Tuesday, September 1, 2009

Malaysia

"Bang, boleh pinjam extension plug?"
tanya saya kepada Brader yang berjasa kepada 2 orang yang lain,
kerana memiliki extension untuk 3 plug.

"Ya? Eh boleh2.. Okay2.."
balas beliau dengan mimik muka penat berpuasa.

"Okay.. Time kasih.."
balas saya dengan mimik muka bersyukur
(pandai-pandai sahaja meneka mimik muka sendiri).

................................................................................................................................................

Kali pertama saya menggunakan internet percuma di Jusco
Food Court Arena ini.

Sekitar 2 Minggu lepas saya sampai ke Malaysia, iaitu 18 Ogos sekitar
jam 4 Petang waktu Malaysia. Perjalanan kali ini agak kurang
letih dan pening kepala. Mungkin kerana sudah agak lali dengan
tekanan di dalam kapal terbang. Sebaik saja saya melangkah keluar
dari terminal, jeng jeng, dengan tiba-tibanya Mama dengan Baba ada
di luar menunggu.

"Huuu kata semua orang keje.. Ingatkan takde org ambik..isk2 "
bisik hati jejaka.

Alhamdulillah selamat sampai. Walaupun masih risau dengan
urusan-urusan yang masih belum tentu di German, saya
menguatkan hati untuk berlakon kononnya masalah sudah selesai.
Ada kemungkinan saya akan pulang sedikit awal dan tidak
sempat beraya di sini. Wallahua'alam.. Saya, Mama, dan Baba
singgah di Masjid KLIA sebelum menunggu kepulangan adik saya,
Mutmaein, dari Mesir, yang juga akan sampai pada hari yang sama.

Sekitar jam 11.30 malam, saya dan ahli keluarga yang lain menunggu
kepulangan beliau di luar balai ketibaan antarabangsa. Tiba-tiba ada
seorang Brader keluar dengan muka ganas.

"Perghh.. Sekali tengok terasa cam aku plak yang adik.."
bisik hati seorang abang yang penyayang.

Memang pada hakikatnya, semua orang dan juga kenalan-
kenalan berpendapat bahawa Mutmaein lebih matang dan
kelihatan seperti abang. Malah ada yang tertukar orang. Tetapi saya
tetap tabah. Dalam 2 Minggu lepas, ada beberapa perkara
yang telah saya lakukan. Bukanlah setiap saat saya di Malaysia
dihabiskan dengan tidur (sebenarnya tak baik menipu di
bulan Ramadhan).

Insyaallah dalam post selepas ini akan saya kongsi serba sedikit
tentang pengalaman di Malaysia. Oh ya, saya sudah pun berpindah
ke Setiawangsa. Tetapi Sungai Petani, tempat hidup saya selama
lebih 15 tahun, tetap tersemat di hati.

Related Posts with Thumbnails