Sunday, July 5, 2009

Diari Minggu Ini

1) Musim panas dah sampai ke kemuncaknya bila suhu
mencecah 32 Celcius. Cuaca hampir sama seperti di Malaysia
cuma bezanya tiada kipas. Jadi saya lebih kerap mandi
dan kurang tidur (yeke?). Namun cuaca ini dianggap
cantik bagi orang di sini kerana mereka dapat meluangkan
lebih masa di luar. Walaupun saujana mata memandang,
tetapi mata tetap terasa sakit bila aweks menggayakan
fesyen yang agak tidak menyenangkan.

2) Minggu ini Mama akan berpindah dan bekerja di
Kuala Lumpur. Ini bermakna sekarang seluruh keluarga
saya sudah pun menetap di sana.

"Nanti mad dengan maein balik duk KL jela kot.."
kata Mama.

"Huish.. Jadi org KL la kita. Tapi rumah kat kedah cmne ma?"
tanya saya serius.

"Mungkin takde org duduk kot.. Kalau kita balik2
kampung ke kita singgah la.."

balas Mama sinis.

3) Last paper ialah English pada 15 Julai. Tiket pulang ke Malaysia
masih belum di beli. Sekarang ada offer oleh MAS kerana tidak
banyak yang ke Malaysia disebabkan H1N1. Tapi Flight cuma
boleh diambil dari London. Emirates ataupun MAS?
Mungkin kena bincang dulu nampaknya.

Hana & Maman

4 comments:

nur alia syahida said...

cute gile si kenit 2 org nih..

Bee Family said...

mad...apa kaitan ahan & abg marwan dalam Diari mad minggu ini :-)

hannahsahimi said...

comelnyelahhh!!geram!!
jap..kenape takde kipas?

Ahmad bin Ariffin said...

bee family - anak2 sedara sentiasa di hati =)

hannah - hehe..takde kipas sbb panas kdg2 je.mcm membazir beli kipas..tapi kalau panas tu susah jgk la..huhu.

Related Posts with Thumbnails