Friday, February 26, 2010

Good Luck

All the best for the 3000 words essay..

Wednesday, February 10, 2010

Random

(Heidelberg : December 2009)

Monday, February 8, 2010

Mama & Baba

Tanpa nasihat-nasihat dan tunjuk ajar Mama dan Baba semenjak
kecil, mungkin Mad takkan jadi sebagaimana Mad sekarang..

Tanpa paksaan dan pukulan-pukulan yang hinggap di badan,
mungkin Mad takkan terbangun untuk buat perkara-perkara yang
sebenarnya baik untuk Mad sendiri..

Dengan kasih sayang dan kesabaran yang diberikan Mama dan Baba
sejak lahir, Mad bersyukur dapat mengecapi satu
keperluan penting dalam hidup dan rasa bertuah berbanding
kanak-kanak yang kurang bernasib baik..

Semakin Mad besar, semakin banyak mad terfikir tentang : adakah
Mad boleh jadi sebagus Baba yang berjaya dalam akademik, kerjaya,
pengorbanan dalam agama dan mendidik anak-anak? Adakah Mad
akan berjaya dalam mencari baitul muslim sebagaimana
yang dibina Mama & Baba?

Mama dan Baba adalah contoh yang terbaik untuk Mad ikuti..
Walaupun kadang-kadang Mad tak faham tentang
tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan Mama dan Baba,
tapi Mad percaya Mama dan Baba cuma
mengharapkan yang terbaik..

Mungkin Mad tak pandai nak tunjukkan dan luahkan perasaan
bila berhadapan dengan Mama dan Baba. Tapi Allah tahu
sebenarnya betapa Mad sayang Mama dan Baba,
berharap untuk jadi anak yang berguna, dan rasa bersalah setiap
kali buat Mama dan Baba kecewa..

InsyaAllah Mad akan cuba jadi anak yang tak menghampakan
dan buat Mama dan Baba bangga dengan Mad..
Doakan kejayaan Mad dunia akhirat ya..
Sayang Mama dengan Baba..





Saturday, February 6, 2010

Diari Minggu Ini

1) Alhamdulillah setakat ini sudah 3 subjek yang selesai. Memang
banyak perasaan yang melanda sebaik saja setiap kali peperiksaan tamat.
Hasilnya saya cuma dapat berserah dan tawakkal.

2) Subjek terakhir ialah pada hari Jumaat ini iaitu 12 Februari. Pada hari
yang sama, rakan sekolah lama saya, Nadia Aqilla dari Alexandria bersama
4 orang rakannya akan datang ke German iaitu di Munich. Jadi
insyaAllah saya bersama 3 orang rakan yang lain akan ke sana pada 12
Februari ini dan menetap di rumah Amsyar sekiranya dia fleksibel.

3) Seorang lagi rakan sekolah lama saya, Mior Faris dari Czech Republic
juga akan datang semasa cuti. Masa sebenar belum dapat dipastikan. Semasa
di MRSM Beseri dulu, selain seorang rakan, Mior Faris juga merupakan
salah seorang daripada ahli Forum Remaja yang telah bersama dengan
saya mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan. Dia merupakan
pengerusi dan saya sebagai ahli panel pertama.

4) Rakan dari UK juga tidak ketinggalan. Rakan sekelas saya semasa
di maktab dulu, Amir amsyar yang sedang belajar di Nottingham juga
bercadang untuk datang ke sini sekitar pertengahan bulan Mac yang
akan datang. Semoga Allah memudahkan urusan
dan perjalanan mereka.

5) Suasana di dalam minggu peperiksaan sekarang agak senyap kerana
semua agak sibuk dengan persediaan masing-masing. Saya sendiri
sepatutnya menyibukkan diri dengan cuba untuk bersedia sepenuhnya.
Tak lupa juga dengan doa dan meminta daripada Allah swt.

6) Sejak bulan Disember yang lepas saya dan rakan di Hamburg, Nazmi,
telah merancang untuk snowboard selepas tamat peperiksaan. Jadi
insyaAllah sekiranya tiada aral melintang, kami akan merancang dengan
lebih teliti mengenai rancangan tersebut.

7) Sudah lebih sebulan saya tidak berjumpa dengan Liya Raihany, anak
kepada Mat dan Kak Liza. Perkembangan tentang Liya hanya saya tahu
melalui blog Kak Liza. Hehe. Pergi berjumpa dan melawat mereka
juga termasuk dalam rancangan selepas habis peperiksaan nanti.

Wednesday, February 3, 2010

We will not go down

Esok adalah peperiksaan untuk subjek Statik. Saya berharap agar saya
dapat menjawab soalan dengan tenang dan sekurang-kurangnya lulus.
Sebelum tidur ingin saya kongsi sebuah lagu untuk Palestin bertajuk
'we will not go down' yang saya cuba nyanyikan semula dengan gitar.
Lagu asal dinyanyikan oleh Michael Heart.

Kualiti agak kurang kerana suara hanya dirakam menggunakan kamera.
Semasa mengumpulkan gambar dan cuba menghafal lirik lagu ini,
saya teringat semasa kali pertama saya menonton CD mengenai
Palestin sewaktu kecil. Kenyataan mengenai apa yang berlaku di Palestin
ketika umat Islam dan orang-orang lain di dunia bersuka-ria dengan hal
masing-masing amat mengejutkan saya ketika itu. Saya tidak menyangka
bahawa begitu perit sekali keadaan yang mereka alami di sana terutamanya
yang sebaya dengan umur saya ketika itu. Dan hingga sekarang, apa
yang mereka alami masih tidak berubah, malah semakin serius.

InsyaAllah sama-sama kita lakukan apa yang terdaya untuk membantu
saudara seislam kita di sana.

Related Posts with Thumbnails