Friday, October 30, 2009

Random

Rhein (2008)




Thursday, October 29, 2009

YM

First time chatting dengan mama..hehe.

....................................................................................................................................

hamidah karim: khalifah ahmad

khalifah: mama ke ni

hamidah karim: ya mad ni mama. Mad pe kabar. bila flight balik.

khalifah: mad kabar baik
khalifah: alhamdulillah
khalifah: tiket tak beli lagi ma

hamidah karim: semalam baba kata mad dah nak beli tiket. ada perubahan lak ke

khalifah: mad pun tak tau bila nak beli
khalifah: tapi mmg kena beli dah dalam 2 3 hari ni

hamidah karim: oh .. cmtu ke
hamidah karim: pe kata U . leh ke continue this semester after getting ur visa

khalifah: boleh rasanya
khalifah: diorg kata boleh

hamidah karim: pe pun dptkan confirmation fr U
hamidah karim: Klu boleh dptkan written statement fr U
hamidah karim: itu lebih selamat sbnrnya. get confirmation of
the latest date that mad should get back to german.


khalifah: U takde masalah pun
khalifah: rasanya lepas settle visa mad dah blh balik german semula

hamidah karim: So Alhmdulillah. Allah dh permudahkan urusan.
hamidah karim: tp ,mestikah Ahmad balik m'sia untuk uruskan visa tu

khalifah: alhamdulillah

hamidah karim: mama x tau sbnrnya
hamidah karim: slalu tgk orang p overseas orng lain je yang siapkan visa

khalifah: mad pun tak pasti sgt
khalifah: mesti kot
khalifah: jpa pun mcm tak bagi idea lain je selain balik msia

hamidah karim: pe pun , pls get confirmation of everything that u're not sure of

khalifah: insyaallah

hamidah karim: ok uruskanlh cpt sikit
hamidah karim: so that ur time is not wasted

khalifah: tak waste time pun sbnrnya
khalifah: mad pegi kelas mcm biasa je

hamidah karim: oh really !! alhmdllh!! that's good
hamidah karim: so far ma thought that U're doing nothing
hamidah karim: sbb baba kata mad lani main guitar jelah. jgn marh ye

khalifah: takdela
khalifah: mad main gitar sambil2 je
khalifah: hehe

hamidah karim: Mad v. sori ye , baba is waiting outside.

khalifah: okay
khalifah: kirim salam kat baba ye ma

hamidah karim: so ma have to go first..
hamidah karim: this is the 1st time ma chatting

khalifah: okay
khalifah: hehe
khalifah: canggih la mama

hamidah karim: Insya .. will try to get in touch with U again 2morrow.
hamidah karim: Love U dear
hamidah karim: salam

khalifah: love u too
khalifah: wsalam

Thursday, October 22, 2009

Esok

Esok merupakan temujanji terakhir di pejabat pendaftaran. Banyak
perkara berlaku dalam 2 hari yang lepas. Alhamdulillah ada
rakan-rakan yang banyak memberikan idea dan sokongan =)

Kelmarin atas nasihat beberapa orang rakan, saya cuba
menghubungi Konsulat German, iaitu Encik Saiful Azam,
dengan harapan beliau dapat memberikan nasihat / pandangan.
Sebaliknya beliau hanya memberi kuliah yang agak menusuk kalbu.
Keesokan harinya, saya berbual dengan Kak Siti dan Encik Asari
daripada pihak JPA berkenaan masalah ini. Mereka berkata bahawa
pihak German sendiri pelik dengan perkara ini dan menganggapnya
sebagai tindakan yang janggal.

Tetapi tidak apa yang boleh dibuat, kerana kebetulan sistem
pendaftaran di German berlainan mengikut negeri, dan sistem
pendaftaran di tempat saya iaitu Hessen agak ketat. Pelajar-pelajar
lain yang pindah universiti baru-baru ini tidak mengalami
masalah kerana mereka menetap di negeri lain. Tetapi menurut
JPA, mungkin pihak imigresen boleh memanjangkan tempoh lagi
2 minggu, untuk saya menyelesaikan beberapa perkara sebelum
keluar dari German.

Arahan sebenar ialah saya perlu ke pejabar imigresen esok
bersama tiket keluar dari German. Namun perkara menjadi lebih
rumit kerana saya perlu mengambil kira pandangan serta
arahan daripada JPA memandangkan saya masih beradal dalam
kontrak. Jadi saya tidak memboleh membuat apa-apa keputusan
atau membeli tiket, selagi belum ada kata putus daripada mereka,
sehinggalah ke malam ini.

Semalam Encik Asari mencadangkan agar saya bercuti selama
1 semester tanpa elaun. Manakala Kak Siti menyuruh saya ke
Kampus Utama di Wiesbaden untuk bertemu Frau Fiedler yang
menjaga pelajar. Namun beliau juga tidak mempunyai penyelesaian
untuk perkara ini dan menyuruh berjumpa Herr Krauß. Namun
beliau tidak dapat dijumpai.

Saya menghubungi Baba dan Mama di Malaysia untuk
menceritakan hal ini. Kesian diorang risau. Huhu. Baba mencadangkan
agar saya memberi Idea kepada JPA, supaya saya cuma keluar dari
German dan singgah di UK tinggal bersama makcik saya selama
dua tiga bulan sementara menunggu urusan Visa selesai. Kerana
kos dapat dijimatkan berbanding pulang ke Malaysia dan UK
adalah negara komanwel yang tidak memerlukan Visa malah
lebih dekat dengan German.

Esok saya akan cuba membuat rayuan untuk memanjangkan
sedikit lagi tempoh untuk menetap di sini untuk menguruskan
sedikit hal-hal peribadi dan juga tiket. Menurut JPA, mereka
sudah pun meminta bantuan daripada kerajaan negeri untuk
kelulusan pemanjangan tempoh tersebut. Jadi saya berharap
agar jabatan imigresen tersebut tidak terlalu berkeras
hati seperti biasa. Esok ada praktikal Werkstoff sebenarnya. Huu
dah pasti terpaksa drop 1 subjek untuk semester ni.

Dream


Tuesday, October 20, 2009

Coretan

"Hai.. I was here yesterday. I'm here today to get a written letter
about the problem.."
kata saya memulakan perbualan.

"Oh.. Wait a second.."
balas pekerja wanita tersebut.

"Do u come here today with the flight ticket?"
tanya beliau sejurus selepas berbual dengan rakannya.

"Erm.. No. I only want a written letter to give to my sponsor and
university. Don't I still have another 4 days?"
balas saya.

"Sure.. Okay. U can wait outside and wait for the letter from
Herr Kubala.."
katanya mengakhiri perbualan.

...................................................................................................................................................

Pagi tadi saya keluar dari rumah sekitar jam 8.30 pagi untuk
menuju ke pejabat pendaftaran dan meminta surat bertulis mengenai
masalah ini seperti yang diminta oleh JPA. Di tengah perjalanan,
tiba-tiba penyewa saya menghantar SMS yang berbunyi lebih kurang seperti berikut :

"Hallo Herr Ahmad, bila nak bayar duit sewa?!
Sampai sekarang saya masih belum dapat lagi!"

Saya agak terpaku dengan SMS tersebut kerana saya telah pun
membayar sewa tersebut seminggu sebelumnya. Jadi kami pun berbalas
SMS dan ternyata dia tersilap memeriksa akaunnya, tetapi masih
akan menghubungi saya semula Jumaat ini. Sebenarnya bilik
tersebut masih belum dipindahkan ke nama saya secara rasmi. Jadi
sekarang saya cuma bayar kepada pemilik bilik itu dan menunggu
kontrak daripada tuan rumah. Tetapi sampai sekarang kontrak
masih belum sampai tetapi pemilik bilik tersebut masih mahu
menunggu kontrak tersebut.

Sampai sahaja di pejabat pendaftaran, saya berjumpa dengan pekerja
wanita yang sama. Selepas berbual seketika, dia menyerahkan
saya kepada rakannya, Herr Kubala. Orang agak ramai dan
waktu yang diambil untuk menyiapkan surat itu juga agak lama. Jadi
saya hanya duduk di luar sementara menunggu surat itu selesai
ditaip. Memang susah untuk cover perasaan di depan orang ramai.
Tiba-tiba terasa pandangan menjadi semakin kabur sebaik saja
Herr Kubala tersebut memberi surat tersebut dan menyuruh untuk
datang semula pada Jumaat ini bersama tiket pulang ke tanah air.

Jadi saya singgah sebentar di tepi sungai dan duduk untuk beberapa
ketika untuk menenangkan fikiran sebelum pulang ke rumah.
Alhamdulillah masalah komputer dah selesai. Terima kasih kepada
Apiz to da K. Scanner juga terpaksa dipinjam daripada Azri sebab
internet di bilik tidak dapat dimasuki (mungkin ada saki baki Virus
yang masih berendam). Dah lama saya tak hubungi keluarga
untuk mengelakkan mereka daripada tahu dan risau tentang
perkara ini. Tapi dah tau mesti diorang dah baca blog ni. Hehe.
Esok saya akan cuba pergi ke Student Service untuk meminta
nasihat tentang perkara ini. Mudah-mudahan masih ada peluang.

Monday, October 19, 2009

Visum

"Sie haben jetzt ein grosses Problem.. Was sollen wir mit Ihnen
jetzt machen?"
kata pekerja di pejabat pendaftaran Ruesselsheim.

"Aber es ist noch nie passiert. Ich hab nur Studientplatz gewechselt
und das Visum hab ich noch fuer ein Jahr.. Ich bin stipendiert und
es ist kein einfaches Problem fuer mich.."

balas saya.

"Wir wissen nicht.. Jetzt haben Sie nur eine Woche Zeit,
Deutschland zu verlassen.."

balasnya lagi.
.................................................................................................................................................

Pada khamis yang lepas, saya telah pergi ke pejabat pendaftaran
di Ruesselsheim untuk mendaftarkan diri sebagai penduduk di sini. Namun,
tidak seperti urusan rakan saya pada minggu sebelumnya, saya telah
berhadapan dengan masalah yang besar, iaitu kerakyatan saya terbatal
dan disuruh untuk meninggalkan German dalam masa seminggu. Pada
mulanya, saya agak sangsi dengan kenyataan pekerja itu. Namun setelah
dijelaskan untuk beberapa kali, saya cuma mampu menerima arahan
tersebut seperti menelan biji kopi.

Alasan kerakyatan saya terbatal ialah kerana saya telah mendaftar
keluar daripada Universiti lama di Duesseldorf yang bermaksud saya
telah pun menamatkan pengajian di situ. Sebenarnya salah satu
keperluan untuk menukar Universiti adalah mendaftar keluar daripada
Universiti yang asal. Malah sudah ramai pelajar-pelajar Malaysia di
sini yang telah menukar Universiti sebelum ini. Pihak JPA sendiri
tidak dapat menerima perkara ini tetapi tidak berjanji bahawa masalah
ini dapat diselesaikan.

Saya agak terkedu selepas keluar dari pejabat itu, kerana tidak dapat
membayangkan apa yang akan jadi sekiranya masalah ini tidak dapat
diselesaikan. Jadi saya mengambil sedikit masa untuk menenangkan
fikiran di taman bersebelahan pejabat tersebut, memikirkan tentang
masalah-masalah lain yang turut belum selesai. Alhamdulillah selepas
beberapa ketika saya dapat pulang ke rumah dengan hati yang tenang.

Keesokan harinya, saya cuba menghubungi Kak Siti yang bertanggungjawab
dalam hal ehwal pelajar di sini. Namun beliau tidak dapat dihubungi
dan saya membuat keputusan untuk terus ke pejabat JPA di Frankfurt
ditemani saudara Azri. Setelah sampai di sana, baru kami tahu bahawa
Kak Siti demam. Kami berbincang seketika dengan Encik Abdullah
Omar dan beliau berkata bahawa mereka akan cuba untuk
menyelesaikan perkara ini.

Hari ini saya dapat bersembang dengan Kak Siti tentang perkara ini.
Beliau meminta saya untuk scan dokumen-dokumen yang diberi
oleh pejabat pendaftaran tersebut dan juga no. contact. Selepas praktikal,
saya pergi ke pejabat pendaftaran tersebut sekali lagi, namun mereka
hanya menyuruh agar saya datang kembali pada Jumaat depan.
Pejabat bahagian pelajar-pelajar asing di Universiti juga tutup kerana
pekerjanya bercuti. Saya cuma berharap agar Kak Siti dan pihak JPA
berjaya menyelesaikan masalah ini. Insyaallah esok saya akan cuba
untuk berjumpa orang di pejabat, walaupun mereka tidak
bertanggungjawab tentang perkara ini.

Thursday, October 15, 2009

No Title

Sudah hampir 2 bulan saya tidak mengemaskini blog ini semenjak
pulang ke Malaysia tempohari. Banyak juga benda-benda serta
gambar-gambar yang ingin dikongsi tertangguh. Terima kasih tak
terhingga kepada rakan-rakan dan saudara mara yang sudi berkunjung
ke blog yang serba kekurangan ini.

Kadang kala tempoh masa untuk saya menyiapkan sebuah 'Post' di sini
agak lama, kerana idea serta pengalaman yang ingin dikongsi harus
bersesuaian dengan para pembaca sekalian. Pada mulanya, hanya
rakan-rakan rapat yang mengunjungi blog ini. Tetapi kemudian diikuti
rakan-rakan comel kita dan seterusnya golongan dewasa. Dan kadang kala,
disebabkan terlalu memikirkan pandangan-pandangan pengunjung,
saya membatalkan niat untuk membuat 'post' tersebut, risau
tidak menepati apa yang diharapkan. Tetapi, perkara-perkara ini
dalam masa yang sama membina diri saya untuk cuba membuat
sebuah 'post' yang baik.

Saya selalu teringin untuk meluahkan perasaan di ruangan ini,
namun seringkali terbatal. Faktornya juga kerana memikirkan
pandangan-pandangan para pembaca serta merasakan bahawa hal
itu tidak penting. Jadi saya berasa sangatlah berbesar hati sekiranya
rakan-rakan serta para pengunjung yang budiman sekalian
mengabaikan hal-hal peribadi saya yang tidak menyenangkan.
Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih ya =)

Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan hal-hal semasa yang penting
dan juga yang kurang penting. Selain itu, terdapat 2 3 perkara yang
sentiasa mengganggu fikiran saya yang lemah ini. Mungkin apa yang
saya perlukan hanyalah peringatan serta penenang jiwa.

Related Posts with Thumbnails