Sunday, July 19, 2009

Review

Seperti yang dinyatakan dalam post yang lepas, insyaAllah
saya akan cuba membuat sebuah review mudah sedikit sebanyak
yang saya tahu mengenai dslr Nikon D5000.

Sekitar pertengahan April yang lepas, Nikon Eropah telah
melancarkan model dslr terbarunya iaitu D5000. Dengan
kedudukan di antara D60 dan D90, D5000 dihasilkan untuk
meningkatkan prestasi dslr dan agak sama dengan EOS 500D
dari Canon. D5000 mempunyai beberapa ciri-ciri yang sama
dengan D90 dalam saiz yang lebih kecil termasuk 12.3 MP
cmos sensor, live view, 720p HD D-movie, 11 points AF system,
viewfinder gridlines, dan Nikon Expeed Processor.


D5000 dikatakan merupakan upgrade untuk D60 dan
menawarkan ciri-ciri yang menghampiri 'prosumer' camera
D90. D5000 memiliki hampir semua ciri yang terdapat di
dalam D90. Jika pengguna cuma ingin menggunakan lensa
AF-S dan menangkap gambar sehingga 4 frames/sec di sebalik
4.5 frames/sec pada D90, D5000 adalah versi D90 yang lebih
murah. Malah walaupun berkelajuan 4 frames/sec, D5000
boleh mengambil 63 imej jpeg di sebalik cuma 25 imej jpeg
di dalam bursting mode.

D5000 agak mesra pengguna dan mudah digunakan oleh
amateur dengan 19 Scene Modes yang boleh dipilih pada
situasi-situasi tertentu dan juga setting untuk mengedit
semula foto yang lebih berbanding D60 dan D90. Monitor
LCD 2.7" yang boleh dipusing 180° dan diputar 360° juga
memudahkan pengguna mendapatkan hasil yang lebih
baik dari sudut-sudut yang sukar. D5000 juga memiliki
fungsi movie HD yang dimulakan oleh D90 selain julat ISO
yang agak tinggi iaitu sekitar 200-3200 dan juga pilihan
untuk ISO 100 dan ISO 6400 yang memudahkan untuk
mendapatkan gambar yang berkualiti dengan sistem pencahayaan
yang baik serta Shutter yang telah di upgrade.



Kualiti gambar dijamin dengan image sensor cleaning dengan
air flow control system, active D-lighting yang boleh dilaraskan,
serta picture control. Bateri En-El9a yang tahan lebih lama juga
merupakan salah satu ciri baru untuk D5000. Fungsi playback
untuk foto agak praktikal dengan sehingga 72 foto secara thumbnail
dan sistem menu yang sama dengan D90. Saiznya agak besar
sedikit berbanding D40, D40x, dan D60, namun lebih kecil
berbanding D90 dengan grip yang lebih baik dan selesa dipegang.

Saya masih baru dalam dunia dslr, mungkin itu serba
sedikit info yang penting untuk D5000.
Beberapa gambar yang saya cuba semalam :


1 comments:

ridhwan said...

nice! tak tau pun kewujudan D5000 ni..gmbr lebih kurang mcm D90.. kat NZ baru sampai D90..huuuu
bestbest..
tp tu la nikon..warne agak hambar..photoshop jugak jawapannye..

Related Posts with Thumbnails