Sunday, August 16, 2009

Last

1) I'm now packing some stuff to be brought back to Malaysia. This post
may be the last post for this coming 2 months. Still not sure about
what's gonna happen next. But my wish is that the housekeeper could
be so generous that everything can be finished by tomorrow. I called the
owner of the room last evening, and we have agreed to meet
tomorrow around 3 pm.

2) This coming 17th August, which is this coming Monday, Me, Azri,
and Faris, will register ourselves for the new Winter Semester in
Fachhochscule Wiesbaden. Considering that the registration time
is quite early, which is from 9 to 11 am, we have decided to be
there by tomorrow and overnight there. But maybe they will come a
bit later than me as they don't have any appointment.

3) If the room is settled by Sunday, I'll try to check the ticket for
Monday in the Frankfurt Airport direct after the meeting. It may sound
a little bit rush, but since the flight has been delayed for a few times, so
I decided to face the price for the ticket. But my maximum budget is
only around 800 Euro. If the price is way above my thought, then I
would just wait until Wednesday. Because the table shows that the
price is always low on Wednesday which is below 500 Euro.

4) I think there are not so many things to pack. The weight could
be less than last time because i don't have much things to buy and less
time to find an item for each family member. Huhu hope that I
could replace them with some things from Malaysia. Maybe the value
isn't the same, but I'll try to find some interesting things first in Frankfurt.
If only I had so much time. I really don't have any idea about what
is gonna happen starting from tomorrow. Hehe..

5) InsyaAllah everything will be fine. No matter how bad or good is
it going to be, I believe that it is the best for me.

...................................................................................................................................

p/s : sorry for the poor vocabulary and maybe there are a lot of
grammar mistakes too. It has been a while since I made an essay in
English. And this is the first time I write a post in English too. Hehe.
But that doesn't mean that my German is well written.

Saturday, August 15, 2009

Yakin


Jipun : Hai jiwang nampak memalam ni.. Teringat mak ke?
Jebon : Perli nampak.. Makan dalam nanti aku Jipun.. Ko macam
tak tau je masalah aku.. Haiih..


Jipun : Takkan la break up lagi Jebon oii? Dah macam hobi kau
pulak aku tengok..

Jebon : Hmm.. Ni dah kali yang ke seratus aku break up Jipun.. Tak
tau la apa yang tak kena.. Memang aku ni ditakdirkan hidup sensorang
ke? Kenapa sorang awek pun tak lekat dengan aku haa.. Tiap2 hari aku
runsing pikir pasal hal ni tau.


Jipun : Aku dah agak, mesti ada masalah dengan awek baru kau ni..
Aku dah cakap tak payah couple2 ni.. Nanti kang kalau kau nak kahwin
haa, baru la cari.

Jebon : Tapi kalau tak cari cemana nak kahwin bai.. Nak kenal2 dulu..
Aku tengok kau ni cool je. Tak pernah nampak runsing pasal awek ke,
nak cari minah mana2 ke.. Kau abnormal ke Jipun?


Jipun : Sampai hati kau kata aku abnormal. Sebenarnya memang
sifat semulajadi aku sejak lahir adalah seorang jejaka cool. Kau nak tau
kenapa aku macam ni?

Jebon : Haa nak nak, cerita la.

Jipun : Kau ingat tak lagi tahun lepas, yang pasal kau merungut
dengan bos kau pasal kerja?

Jebon : Haah ingat.. Nape Jipun?

Jipun : Haa.. Kau tak puas hati dengan arahan bos kau kan. Kau
cakap baik tambah pekerja daripada pakai mesin buat kerja, jimat kos.
Biasa la akauntan kan.. Mesti hebat kira punya.

Jebon : Hehe. Sempat lagi ngutuk aku. Depan-depan pulak tu.

Jipun : Tengok-tengok lepas setahun baru kau nampak yang kerugian
beli robot tu cuma sementara je. Lepas lepas tu dapat jimat sebab robot
tu buat kerja tak berhenti. Kau faham tak maksud aku Jebon?

Jebon : Hush.. Langsung tak faham. Tiba tiba je ungkit tentang cerita
lama. Apa maksud kau ni Jipun. Cuba terangkan.


Jipun : Aku ada 2 soalan untuk kau. Soalan pertama, kenapa masa
tak puas hati dengan bos kau tu, kau tak gaduh sampai kau menang?

Jebon : Mestila.. Dia kan bos aku. Dia la yang bagi gaji kat aku,
kalau aku buat apa2 sampai dia marah kat aku, habis la aku. Silap-silap
kena buang kerja. Huu tak nak..tak nak..


Jipun : Haa soalan kedua. Kau rasa kenapa dia dapat fikir tentang
robot tu, mula-mula kau rasa macam yakin sangat, tapi last-last,
teori dia jugak yang betul?

Jebon : Mestila.. Dia kan hebat. Aku ni kerja kira-kira je. Aku
tak pandai dan hebat fikir macam dia. Kalau dia tak hebat, takdela dia
jadi bos. Walaupun aku rasa mula-mula tu macam aku betul,
rupa-rupanya aku salah. Sebab fikiran aku cetek je, tak macam dia
tahu macam-macam.


Jipun : Hmm.. Tula maksud aku Jebon. Kita semua mencari
kebahagiaan dalam hidup. Tapi kita lupa yang cuma Allah je
yang boleh bagi kita kebahagiaan. Kita sibuk fikir cemana kita nak bahagia.
Cari jodoh dan orang yang sesuai dengan diri kita tanpa berharap
kepada yang Berkuasa dan rasa bahawa kita sendiri yang
menentukan jodoh kita.

Jebon : Erm betul tu.. Aku selalu rasa rasa macam tu..
Huhu.


Jipun : Jadi untuk dapat kebahagiaan, kita tak boleh la buat benda
yang Allah tak suka, sebab cuma Dia yang boleh bagi kebahagiaan
dekat kita. Tapi Allah maha Pemurah, walaupun kita selalu lupa dan
buat benda yang berlawanan dengan perintahNya, Dia sentiasa ingat
dekat kita dan tetap memberi nikmat.

Jebon : Aku selalu nak kebahagiaan Jipun.. Tapi baru aku sedar yang
cara-cara aku tu semuanya tak yang macam Allah suka. Astaghfirullah..


Jipun : Allah maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik
untuk kita. Kadang2 kita rasa sesuatu tu baik untuk kita, tapi akal kita
sebagai hamba ni sangat terbatas. Kita kena sentiasa yakin Allah
lebih mengetahui berbanding kita. Tanggungjawab kita sebagai hamba
ialah ikut perintah Allah, dan jauhi laranganNya. InsyaAllah semuanya
akan selamat.

Jebon : Aku selalu rasa yang aku tahu semua Jipun.. Tapi aku lupa yang
pengetahuan aku ni lemah. Sampaikan akal aku ni pun Allah yang bagi.


Jipun : Salah satu antara rukun iman ialah beriman kepada Qada
dan Qadar. Jadi kita kena sentiasa yakin dengan apa saja yang Allah
tetapkan. Kita mesti yakin juga yang Allah telah menetapkan tentang
jodoh untuk kita.

Jebon : InsyaAllah..

Jipun : Sebab tu kau nampak aku cool je. Hehe.. Sebenarnya aku
takdela cool sangat. Aku pun manusia biasa macam kau Jebon. Aku
pun ada rasa untuk dapatkan perhatian daripada perempuan. Tapi aku
yakin dengan janji Allah. Yang penting sekarang aku perlu baiki
diri sebaik mungkin, supaya jodoh aku nanti insyaAllah orang
yang baik-baik.

Jebon : Betul tu Jipun. Kadang2 aku terlalu risaukan tentang jodoh
aku, sampaikan aku dah abaikan tanggungjawab sendiri dan
menyebabkan aku kurang yakin dengan ketentuan Allah.


Jipun : Camtu lepas ni sama-samalah kita fikir tentang cemana
nak baiki kelemahan-kelemahan diri kita. Lebih baik daripada sembang
tentang awek yang tak janjikan apa-apa. Nanti dah sampai masa,
kau dah sedia nak kahwin, baru kita carik. Orait?

Jebon : Tiba-tiba aku terasa baik seperti kau Jipun.. Orait.
InsyaAllah..


Jipun : Jom tido..
Jebon : Kau ni ajak tido lain macam je.. Kau memang betul2
abnormal ke?


Jipun : Haiih..

Thursday, August 13, 2009

Diari Minggu Ini

1) Saya agak sedih kerana terpaksa menangguhkan tarikh pulang ke
Malaysia beberapa kali. Tak mengapa pasti ada hikmahnya.

2) Sejak semalam saya cuba mencari rumah kosong untuk didiami
di universiti baru. Namun, baru tengahari tadi saya dapat membuat
janjitemu dengan seorang makcik di Rüsselsheim. Disebabkan
berita baik ini, saya telah keluar membeli sedikit barang-barang untuk
di bawa pulang ke Malaysia, iaitu sedikit coklat dan beberapa helai
pakaian untuk ahli keluarga.


3) Semasa perjalanan pulang, saya mengecall (men + call)
Kakya dan Baba untuk memberitahu mengenai situasi saya yang
tidak dapat pulang selagi tidak pasti dengan tempat tinggal. Maein
akan pulang hari Isnin ini, moga selamat sampai.

4) Sebaik saja tiba di bilik, saya memeriksa E-mail dan menerima
email yang saya memang harap supaya tidak akan menerimanya,
iaitu email dari JPA. Dalam email tersebut dinyatakan bahawa saya
masih perlu membuat permohonan rasmi dan permohonan itu
seterusnya akan dihantar ke Putrajaya terlebih dahulu untuk
disahkan.

5) Saya agak keliru apa yang perlu dilakukan kerana temujanji di
Frankfurt adalah esok hari, pendaftaran adalah pada hari Isnin, dan
cuma esok adalah hari terakhir untuk menerima kata putus daripada
JPA memandangkan hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti. Tambahan
pula, saya sudah pun mendaftar keluar dari Universiti Düsseldorf.
Tidak ada pilihan lain selain mendaftarkan diri dan memulakan
pengajian baru di Frankfurt.


6) Sebenarnya saya telah pun menghubungi pihak JPA pada 2 bulan
lepas. Dan mereka telah memberitahu bahawa saya perlu
mendapatkan tempat di Universiti terlebih dahulu sebelum membuat
permohonan kepada JPA. Tetapi masa agak suntuk kerana hari
tawaran datang dan hari pendaftaran adalah sangat dekat. Saya
dan Kamil juga tidak terlintas bahawa JPA akan masih menimbangkan
tentang perkara ini berdasarkan apa yang telah diberitahu.
Nampaknya makluman sahaja tidak mencukupi, kami masih perlu
membuat permohonan rasmi.

7) Rumah yang telah saya cari itu agak sukar untuk didapati kerana
dekat dengan kampus. Saya agak risau jika terlepas peluang ini.
Ya Allah, mudahkanlah urusan aku.. Lembutkanlah hati JPA.
Amiin.

Tuesday, August 11, 2009

Menunggu di Sayup Rindu

ooo... Burung pun bernyanyi
Melepas segala rindu
Yang terendam malu
Di balik kalbu...

ooo... Angin pun menari
Mencari arti
Apakah ini fitrah
Ataukah hiasan nafsu...

Di dalam sepi ia selalu hadir
Di dalam sendiri ia selalu menyindir
Kadang meronta bersama air mata
Seolah tak kuasa menahan duka...

Biarlah semua mengalir
Berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
Untuk mengejar...

Sabarlah menunggu
Janji Allah kan pasti
Hadir tuk datang
Menjemput hatimu...

Sabarlah menanti
Usahlah ragu
Kekasih kan datang sesuai
Dengan iman di hati...

Bila di dunia ia tiada
Moga di syurga ia telah menanti
Bila di dunia ia tiada
Moga di syurga ia telah menunggu...

Random

(Anak-anak sedara)










Wednesday, August 5, 2009

Diari Minggu Ini

1) Alhamdulillah keluarga saya (mama, kakya, kakba, kaksod,
kakjah, dan abg bai) telah dilepaskan pada hari Selasa 4 Ogos yang
lepas, selepas 2 hari 1 malam ditahan di balai polis. Di bawah ada
2 video dari Malaysiakini semasa mereka baru dibebaskan
dan juga semasa Press Conference.





2) Tawaran daripada Universiti-universiti yang saya mohon
masih belum menunjukkan bayang. Agak bosan meniti hari-hari
terakhir sebelum pulang ke Malaysia tanpa tujuan. Tapi saya sangat
gembira kerana secara tiba-tiba harga tiket oleh Emirates pada hari
rabu 12 Ogos jauh lebih murah berbanding tarikh-tarikh di
sekitarnya. Saya telah menyimpan bajet sebanyak 850 Euro
untuk harga tiket, kerana pembelian yang lewat. Tetapi harga tiket
pada 12 Ogos cuma 465 Euro, jauh berbeza berbanding hari
sebelum dan selepasnya. Alhamdulillah. Dapat jimat duit.

3) Terima kasih kepada member-member di Cologne
( Zuhaili, Nazmi, dan Azri ) yang membantu saya mengeluarkan
wang. Disebabkan jumlah wang yang dibenarkan untuk
dikeluarkan adalah terhad, jadi saya telah meminta bantuan
mereka untuk mengeluarkan wang dan saya memasukkan jumlah
yang sama ke dalam akaun mereka secara online. Insyaallah disebabkan
harga tiket saya yang murah, dapatlah saya menyupport
(men + support)
tiket pulang adik saya di mesir sepenuhnya
(hehe untung Baba). Sebelum ni bajet saya cuma 500 Euro sahaja.

4) Fikiran saya agak serabut akhir-akhir ini memikirkan tentang ISA,
iaitu persoalan mengenai : Mengapa saya, sebagai seorang
yang berpengetahuan cetek tentang ISA dan cuma perlu
berfikir secara logik tanpa mencampur-adukkan isu politik,
dapat melihat dengan jelas tentang kezaliman di Malaysia?
Adakah saya salah berfikir, masyarakat Malaysia tidak terdedah,
ataupun memang mereka sengaja buat tidak endah kepada
bangsa sendiri? Insyaallah dalam post selepas ini saya akan
berkongsi serba sedikit pendapat saya tentang ISA
( Internal Security Act ) tersebut.

Sunday, August 2, 2009

Apa itu ISA ?

ISA (Internal Security Act) atau dalam bahasa melayu - Akta Keselamatan
dalam Negeri merupakan undang-undang tahanan yang diasaskan pada 1960
dan sedang berkuatkuasa di Malaysia. Antara info-info mudah berkaitan
dengannya :

1) Diasaskan oleh R.H. Hickling tetapi dijadikan undang-undang pada 1960.

2) Polis boleh menahan sesiapa saja yang disyaki mengancam keselamatan
negara, menentang kerajaan, dan mempertahankan hak asasi manusia tanpa
perbicaraan. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi
selama 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

3) Sejak 1960, akta ini telah dipinda sebanyak lebih 20 kali dan peruntukan
ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa
merujuk kepada mahkamah.

4) Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan
Kamunting.

5) Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak
dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan
ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh
awal ini. Jika satu perintah penahanan 2 tahun ditandatangani, orang yang
ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang
ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa
tempoh ini.

6) Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian
tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka
telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada
senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam,
ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada
ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga,
tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan
udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi
penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya
mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

7) Kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah
kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat "pengakuan"
umum di televisyen dan radio.

8) Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan
hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan
memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga
telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta tersebut.

9) Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang
termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh,
aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan
kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa
dahulunya telah ditahan lebih daripada sedekad.

10) Pada 17 November 2007, seramai 74 orang masih ditahan di Kem Tahanan
Kamunting, Taiping, Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Ada juga yang ditahan sehingga 6 tahun.

..............................................................................................................................................

p/s : Rumusan ringkas bersumberkan Wikipedia. Artikel ini bebas diambil
untuk
kefahaman umum.

Saturday, August 1, 2009

YM

hamidah_ak:
assalamualikum, Mad


khalifah: wsalam
khalifah: mama?

hamidah_ak: Baba baru balik dari polis station. Mama dgn kakak
semua kena kurong malam ni. esok baru tau sama
ada boleh lepas ka tidak.


khalifah: oo baba ke ni
khalifah: okay
khalifah: harap2 semua okay
khalifah: harap2 semua blh dilepaskan esok

hamidah_ak: Insya Allah kot. Pagi esok baba pi balai polis pula.
kalau perlu jamin, pak cik dah sedia duit lebih dari 20 ribu dah.


khalifah: huu
khalifah: mad doakan semuanya mudah
khalifah: tadi mad tgk video kat youtube
khalifah: nmpk diorg kena tangkap

hamidah_ak: cuma bimbang kak jah kena buang ITM ja.
tak pa doakan semua. sembahyang hajat kalau boleh

hamidah_ak: ok esok baba contact Mad lagi . assalamualikum

khalifah: waalaikumussalam

.....................................................................................................................................

(makcik tua umur 50 lebih pun diorang nak kasar. Mad tau
Mama, Abg Bai, dengan kakak semua kuat. InsyaAllah esok boleh keluar.
Semoga Allah mudahkan )

Doakan

Salam, baba, berita yang baba mintak tu mad dah lampirkan
kat sini. Ada gambar Kakya, Mama, dengan Kak Jah kena tangkap.
Dapat dari dalam Malaysiakini.com tu. Nanti baba copy ya. Berita
lain akan menyusul. InsyaAllah semua selamat. Mad tak boleh
buat apa-apa, cuma boleh doa daripada sini. Semoga Allah
mudahkan urusan Abang Bai, Kak ya, Kak ba, Kak Sod,
Kak Jah, dengan Mama.
...............................................................................................................................

Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang sudah ditahan
di beberapa tempat di tengah bandar dalam percubaan menganjurkan
demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Naib Presiden PKR Sivara Rasiah dan ahli jawatankuasa pusat PAS
Mujahid Yusuf Rawa ditahan polis bersama hampir 450
penentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam demonstrasi
yang disertai 20,000 orang.


Sivarasa ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam
3.15 petang, manakala tempat dan masa tahanan Mujahid tidak
dapat dipastikan.

Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad, yang juga
timbalan pengerusi Himpunan MANSUH, memberitahu
Malaysiakini
bahawa mereka belum mendapat maklumat lanjut,
setakat ini.

Penunjuk perasaan anti-ISA dipercayai dibawa ke beberapa balai
polis tempat, antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit
Jalil dan IPD Cheras.

Sementara dua penggerak utama Gerakan Mansuhkan
ISA (GMI) - penganjur perhimpunan hari ini yang dibuat
bersempena ulang tahun ke-49 pelaksanaan akta kontroversi
itu - ditahan menjelang pukul 1 tengah hari dekat Sogo dalam
percubaan mereka berarak ke Istana Negara mulai 2 petang.

Dua anggota jawatankuasa GMI Norlaila Othman dan
Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS
Aiman Athirah al-Jundi.

Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah
itu ke IPD Cheras.

Norlaila, ketika dalam tahanan, memberitahu Malaysiakini
bahawa 18 tahanan wanita dibawa ke IPD Dang Wangi
kira-kira jam 7 petang.

Polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI
Syed Ibrahim Syed Noh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik
berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu
pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai.

Seramai 438 orang ditahan berkaitan perhimpunan anti-ISA antara
7 pagi hingga 6 petang ini, termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak.



Semuanya kecuali tiga orang berbangsa Melayu, kata Muhamad
Sabtu kepada Malaysiakini awal malam ini.

Individu lain yang akan disiasat: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa
Ali, ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat
PAS Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar;
ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail;
Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin
dan Kamarulzaman

Related Posts with Thumbnails