Sunday, December 5, 2010

Mesej

"Waah.. Bestnya! Nampak cool.."

"Hmm.. That actually makes sense.."

"Huu.. Sedih.. Lepas ni aku mesti bantu golongan yang susah.. Isk3"

"I want that thing"


Poster iklan motivasi

Poster iklan daripada Nissan

Kenal dengan reaksi dan kata-kata di atas? Itulah sebenarnya matlamat yang
ingin dicapai oleh pembuat-pembuat iklan bermula daripada iklan kasut
hinggalah ke iklan menanamkan semangat nasionalisme. Poster atau video. Jika
mesej ini tertanam di dalam fikiran kita ataupun terkeluar daripada mulut yang
melihat, maka mereka dikira berjaya.
.......................................................................................................................................

Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perkara yang saya sedar
dan perhatikan daripada benda yang sangat tak asing dalam kehidupan kita
kini iaitu : Berita, iklan, lagu dan filem.

Dalam kesemua benda di atas mengandungi mesej. Dan sasaran
penerima-penerima mesej tersebut ialah kita sendiri. Sebenarnya
saya sangat berminat dan tertarik dengan bidang-bidang ini. Kenapa?
Kerana mesej adalah perkara yang sangat subjektif, tidak dapat
ditunjukkan melalui kata-kata, dan berbeza-beza mengikut individu
dan cara pemikiran.

Perkara yang paling kuat mempengaruhi seseorang secara fizikal dan mental
adalah cara pemikirannya. Kadang-kadang paksaan sekerasnya tetap
tidak membantu sekiranya jiwa dan fikiran seseorang sudah tekad. Dengan
fikiran, seseorang boleh melakukan sesuatu di luar batasan. Orang yang
sedang takut, mampu berlari sekuat hati dan memiliki kekuatan yang
luar biasa. Orang yang buat sesuatu kerana orang yang dicintainya,
mampu melakukan perkara tersebut dengan cekal dan tidak mudah putus
asa.

Inilah yang menjadi matlamat kepada para pengeluar berita, iklan, filem,
mahupun pembuat lagu. Semuanya mempunyai mesej-mesej tersendiri
yang ingin ditanamkan di dalam hati para penerima barang mereka. Tidak
kira samada mesej tersebut baik atau tidak, ianya tetap akan mengubah
personaliti, persepsi dan cara pemikiran penerima terhadap sesuatu.
Sukar untuk dipercayai mengenai betapa halus dan diamnya manusia
sekarang boleh berubah secara mental dan fizikal tanpa mereka
sendiri sedari.

Cara untuk mengesan mesej-mesej ini adalah dengan memikirkan
tentang bagaimana kita sekarang. Bagaimana kita hidup?
Apa yang kita pakai? Apa yang kita makan? Apa persepsi kita terhadap
perkara ini dan perkara itu? Seterusnya fikirkanlah secara mendalam
bagaimana secara logiknya kita boleh terdorong kepada semua
perkara-perkara tersebut. Semuanya datang daripada mesej-mesej
yang kita dapat sejak lahir sehinggalah saat kita berfikir.

Contoh :

iklan (a) Belilah kasut ni

iklan (b) Kasut ini sangat selesa dan bergaya. Walaupun agak mahal,
tetapi buatannya sangat berkualiti. Jika anda memakai kasut ini,
semua orang akan kagum.

Adakah (a) atau (b) yang lebih meyakinkan seseorang untuk membeli
dan memiliki kasut yang diiklankan? Malah di dalam iklan (b), kita
langsung tak disuruh untuk membeli kasut tersebut. Tetapi itulah cara
pujukan yang biasa digunakan. Mesej utama disembunyikan disebalik
kata-kata yang meyakinkan.


Saya berminat untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian sekadar
muhasabah supaya menjadi lebih kuat dan berjaga-jaga dengan
mesej-mesej yang sentiasa berada di sekeliling kita. Ambillah mesej yang
jernih dan buang mesej yang keruh :) Semoga Allah sentiasa
memelihara kita semua daripada perkara yang boleh merosakkan
pemikiran kita yang boleh memberi kesan kepada iman dan cara hidup
kita sebagai muslim.

Thursday, December 2, 2010

Random

Mahar Zain live in Germany
(7.11.2010 : Essen Theater)


Sunday, November 28, 2010

Diari Minggu Ini

1) Musim sejuk sudah bermula, dan seperti tahun lepas ianya kelihatan agak
ekstrem apabila salji sudah turun seawal bulan November. Jika betul seperti
statistik, mungkin musim sejuk kali ini lebih ekstrem berbanding tahun lepas. Saya
masih ingat bagaimana rasanya apabila kaki dan tangan sudah tidak terasa
dalam suhu -15 celsius. Jadi saya sangat risau apabila sudah rasa sangat sejuk pada
suhu sekitar -2 celsius. Bagaimana pula jika suhu pada musim sejuk kali ini
lebih rendah dari tahun lepas? Huhu. InsyaAllah saya akan update dari masa ke
semasa. Setakat ini masih okay.

Ramalan cuaca minggu ini

Dari tingkap bilik

2) Semalam saya dan rakan-rakan dari Russelsheim pergi ke Bingen atas
jemputan daripada rakan-rakan di sana. Ada makan-makan. Tak silap saya
sempena Raya Haji baru-baru ini. Dan juga hari jadi cik Azwa Laila. Makanan
yang mereka sediakan juga sangat melampaui batas sedapnya. Saya sangat
terkejut dengan tahap kesedapan popia ayam dari Coburg dan juga kek coklat
Bingen. Sampai sekarang saya masih tidak percaya.

3) Pada selasa yang lepas, 3 orang brothers dari London datang ke German
untuk melawat rakan-rakan di sini. Aizat, Shah, dan Waqi. Mereka tinggal di sini
hingga Jumaat dan teruskan ke Aschafenburg dan Friedberg. Terima kasih di
atas keprihatinan kalian semua. Semoga semangat terus kekal dan Allah
redha di dunia dan akhirat.

4) Saya dan beberapa rakan-rakan lain di sini ada berbincang untuk membuat
sebuah program sempena cuti krismas nanti iaitu "Mein Winter" di selatan
German. InsyaAllah ia akan berlangsung selama 4 hari 3 malam dan ada Ustaz
yang dijemput dari Malaysia iaitu Ustaz Haji Mohd Lokman bin Dato
Awang yang juga merupakan YDP Ikram Terengganu. Antara aktiviti yang
menarik ialah cabaran pelajar di luar negara dan juga ski. Alhamdulillah ada
dapat sponsor daripada Malaysian German Student Society (MGSS) dan
juga MARAKUMPEL. Semoga semuanya berjalan lancar nanti.

5) Athirah akan datang ke sini pada 19 December hinggan 3 Januari nanti :)
InsyaAllah kami akan pegi ke aktiviti Mein Winter ini nanti bersama. Saya
dan Athirah selamat sah menjadi suami isteri pada 14 September yang lepas
semasa cuti musim panas. Walaupun berjauhan, tapi alhamdulillah saya rasa
lebih selamat dan tenang dalam zaman yang penuh fitnah dan sangat mencabar
ini. Semuanya berlaku dengan agak pantas. Semoga kami terus dipelihara
dalam lindungan Allah.

=)

6) Jika tiada aral melintang, saya akan mengambil 10 subjek pada semester
ini. Peperiksaan akan bermula bulan Februari nanti. Tinggal sekitar 2 bulan masa
untuk bersedia. Waah.

Saturday, November 27, 2010

Allah.. Allah..

Sunday, October 24, 2010


Sometimes I just felt like what Allah gives me throughout this
life is too much for a weak person like me..
Hope that Allah always guides and helps me all the
way till my death..

Tuesday, October 12, 2010

Random

Daurah Murabbi
(Darmstadt : 8 - 10 Oktober 2010)




Tuesday, September 7, 2010

Diari Minggu Ini

Assalamualaikum semua. Moga semua puasa penuh dalam bulan puasa
kali ini. Jangan jadi seperti saya semasa kecil dulu yang selalu curi makan
kek Apollo di dapur ya.

1) Sudah lebih 2 minggu saya berada di Sungai Petani, iaitu tempat
tinggal asal saya sebelum berpindah ke Setiawangsa pada 2 tahun yang
lepas. Memang terasa bezanya bila meluangkan masa cuti di sini berbanding
di Kuala Lumpur. Walaupun saya lebih ramai kenalan yang tinggal di Kuala
Lumpur, tetapi oleh kerana sudah lebih 10 tahun menetap di Kedah,
maka Kedah tetap di hati. Tambahan Kedah pula mula maju bermula tahun
ini, bertepatan dengan slogan Kedah - "Kedah maju 2010"

2) Surau Syakirin di kawasan perumahan saya iaitu Bandar Perdana
ini juga telah banyak mengalami perubahan. Antaranya ialah sistem
bunyi, kipas, dan penyelenggaraan. Jumlah orang yang datang ke surau
untuk terawih pada Ramadhan ini juga lebih banyak berbanding
tahun lepas.

3) Oleh kerana rumah saya di Sungai Petani ini agak lama ditinggalkan, jadi
agak banyak benda yang harus dibaiki dan dikemaskan. Alhamdulillah
setakat ini sudah agak banyak benda yang sudah selesai.

4) InsyaAllah raya tahun ni semua ahli keluarga saya akan ada kecuali
Kak Nahdia dan Abang Urwah sekeluarga yang menyambut raya di
Jordan selepas membuat umrah.

5) Selamat hari raya kepada semua rakan-rakan serta para pengunjung
blog kuih-kuih yang budiman sekalian. Moga kita diberi kekuatan untuk
membuat puasa 6 hari di dalam bulan Syawal yang akan datang :)

Maein & Naufa di Parkson

Bundle !

Naufa kat bilik Pacik Amad

Wednesday, September 1, 2010

Random

Origami bersama Hana, Marwan dan 'Izz
(18 Ogos 2010)



Tuesday, August 24, 2010

Cinta tertinggi

Firman Allah SWT :

"Katakanlah (wahai Muhammad SAW), jika bapa-bapa kamu, anak-anak

kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (suami-suami) kamu, kaum
keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang
kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang
kamu sukai menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada
Allah dan rasul-Nya maka tunggulah sehingga Allah
SWT
mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya). Kerana Allah SWT

tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasiq (derhaka)"

(at-Taubah : 24)

Ayat ini menunjukkan kepentingan dan kewajipan menjadikan Allah swt
dan Rasulullah saw sebagai yang paling kita cintai sebelum
perkara-perkara lain.


...........................................................................................................................................

Dengan dunia yang semakin mencabar dugaannya, semakin besar usaha
yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara
lain selain daripada Allah swt dan Muhammad saw daripada mengambil
bahagian yang besar tempat di dalam hati kita. Tapi bagaimana?

Ada beberapa cara yang mungkin boleh kita amalkan untuk mengekalkan
kebesaran dan rasa cinta terhadap Allah swt dan Rasulullah saw :

1) Apa yang kita dengar, lihat, dan cakap setiap hari adalah
perkara yang paling banyak mempengaruhi hati dan pemikiran kita.
Semakin banyak kita bercakap, mendengar, dan melihat sesuatu
perkara maka makin bertambah cinta kita terhadap perkara itu. Maka
kita harus membiasakan diri sentiasa mendengar, melihat, dan bercakap
tentang perkara-perkara yang boleh meningkatkan rasa cinta kita terhadap
Allah swt dan Rasulullah saw, agar cinta kita terhadap Allah swt dan
Rasulullah saw di dalam hati kita sentiasa terpelihara.

2) Banyakkan berfikir tentang nikmat-nikmat Allah swt yang tidak terhingga
agar kita sentiasa bersyukur dan sedar tentang kasih Allah swt terhadap kita.

Firman Allah swt :

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak
akan dapat menghitungnya"


(an-Nahl : 18)

3) Banyakkan menghidupkan sunnah Rasulullah saw di dalam kehidupan
harian kita termasuk cara pemakaian, peribadi, membaca hadis-hadis
baginda dan juga mengamalkannya agar rasa rindu dan cinta terhadap
baginda lahir dalam diri kita.

4) Yakin bahawa segala benda dan perkara selain Allah swt adalah ciptaan
Allah dan berada di bawah kekuasaanNya. Jika kita mencintai atau
mengagumi sesuatu, maka sedarlah bahawa sebenarnya Allah swt
adalah penciptanya.

5) Kurangkan sifat terlalu mengagumi, memuji-muji, atau mengagungkan
sesuatu. Yang terbaik adalah memuji-muji Allah swt yang menciptakannya.
Kerana perkara yang kita terlalu kagum atau agungkan tanpa mengingati
Allah swt akan menjadi perkara yang besar dan penting di dalam hati kita.

6) Sentiasa berisitighfar kepada Allah swt sekiranya terasa bahawa kita
mementingkan dan cinta sesuatu perkara melebihi Allah swt dan Rasulullah
saw. Sentiasa juga berdoa kepada Allah swt tidak putus-putus agar
cinta kita yang utama sentiasa dipelihara dan dijauhkan daripada
golongan fasik.

7) Banyakkan berkongsi dengan rakan-rakan tentang perkara-perkara di
atas agar kita sentiasa mengingati diri sendiri disamping bermanfaat untuk
semua orang dan juga mendapat pahala.

Firman Allah swt :

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat
bagi orang-orang yang beriman"

(adz-Dzariyat : 55)

Semoga peringatan ini bermanfaat untuk diri saya dan para pembaca sekalian.
Sama-sama kita berdoa agar kita sentiasa dalam golongan yang meletakkan
Allah swt dan Rasulullah saw sebagai cinta yang tertinggi di dalam hati kita.

Wednesday, August 18, 2010

Muhasabah Ramadhan



Sebuah filem pendek yang saya cuba hasilkan untuk dihantar ke 3R
(Remaja Raikan Ramadhan) sempena bulan Ramadhan. Semoga mesej
yang cuba disampaikan jelas dan bermanfaat. Selamat menonton :)

Tuesday, August 17, 2010

Balik

"Maein kat mana? tak keluar lagi ke?"
tanya saya kepada Mutmaein melalui telefon.

"Maein lambat sikit kot, solat kat dalam dulu.."
jawabnya lebih kurang.

...................................................................................................................................................

Selepas sekitar 2 minggu saya tiba di Malaysia, adik saya Mutmaein dari
Mesir pun menyusul. Alhamdulillah tahun ini sekali lagi kami pulang dan
dapat bertemu di Malaysia. Kemungkinan besar tahun depan dia tidak
pulang ke Malaysia dan saya juga belum tentu akan pulang tahun depan.
Jadi nampaknya kami akan berjumpa semula lepas 2 tahun.

Ketibaannya dijangka pada sekitar jam 7 petang, jadi saya, mama, dan baba
keluar dari rumah sekitar jam 5.30 petang. Tempoh dari rumah ke KLIA
tidaklah terlalu lama, tapi disebabkan waktu ini orang pulang dari kerja,
jadi jalan agak sesak. Kami berbuka dengan kurma di balai ketibaan dan
solat maghrib di surau KLIA. Selepas itu kami singgah di Food Court.

Mad dan Baba

Baba dan Mama

Mad dan Maein

Dia akan kembali ke Mesir pada 12 Oktober, iaitu 12 hari selepas saya kembali
ke Jerman. Sebenarnya cuti kali ini juga adalah cuti saya di Malaysia yang
paling lama iaitu sekitar 9 minggu.

Related Posts with Thumbnails