Thursday, October 22, 2009

Esok

Esok merupakan temujanji terakhir di pejabat pendaftaran. Banyak
perkara berlaku dalam 2 hari yang lepas. Alhamdulillah ada
rakan-rakan yang banyak memberikan idea dan sokongan =)

Kelmarin atas nasihat beberapa orang rakan, saya cuba
menghubungi Konsulat German, iaitu Encik Saiful Azam,
dengan harapan beliau dapat memberikan nasihat / pandangan.
Sebaliknya beliau hanya memberi kuliah yang agak menusuk kalbu.
Keesokan harinya, saya berbual dengan Kak Siti dan Encik Asari
daripada pihak JPA berkenaan masalah ini. Mereka berkata bahawa
pihak German sendiri pelik dengan perkara ini dan menganggapnya
sebagai tindakan yang janggal.

Tetapi tidak apa yang boleh dibuat, kerana kebetulan sistem
pendaftaran di German berlainan mengikut negeri, dan sistem
pendaftaran di tempat saya iaitu Hessen agak ketat. Pelajar-pelajar
lain yang pindah universiti baru-baru ini tidak mengalami
masalah kerana mereka menetap di negeri lain. Tetapi menurut
JPA, mungkin pihak imigresen boleh memanjangkan tempoh lagi
2 minggu, untuk saya menyelesaikan beberapa perkara sebelum
keluar dari German.

Arahan sebenar ialah saya perlu ke pejabar imigresen esok
bersama tiket keluar dari German. Namun perkara menjadi lebih
rumit kerana saya perlu mengambil kira pandangan serta
arahan daripada JPA memandangkan saya masih beradal dalam
kontrak. Jadi saya tidak memboleh membuat apa-apa keputusan
atau membeli tiket, selagi belum ada kata putus daripada mereka,
sehinggalah ke malam ini.

Semalam Encik Asari mencadangkan agar saya bercuti selama
1 semester tanpa elaun. Manakala Kak Siti menyuruh saya ke
Kampus Utama di Wiesbaden untuk bertemu Frau Fiedler yang
menjaga pelajar. Namun beliau juga tidak mempunyai penyelesaian
untuk perkara ini dan menyuruh berjumpa Herr Krauß. Namun
beliau tidak dapat dijumpai.

Saya menghubungi Baba dan Mama di Malaysia untuk
menceritakan hal ini. Kesian diorang risau. Huhu. Baba mencadangkan
agar saya memberi Idea kepada JPA, supaya saya cuma keluar dari
German dan singgah di UK tinggal bersama makcik saya selama
dua tiga bulan sementara menunggu urusan Visa selesai. Kerana
kos dapat dijimatkan berbanding pulang ke Malaysia dan UK
adalah negara komanwel yang tidak memerlukan Visa malah
lebih dekat dengan German.

Esok saya akan cuba membuat rayuan untuk memanjangkan
sedikit lagi tempoh untuk menetap di sini untuk menguruskan
sedikit hal-hal peribadi dan juga tiket. Menurut JPA, mereka
sudah pun meminta bantuan daripada kerajaan negeri untuk
kelulusan pemanjangan tempoh tersebut. Jadi saya berharap
agar jabatan imigresen tersebut tidak terlalu berkeras
hati seperti biasa. Esok ada praktikal Werkstoff sebenarnya. Huu
dah pasti terpaksa drop 1 subjek untuk semester ni.

5 comments:

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

Banyak tul dugaan hidup kat negara orang kan...haih..sabar jerla mad..I doakan u berjaya dalam apa pun yang u decide..alles gute yeah!!

Anonymous said...

Banyakkan berzikir dan berdoa.Insyallah semuanya akan dipermudahkan.Memang betul dugaan kat negeri orang memang sangat mencabar.Bawa bersabar dan bertawakkal ye.All the best~

chokio_nia said...

hurmmm..smgoga urusan ko dipermudahkan..kecot gak perot aku bace ne..

dextrike said...

uiskk, akak mcm terkejut nabil nieh komen blog mad.. act bru je tgk blog die.. huhu.. mad, sabar banyak2 tau.. n pk stiap ape yg jd, ada hikmah nye.. :)

Ahmad bin Ariffin said...

nabeyl - tula..nanti korg dtg pastikan semua in ordnung okay? hehe..thanks a lot for your concern =)

anonymous - time kasih anonymous..tula solution yg terbaik sbnrnya.insyaallah =)

choco nia - huhu..sy pun kecot jgk perut ni..insyaallah nanti sy update lagi ttg mslh ni.

kak dayah - hehe..dia femes kan? em mekasih kak..time kasih sbb ambik berat ttg mslh sy ni.huhu..aah pasti ada hikmahnya =)

Related Posts with Thumbnails