Friday, November 27, 2009

Random

Hari Raya Aidilfitri 2009 dan di taman berdekatan Marktplatz
(kredit kepada kamera Azri)

Taman di Marktplatz.

Kolam dan air pancut yang sebenarnya ada banyak itik,
tapi mereka segan dengan abang-abang kacak.

Di rumah konsulat (alamak tak sengaja tersedondon dengan
Lisa, jangan marah ya Faris).

tak ingat nak pegi mana..huhu.

Thursday, November 26, 2009

Diari Minggu Ini

"Sian Liya, baru nak tidur.. Ramai plk org datang.."
kata saya sebaik saja duduk di sebelah Liya.

"Liya lagi selesa kalau ramai orang.. Bising2 sikit, lagi
syok dia tidur.."

kata Kak Liza.

..........................................................................................................................................

1. Kelmarin saya, Faris, Azri, Fadhilah, dan Kamil pergi melawat
Kak Liza di Niddastraße kerana hari jadinya dan juga untuk melawat
Liya yang baru sahaja berumur genap sebulan semalam. Alhamdulillah
Liya dan Kak Liza nampak sihat, cuma Mat yang masih lagi kurang
sihat. Sebelum pergi, Fadhilah sempat membuat Kuih Bakar Jagung.
Jadi saya mengambil kesempatan tersebut untuk belajar daripada
beliau. Insyaallah nanti kalau ada peluang saya akan cuba buat.
Tidaklah susah mana membuatnya, bahan-bahan pun mudah
didapati. Cuma nak angkut Microwave Oven dari Media Markt
sahaja yang susah.

2. Petang semalam saya dan rakan-rakan pergi bermain Badminton
selama sekitar 2 jam di Godesbergestraße. Zuhaili juga datang dari
Bingen. Cuaca agak baik semalam. Tidak terlalu sejuk dan
tidak terlalu lembab. Suam-suam kuku sahaja. Selepas itu saya
singgah sebentar di Rewe dan Asia Market untuk membeli sedikit
barang harian dan juga bahan-bahan untuk membuat nasi
lemak. Saya dan Azri juga mendapat pengalaman yang menarik,
iaitu menaiki bas yang salah dan telah termakan angin selama
sejam. Malahan telah berhenti 2 stesen awal sebelum sampai
di stesen yang sebenar.

3. Tadi saya tertidur sebentar selepas waktu Isyak (waa tidur lewat
la
malam ni. Esok dah la kelas awal pagi). Selepas bangun saya
pergi membeli telur yang semalam sudah habis di kedai. Alhamdulillah
malam ni Umar dan Hilmi yang masak. Fadhilah pula membuat
Kastard dan Kuah Coktail sebagai desert. Memang gembira perut
saya hari ini kerana rezeki yang berlebihan.

....................................................................................................................................

Antara gambar-gambar nasi lemak semalam :


Nasi yang dimasak bersama santan, halia, dan bawang putih

Ikan bilis yang dipancing di tepi sungai Rhein

Ajak-ajak ayam, tetapi telurnya yang datang

Sambal special daripada Saudara Azri

Air Sedap

Kicap cap kipas udang yang sentiasa nampak macam nak
habis tapi tak habis-habis

Kacang goreng buatan Kak Fadhilah orang JB

Ayam hasil buatan Walid dan Kamil

Timun tidak ada kerana timun yang disangka-sangka di dalam
peti sejuk rupanya adalah Zucchini. Harapkan timun,
timun makan zucchini ya.

Wednesday, November 25, 2009

Allah knows

It is one of my favourite songs since quite a long time ago. Cause
the lyrics are very meaningful and just calming. Singing and
understanding the lyrics makes the pain go away. When there are
so many problems and no one understands, it reminds me
that Allah knows everything =)

I couldn't sleep last night, so I tried to make a record of the song.
Below are the video and the lyrics :

video

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS

BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
And every word I share,
Every thought I have, He knows.
Allah knows

Monday, November 23, 2009

Tafsir

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada
syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan
untuk orang-orang yang bertakwa..


(Yaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang
maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya
dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang
yang berbuat kebajikan..


Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan
keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah,
lalu memohon ampun terhadap dosa mereka - dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan
mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang
mereka mengetahui.
.

Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan
syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka
kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala
orang-orang yang beramal.."


(Al-Imran : 133 - 136)

Sunday, November 22, 2009

Diari Minggu Ini

Rasanya dah lama saya tak update tentang perkembangan diri di
sini. Memang banyak benda yang ingin dikongsi dan disimpan di
sini sebagai diari dan bahan untuk muhasabah diri kelak, namun
saya masih belum kuat untuk menasihatkan diri supaya
kurangkan masa untuk benda-benda yang kurang berfaedah.

....................................................................................................................................

1. Kelmarin saudara Zuhaili dari Bingen datang untuk main
badminton bersama-sama kami di sini. Disebabkan masalah
keretapi, beliau terpaksa tunggu dalam kesejukan selama
1 jam suku di Mainz Hauptbahnhof (huhu memang sejuk malam tu).
Takpa minggu depan aku pi tempat hang pulak na Zu.

2. Esoknya kami pergi ke Restoran Bengal di Mainz. Dengar kata
restoran ni menjadi tempat kegemaran Students Bingen. Sedap?
Alhamdulillah, okay la kan. Cuma hidangannya agak sikit bila
dibandingkan dengan harga. Tapi tidak mengapa, kerana
Visa Mastercard sentiasa menemani (poyo sahaja, sebenarnya
saya tidak pernah memiliki Kad Kredit)
. Selepas itu, kami solat
di Masjid Mainz dan terus pulang ke rumah.

3. Malamnya saya telah menonton filem 2012 di Cinema
Hauptwache bersama lebih kurang 10 orang rakan-rakan yang lain
di sekitar Frankfurt. Ini adalah kali ke-3 saya menonton wayang
di Germany sejak tahun lepas. Cuma kali ini saya tidak tidur
semasa menonton. Mungkin kerana di sini filem english kurang
mendapat sambutan. Jadi wayang agak lengang dan
membuatkan suasana agak sepi. Tetapi semalam mungkin
disebabkan filem Box Office yang membuatkannya
mendapat sambutan.

4. Pada hari Jumaat yang lepas, serunding yang dihantar oleh
Kak Ba dengan bantuan saudara Wan Ihsan sebagai posmen
telah selamat sampai (yeaa.. time kasih banyak Kak Ba dan
Abg Naim). Saya terlalu gembira dengan kehadiran serunding
tersebut sehingga termandi 2 kali pada hari itu.

5. Pada Jumaat yang lepas juga, 4 daripada 5 sesi makmal untuk
subjek Werkstoff telah tamat. Sesi selama sekitar 8 jam itu agak
memenatkan. Sepatutnya giliran kumpulan saya ialah pada 3
minggu yang lepas. Namun disebabkan saya ada temujanji di
pejabat imigresen, jadi temujanji lain terpaksa dibuat. Alhamdulillah
tiada masalah untuk membuat temujanji tersebut. Pensyarah untuk
subjek ini juga sangat baik.

6. Tadi simen yang menampal gigi depan kanan saya telah
tertanggal semasa sedang makan. Sudah kali kedua perkara ini
berlaku. Sebenarnya gigi kanan depan saya telah pecah separuh
semasa saya berumur 7 tahun. Sehinggalah di MRSM Beseri
semasa saya di tingkatan 4, ada rawatan gigi percuma yang
diberikan kepada para pelajar. Saya sangat gembira kerana bahagian
yang pecah itu telah ditampal dan sejak itu saya boleh tersenyum
dengan yakin. Namu semasa tingkatan 5, simen itu telah pecah juga
semasa sedang makan. Jadi saya telah pergi ke klinik gigi lagi
sekali untuk menampalnya sebelum ke German. Terasa
kehilangan bila nikmat ditarik. Semasa gigi cantik, jarang
sekali saya terasa untuk bersyukur di atas pemberian tersebut.
Sudah fitrah manusia mudah lupa dan cuma lebih teringat kepada
Allah semasa susah. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat gigi
yang daku ada sekarang.

...................................................................................................................................

(semasa ke Mainz dan di Restoran Bengal)


Friday, November 13, 2009

Random

Nemsyi mai Frankfurt

(6 - 8 November 2009)

Terima kasih kepada Nemsyi (Nazmi) yang bersusah payah datang
dari Hamburg tempohari dengan niat asal untuk menghantar saya
pulang ke Malaysia. Oleh kerana saya tidak jadi pulang ke Malaysia,
saya dan rakan-rakan di Rüsselsheim membawa beliau berjalan-jalan
di sekitar Frankfurt dan masak Nasi Ayam bersama-sama
pada malam kedua. Nanti bila-bila mai lagi na =)

................................................................................................................................


Wednesday, November 11, 2009

Alhamdulillah


video

Pada 5 November hari Khamis yang lepas, saya telah bersembang
seketika dengan Kak Ya (kakak saya yang sulung) untuk
mengkhabarkan kepada beliau mengenai masalah saya yang dapat
diselesaikan di sini. Di akhir perbualan tersebut, beliau telah
menasihatkan saya untuk bermain lagu nasyid dan membuat
request untuk lagu daripada Opick.

Jadi video di atas adalah hasil daripada percubaan tersebut. Tidak
sama seperti Opick dan Amanda (saya juga tidak pandai membuat
2 suara serentak) seperti di dalam lagu asal, tapi harap okay la na =)
Yang penting lirik lagu ni yang mudah tapi bermakna.

......................................................................................................................................

p/s : Lagu Alhamdulillah ini asalnya dinyanyikan oleh Opick dan
Amanda dan merupakan Soundtrack untuk drama
Anakku bukan Anakku.

Saturday, November 7, 2009

Alhamdulillah

"Hallo.. Guten Morgen, ich habe mein Flugticket heute mitgebracht.
Der Abflug ist morgen. Darf ich heute meine Passe heute zurückhaben?",
tanya saya kepada salah seorang pekerja yang bertugas di
Pejabat Imigresen semalam.

"Aber wofür möchten Sie nach Ausland?",
tanya beliau kembali.

"Erm.. Zur Erneuerung meines Visums. Ich hab letztes Mal
Problem mit meinem Aufenthalt",
balas saya kurang konfiden.

"Können Sie mal kurz draußen warten? Ich kläre erst mal mit
meinen Kollegen ab",
kata beliau lagi.

Jadi saya menunggu sekitar 5 minit di luar pejabat tersebut dan
dipanggil semula ke dalam.

"Alles ist schon erledigt",
katanya pendek.

"Also, brauche nicht mehr nach Heimat zurückzufliegen?",
tanya saya, kurang percaya.

"Ja",
balasnya pendek. Namun cukup besar ertinya bagi saya.

Selepas mengucapkan terima kasih, saya meminta diri untuk
menuju ke Pejabat JPA di Frankfurt kerana ada temujanji
dengan Encik Asa'ari.

.........................................................................................................................................

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah ke Pejabat Imigresen Rüsselsheim
untuk meminta Passport saya kembali, kerana Passport diperlukan
untuk pulang ke Malaysia. Tempoh yang diberikan oleh mereka
juga berbaki sekitar seminggu lagi. Namun, pekerja tersebut berkata
bahawa saya perlu menunjukkan kepada mereka tiket pulang terlebih
dahulu sebagai syarat untuk mendapatkan kembali Passport tersebut.

Jadi pada Ahad yang lepas, saya telah pergi ke Airport Frankfurt
untuk membeli tiket ditemani saudara Azri. Terima kasih diucapkan
kepada beliau kerana tolong cucuk duit : duit yang saya mampu
keluarkan hanyalah 300 sehari dan 600 seminggu. Berdasarkan dialog
ringkas di atas, saya telah membawa tiket tersebut kelmarin ke
Pejabat Pendaftaran.

Kebetulan orang yang berurusan dengan saya sebelum ini tiada di
pejabat, jadi saya pergi ke bilik sebelah dan berbincang dengan
pekerja yang lain. Alhamdulillah tanpa disangka-sangka, dalam
masa 10 minit masalah saya dapat diselesaikan dan saya tidak
perlu balik ke Malaysia semalam.

Selepas itu saya terus menuju ke Pejabat JPA di Frankfurt untuk
berjumpa Encik Asa'ari (konsul JPA di sini) seperti yang telah
ditetapkan sehari sebelumnya. Beliau dan pegawai-pegawai JPA
yang lain turut suka hati dengan berita tersebut.

Alhamdulillah. Terima kasih banyak saya ucapkan kepada Pihak JPA
terutamanya Kak Siti, Kak Suharti, dan juga Encik Asa'ari kerana
cuba untuk menolong saya tempohari. Terima kasih juga kepada
keluarga, saudara-mara, dan juga rakan-rakan yang mengambil
tahu tentang perkara ini dan mendoakan =)

Sunday, November 1, 2009

Random

Liya Raihany

Tahniah kepada Mat dan Kak Liza atas cahaya mata yang pertama ni.
Semoga Liya jadi anak yang solehah kelak =)

........................................................................................................................................



Related Posts with Thumbnails