Saturday, November 7, 2009

Alhamdulillah

"Hallo.. Guten Morgen, ich habe mein Flugticket heute mitgebracht.
Der Abflug ist morgen. Darf ich heute meine Passe heute zurückhaben?",
tanya saya kepada salah seorang pekerja yang bertugas di
Pejabat Imigresen semalam.

"Aber wofür möchten Sie nach Ausland?",
tanya beliau kembali.

"Erm.. Zur Erneuerung meines Visums. Ich hab letztes Mal
Problem mit meinem Aufenthalt",
balas saya kurang konfiden.

"Können Sie mal kurz draußen warten? Ich kläre erst mal mit
meinen Kollegen ab",
kata beliau lagi.

Jadi saya menunggu sekitar 5 minit di luar pejabat tersebut dan
dipanggil semula ke dalam.

"Alles ist schon erledigt",
katanya pendek.

"Also, brauche nicht mehr nach Heimat zurückzufliegen?",
tanya saya, kurang percaya.

"Ja",
balasnya pendek. Namun cukup besar ertinya bagi saya.

Selepas mengucapkan terima kasih, saya meminta diri untuk
menuju ke Pejabat JPA di Frankfurt kerana ada temujanji
dengan Encik Asa'ari.

.........................................................................................................................................

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah ke Pejabat Imigresen Rüsselsheim
untuk meminta Passport saya kembali, kerana Passport diperlukan
untuk pulang ke Malaysia. Tempoh yang diberikan oleh mereka
juga berbaki sekitar seminggu lagi. Namun, pekerja tersebut berkata
bahawa saya perlu menunjukkan kepada mereka tiket pulang terlebih
dahulu sebagai syarat untuk mendapatkan kembali Passport tersebut.

Jadi pada Ahad yang lepas, saya telah pergi ke Airport Frankfurt
untuk membeli tiket ditemani saudara Azri. Terima kasih diucapkan
kepada beliau kerana tolong cucuk duit : duit yang saya mampu
keluarkan hanyalah 300 sehari dan 600 seminggu. Berdasarkan dialog
ringkas di atas, saya telah membawa tiket tersebut kelmarin ke
Pejabat Pendaftaran.

Kebetulan orang yang berurusan dengan saya sebelum ini tiada di
pejabat, jadi saya pergi ke bilik sebelah dan berbincang dengan
pekerja yang lain. Alhamdulillah tanpa disangka-sangka, dalam
masa 10 minit masalah saya dapat diselesaikan dan saya tidak
perlu balik ke Malaysia semalam.

Selepas itu saya terus menuju ke Pejabat JPA di Frankfurt untuk
berjumpa Encik Asa'ari (konsul JPA di sini) seperti yang telah
ditetapkan sehari sebelumnya. Beliau dan pegawai-pegawai JPA
yang lain turut suka hati dengan berita tersebut.

Alhamdulillah. Terima kasih banyak saya ucapkan kepada Pihak JPA
terutamanya Kak Siti, Kak Suharti, dan juga Encik Asa'ari kerana
cuba untuk menolong saya tempohari. Terima kasih juga kepada
keluarga, saudara-mara, dan juga rakan-rakan yang mengambil
tahu tentang perkara ini dan mendoakan =)

9 comments:

Anonymous said...

=)

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

Alhamdullillah...best dgr ur problem dah solve..

Ahmad bin Ariffin said...

=) alhamdulillah..thanks nabil..all the best jgk utk paper2 terakhir ni..aku tunggu ko kat sini.hehe.

Uncle said...

huh.komplikated tul probs ko mad.ok la dh selesai.

Ahmad bin Ariffin said...

kompliketed jgk..hehe.tapi alhamdulillah la dah selesai..siap dah beli tiket balik lagi.

dextrike said...

dek, akak bce dah.. komen, tp xleh post.. internet sgt2 prob.. ape2 pon syukur alhamdulillah.. akhirnye kan? :) tahniah tau! :):)

fatimahismail said...

alhamdulillah prob dah settle...pasni study bebetol..pengalaman yg takde pada org lain la kot..

Ariffin Saidin said...

Baba baru balik dari China pagi tadi. Alhamdulillah, syukor , problem dah settle. Next is to concentrate yr study. Salam from mama.

Ahmad bin Ariffin said...

kak dayah - haah..alhamdulillah.akhirnya selesai jgk kat sini.hehe..time kasih kak.

fatimah - alhamdulillah..haah betul tu.. =) insyaallah..

baba - aalhamdulillah..hehe.skjpnya baba pegi china.wsalam..

Related Posts with Thumbnails