Friday, July 3, 2009

Ijtimak

"Salam.. Ich habe eigentlich eine Frage.."
kata saya kepada Bro Sölcuk selepas solat Maghrib.

"Wsalam.. Ja, und was ist es?"
balasnya pendek.

"Bist du Hafiz? Also, lernst du Quran auswendig?"
tanya saya.

"Hehe.. Nein. Aber ich lerne doch bißchen.. Noch unterwegs.."
jawab beliau.

"Hehe.. Alhamdulillah. Von deinem Gesicht habe ich das gemerkt.."
balas saya lagi.


.........................................................................................................................................

Pada weekend yang lepas diadakan sebuah Ijtimak untuk
Halaqah Cologne di Masjid Furqan selama 2 hari. Sekitar 200
orang hadir tetapi tidak semua dapat bermalam di situ kerana
kekurangan ruang. Saya, Kamil, Mu'izz, dan Nazmi sampai
di situ pada waktu Asar. Alhamdulillah saya berpeluang berjumpa
dengan kenalan-kenalan jauh dan sudah lama tidak bertemu.
Dengan tarikh Ijitmak ini, genaplah setahun saya berkenalan
dengan mereka sejak Ijitmak Eropah di Saarbrucken
pada Mei tahun lepas.

Bayan dan 6 Sifat yang disampaikan oleh elder Brothers
memang best belaka. Mungkin yang terbaik pernah saya dengar
sejak setahun ini. Semasa Elders menyampaikan Hidayat
pada akhir Ijtimak, ramai yang menangis dan tersedu-sedu.
Ish ish kenapalah hati saya begitu keras dan tak mampu
mengalirkan air mata untuk agama. Banyak jemaah 40 hari
dapat dibentuk pada Ijtimak tersebut dan insyaAllah saya akan
keluar 10 hari pada Ogos ini sebelum pulang ke Malaysia jika berpeluang.

Semoga Allah mudahkan.


Seorang remaja German memeluk Islam semasa Ijtimak
tersebut. Alhamdulillah seorang lagi saudara kita terselamat
daripada seksaan neraka. Moga Allah swt gunakan kita
sebagai asbab untuk lebih ramai saudara-saudara kita yang
lain kembali kepada Islam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails