Sunday, November 22, 2009

Diari Minggu Ini

Rasanya dah lama saya tak update tentang perkembangan diri di
sini. Memang banyak benda yang ingin dikongsi dan disimpan di
sini sebagai diari dan bahan untuk muhasabah diri kelak, namun
saya masih belum kuat untuk menasihatkan diri supaya
kurangkan masa untuk benda-benda yang kurang berfaedah.

....................................................................................................................................

1. Kelmarin saudara Zuhaili dari Bingen datang untuk main
badminton bersama-sama kami di sini. Disebabkan masalah
keretapi, beliau terpaksa tunggu dalam kesejukan selama
1 jam suku di Mainz Hauptbahnhof (huhu memang sejuk malam tu).
Takpa minggu depan aku pi tempat hang pulak na Zu.

2. Esoknya kami pergi ke Restoran Bengal di Mainz. Dengar kata
restoran ni menjadi tempat kegemaran Students Bingen. Sedap?
Alhamdulillah, okay la kan. Cuma hidangannya agak sikit bila
dibandingkan dengan harga. Tapi tidak mengapa, kerana
Visa Mastercard sentiasa menemani (poyo sahaja, sebenarnya
saya tidak pernah memiliki Kad Kredit)
. Selepas itu, kami solat
di Masjid Mainz dan terus pulang ke rumah.

3. Malamnya saya telah menonton filem 2012 di Cinema
Hauptwache bersama lebih kurang 10 orang rakan-rakan yang lain
di sekitar Frankfurt. Ini adalah kali ke-3 saya menonton wayang
di Germany sejak tahun lepas. Cuma kali ini saya tidak tidur
semasa menonton. Mungkin kerana di sini filem english kurang
mendapat sambutan. Jadi wayang agak lengang dan
membuatkan suasana agak sepi. Tetapi semalam mungkin
disebabkan filem Box Office yang membuatkannya
mendapat sambutan.

4. Pada hari Jumaat yang lepas, serunding yang dihantar oleh
Kak Ba dengan bantuan saudara Wan Ihsan sebagai posmen
telah selamat sampai (yeaa.. time kasih banyak Kak Ba dan
Abg Naim). Saya terlalu gembira dengan kehadiran serunding
tersebut sehingga termandi 2 kali pada hari itu.

5. Pada Jumaat yang lepas juga, 4 daripada 5 sesi makmal untuk
subjek Werkstoff telah tamat. Sesi selama sekitar 8 jam itu agak
memenatkan. Sepatutnya giliran kumpulan saya ialah pada 3
minggu yang lepas. Namun disebabkan saya ada temujanji di
pejabat imigresen, jadi temujanji lain terpaksa dibuat. Alhamdulillah
tiada masalah untuk membuat temujanji tersebut. Pensyarah untuk
subjek ini juga sangat baik.

6. Tadi simen yang menampal gigi depan kanan saya telah
tertanggal semasa sedang makan. Sudah kali kedua perkara ini
berlaku. Sebenarnya gigi kanan depan saya telah pecah separuh
semasa saya berumur 7 tahun. Sehinggalah di MRSM Beseri
semasa saya di tingkatan 4, ada rawatan gigi percuma yang
diberikan kepada para pelajar. Saya sangat gembira kerana bahagian
yang pecah itu telah ditampal dan sejak itu saya boleh tersenyum
dengan yakin. Namu semasa tingkatan 5, simen itu telah pecah juga
semasa sedang makan. Jadi saya telah pergi ke klinik gigi lagi
sekali untuk menampalnya sebelum ke German. Terasa
kehilangan bila nikmat ditarik. Semasa gigi cantik, jarang
sekali saya terasa untuk bersyukur di atas pemberian tersebut.
Sudah fitrah manusia mudah lupa dan cuma lebih teringat kepada
Allah semasa susah. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat gigi
yang daku ada sekarang.

...................................................................................................................................

(semasa ke Mainz dan di Restoran Bengal)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails