Visum
"Sie haben jetzt ein grosses Problem.. Was sollen wir mit Ihnen
jetzt machen?"
kata pekerja di pejabat pendaftaran Ruesselsheim.
"Aber es ist noch nie passiert. Ich hab nur Studientplatz gewechselt
und das Visum hab ich noch fuer ein Jahr.. Ich bin stipendiert und
es ist kein einfaches Problem fuer mich.."
balas saya.
"Wir wissen nicht.. Jetzt haben Sie nur eine Woche Zeit,
Deutschland zu verlassen.."
balasnya lagi.
.................................................................................................................................................
Pada khamis yang lepas, saya telah pergi ke pejabat pendaftaran
di Ruesselsheim untuk mendaftarkan diri sebagai penduduk di sini. Namun,
tidak seperti urusan rakan saya pada minggu sebelumnya, saya telah
berhadapan dengan masalah yang besar, iaitu kerakyatan saya terbatal
dan disuruh untuk meninggalkan German dalam masa seminggu. Pada
mulanya, saya agak sangsi dengan kenyataan pekerja itu. Namun setelah
dijelaskan untuk beberapa kali, saya cuma mampu menerima arahan
tersebut seperti menelan biji kopi.
Alasan kerakyatan saya terbatal ialah kerana saya telah mendaftar
keluar daripada Universiti lama di Duesseldorf yang bermaksud saya
telah pun menamatkan pengajian di situ. Sebenarnya salah satu
keperluan untuk menukar Universiti adalah mendaftar keluar daripada
Universiti yang asal. Malah sudah ramai pelajar-pelajar Malaysia di
sini yang telah menukar Universiti sebelum ini. Pihak JPA sendiri
tidak dapat menerima perkara ini tetapi tidak berjanji bahawa masalah
ini dapat diselesaikan.
Saya agak terkedu selepas keluar dari pejabat itu, kerana tidak dapat
membayangkan apa yang akan jadi sekiranya masalah ini tidak dapat
diselesaikan. Jadi saya mengambil sedikit masa untuk menenangkan
fikiran di taman bersebelahan pejabat tersebut, memikirkan tentang
masalah-masalah lain yang turut belum selesai. Alhamdulillah selepas
beberapa ketika saya dapat pulang ke rumah dengan hati yang tenang.
Keesokan harinya, saya cuba menghubungi Kak Siti yang bertanggungjawab
dalam hal ehwal pelajar di sini. Namun beliau tidak dapat dihubungi
dan saya membuat keputusan untuk terus ke pejabat JPA di Frankfurt
ditemani saudara Azri. Setelah sampai di sana, baru kami tahu bahawa
Kak Siti demam. Kami berbincang seketika dengan Encik Abdullah
Omar dan beliau berkata bahawa mereka akan cuba untuk
menyelesaikan perkara ini.
Hari ini saya dapat bersembang dengan Kak Siti tentang perkara ini.
Beliau meminta saya untuk scan dokumen-dokumen yang diberi
oleh pejabat pendaftaran tersebut dan juga no. contact. Selepas praktikal,
saya pergi ke pejabat pendaftaran tersebut sekali lagi, namun mereka
hanya menyuruh agar saya datang kembali pada Jumaat depan.
Pejabat bahagian pelajar-pelajar asing di Universiti juga tutup kerana
pekerjanya bercuti. Saya cuma berharap agar Kak Siti dan pihak JPA
berjaya menyelesaikan masalah ini. Insyaallah esok saya akan cuba
untuk berjumpa orang di pejabat, walaupun mereka tidak
bertanggungjawab tentang perkara ini.