 jmh
  • 2 bulan n jauh - 1 jmh
  • 2 bulan jln kaki - 4 jmh
  • 2 bulan dlm negeri - 6 jmh
  • 40 hari negara jiran - 15 jmh
  • 40 hari dlm negeri - 157 jmh
  • Jumlah keluar selepas ijtimak - 229 jmh
  • Jemaah keluar sebelum ijtimak - 953 jmh
  • Jemaah luar negara - 93 jmh (40 negara)
Khemah utama

Time solat

6. Sekarang saya sedang menunggu tawaran daripada Univ.
yang saya mohon tempohari. Samada dapat pindah ataupun
kekal di sini, Insyaallah itulah yang terbaik.

Thursday, July 16, 2009

Today

Today I've got the best Nikmat from Allah swt =)


Monday, July 6, 2009


"We tend to forget that happiness
doesn’t come as a result of
getting something we don’t have,
but rather of recognizing
and appreciating what
we do have.."

Alhamdulillah..

Sunday, July 5, 2009

Diari Minggu Ini

1) Musim panas dah sampai ke kemuncaknya bila suhu
mencecah 32 Celcius. Cuaca hampir sama seperti di Malaysia
cuma bezanya tiada kipas. Jadi saya lebih kerap mandi
dan kurang tidur (yeke?). Namun cuaca ini dianggap
cantik bagi orang di sini kerana mereka dapat meluangkan
lebih masa di luar. Walaupun saujana mata memandang,
tetapi mata tetap terasa sakit bila aweks menggayakan
fesyen yang agak tidak menyenangkan.

2) Minggu ini Mama akan berpindah dan bekerja di
Kuala Lumpur. Ini bermakna sekarang seluruh keluarga
saya sudah pun menetap di sana.

"Nanti mad dengan maein balik duk KL jela kot.."
kata Mama.

"Huish.. Jadi org KL la kita. Tapi rumah kat kedah cmne ma?"
tanya saya serius.

"Mungkin takde org duduk kot.. Kalau kita balik2
kampung ke kita singgah la.."

balas Mama sinis.

3) Last paper ialah English pada 15 Julai. Tiket pulang ke Malaysia
masih belum di beli. Sekarang ada offer oleh MAS kerana tidak
banyak yang ke Malaysia disebabkan H1N1. Tapi Flight cuma
boleh diambil dari London. Emirates ataupun MAS?
Mungkin kena bincang dulu nampaknya.

Hana & Maman

Friday, July 3, 2009

Insyaallah


Ijtimak

"Salam.. Ich habe eigentlich eine Frage.."
kata saya kepada Bro Sölcuk selepas solat Maghrib.

"Wsalam.. Ja, und was ist es?"
balasnya pendek.

"Bist du Hafiz? Also, lernst du Quran auswendig?"
tanya saya.

"Hehe.. Nein. Aber ich lerne doch bißchen.. Noch unterwegs.."
jawab beliau.

"Hehe.. Alhamdulillah. Von deinem Gesicht habe ich das gemerkt.."
balas saya lagi.


.........................................................................................................................................

Pada weekend yang lepas diadakan sebuah Ijtimak untuk
Halaqah Cologne di Masjid Furqan selama 2 hari. Sekitar 200
orang hadir tetapi tidak semua dapat bermalam di situ kerana
kekurangan ruang. Saya, Kamil, Mu'izz, dan Nazmi sampai
di situ pada waktu Asar. Alhamdulillah saya berpeluang berjumpa
dengan kenalan-kenalan jauh dan sudah lama tidak bertemu.
Dengan tarikh Ijitmak ini, genaplah setahun saya berkenalan
dengan mereka sejak Ijitmak Eropah di Saarbrucken
pada Mei tahun lepas.

Bayan dan 6 Sifat yang disampaikan oleh elder Brothers
memang best belaka. Mungkin yang terbaik pernah saya dengar
sejak setahun ini. Semasa Elders menyampaikan Hidayat
pada akhir Ijtimak, ramai yang menangis dan tersedu-sedu.
Ish ish kenapalah hati saya begitu keras dan tak mampu
mengalirkan air mata untuk agama. Banyak jemaah 40 hari
dapat dibentuk pada Ijtimak tersebut dan insyaAllah saya akan
keluar 10 hari pada Ogos ini sebelum pulang ke Malaysia jika berpeluang.

Semoga Allah mudahkan.


Seorang remaja German memeluk Islam semasa Ijtimak
tersebut. Alhamdulillah seorang lagi saudara kita terselamat
daripada seksaan neraka. Moga Allah swt gunakan kita
sebagai asbab untuk lebih ramai saudara-saudara kita yang
lain kembali kepada Islam.

Related Posts with Thumbnails