Tuesday, October 20, 2009

Coretan

"Hai.. I was here yesterday. I'm here today to get a written letter
about the problem.."
kata saya memulakan perbualan.

"Oh.. Wait a second.."
balas pekerja wanita tersebut.

"Do u come here today with the flight ticket?"
tanya beliau sejurus selepas berbual dengan rakannya.

"Erm.. No. I only want a written letter to give to my sponsor and
university. Don't I still have another 4 days?"
balas saya.

"Sure.. Okay. U can wait outside and wait for the letter from
Herr Kubala.."
katanya mengakhiri perbualan.

...................................................................................................................................................

Pagi tadi saya keluar dari rumah sekitar jam 8.30 pagi untuk
menuju ke pejabat pendaftaran dan meminta surat bertulis mengenai
masalah ini seperti yang diminta oleh JPA. Di tengah perjalanan,
tiba-tiba penyewa saya menghantar SMS yang berbunyi lebih kurang seperti berikut :

"Hallo Herr Ahmad, bila nak bayar duit sewa?!
Sampai sekarang saya masih belum dapat lagi!"

Saya agak terpaku dengan SMS tersebut kerana saya telah pun
membayar sewa tersebut seminggu sebelumnya. Jadi kami pun berbalas
SMS dan ternyata dia tersilap memeriksa akaunnya, tetapi masih
akan menghubungi saya semula Jumaat ini. Sebenarnya bilik
tersebut masih belum dipindahkan ke nama saya secara rasmi. Jadi
sekarang saya cuma bayar kepada pemilik bilik itu dan menunggu
kontrak daripada tuan rumah. Tetapi sampai sekarang kontrak
masih belum sampai tetapi pemilik bilik tersebut masih mahu
menunggu kontrak tersebut.

Sampai sahaja di pejabat pendaftaran, saya berjumpa dengan pekerja
wanita yang sama. Selepas berbual seketika, dia menyerahkan
saya kepada rakannya, Herr Kubala. Orang agak ramai dan
waktu yang diambil untuk menyiapkan surat itu juga agak lama. Jadi
saya hanya duduk di luar sementara menunggu surat itu selesai
ditaip. Memang susah untuk cover perasaan di depan orang ramai.
Tiba-tiba terasa pandangan menjadi semakin kabur sebaik saja
Herr Kubala tersebut memberi surat tersebut dan menyuruh untuk
datang semula pada Jumaat ini bersama tiket pulang ke tanah air.

Jadi saya singgah sebentar di tepi sungai dan duduk untuk beberapa
ketika untuk menenangkan fikiran sebelum pulang ke rumah.
Alhamdulillah masalah komputer dah selesai. Terima kasih kepada
Apiz to da K. Scanner juga terpaksa dipinjam daripada Azri sebab
internet di bilik tidak dapat dimasuki (mungkin ada saki baki Virus
yang masih berendam). Dah lama saya tak hubungi keluarga
untuk mengelakkan mereka daripada tahu dan risau tentang
perkara ini. Tapi dah tau mesti diorang dah baca blog ni. Hehe.
Esok saya akan cuba pergi ke Student Service untuk meminta
nasihat tentang perkara ini. Mudah-mudahan masih ada peluang.

6 comments:

Anonymous said...

Allah memilih sesiapa yg dikhendaki utk menghadapi ujian2 di dunia. Semuanya utk menguji iman manusia. Semoga segala urusan kau dipermudahkan Allah. Pasti ada hikmahnya. Cuma selagi masih boleh berbuat sesuatu,buatlah dan jgn berputus asa okay...

-pembaca blog kuih2 yg anonymous-

chokio_nia said...

hurmmm..ne bukan doa..tapi kalo taleh setel cane??

dextrike said...

dek, doa + sabar yeh byk2.. insyaallah..

mnm said...

Smua masalah ada jalan penyelesaian kan..cuma kena tabah la sblum smuanya selesai..be strong k!
InsyaAllah smua akan ok..=)
~hwaiting..!!~

Frida said...

Jangan takut, jangan menggelabah. Allah never promised that bad things will never happened to you, but His promise is that He will always be with you through everything. Doa byk2 na.

Ahmad bin Ariffin said...

terima kasih semua..insyaallah.. esok baru tau keputusan.

Related Posts with Thumbnails