Sunday, August 2, 2009

Apa itu ISA ?

ISA (Internal Security Act) atau dalam bahasa melayu - Akta Keselamatan
dalam Negeri merupakan undang-undang tahanan yang diasaskan pada 1960
dan sedang berkuatkuasa di Malaysia. Antara info-info mudah berkaitan
dengannya :

1) Diasaskan oleh R.H. Hickling tetapi dijadikan undang-undang pada 1960.

2) Polis boleh menahan sesiapa saja yang disyaki mengancam keselamatan
negara, menentang kerajaan, dan mempertahankan hak asasi manusia tanpa
perbicaraan. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi
selama 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

3) Sejak 1960, akta ini telah dipinda sebanyak lebih 20 kali dan peruntukan
ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa
merujuk kepada mahkamah.

4) Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan
Kamunting.

5) Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak
dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan
ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh
awal ini. Jika satu perintah penahanan 2 tahun ditandatangani, orang yang
ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang
ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa
tempoh ini.

6) Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian
tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka
telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada
senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam,
ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada
ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga,
tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan
udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi
penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya
mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

7) Kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah
kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat "pengakuan"
umum di televisyen dan radio.

8) Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan
hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan
memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga
telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta tersebut.

9) Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang
termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh,
aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan
kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa
dahulunya telah ditahan lebih daripada sedekad.

10) Pada 17 November 2007, seramai 74 orang masih ditahan di Kem Tahanan
Kamunting, Taiping, Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Ada juga yang ditahan sehingga 6 tahun.

..............................................................................................................................................

p/s : Rumusan ringkas bersumberkan Wikipedia. Artikel ini bebas diambil
untuk
kefahaman umum.

1 comments:

tok ggawo said...

salam tuan tanah !

aku amat kecewa, pdRM dan ubnRM, mungkin kakak dan anak saudara anda yang di tahan pdRM semasa demo anti ISA,kalau silap harap maaf, pdRM memang tidak berhati perut, sebangsat bangsat manusia yang sanggup menahan anak kecil dan ibu nya di lokap, hanya kerana dendam kesumat......, aku kini gembira, bila aku melihat mereka telah di bebaskan, kepada keluarga anda kuat kan semangat dalam menghadapi dugaan ini, insyaAllah Allah menyebalahi orang yang kena zalim.......

wassallam, maaf kalu aku tersilap orang......

Related Posts with Thumbnails