Tuesday, April 27, 2010

Jimat

"Ooo mana boleh.. Makan dalam cawan.. Guna la kon aiskrim.."
kata salah seorang daripada adik beradik.

"Ala ambik sikit je.. Lebih kurang mcm letak dalam kon je.."
balas saya.

Ini adalah situasi biasa yang berlaku semasa saya kecil iaitu semasa
makan aiskrim. Biasanya jika Baba beli aiskrim, dia akan beli kon sekali.
Jadi kami akan makan menggunakan kon serta merta menjimatkan
kadar aiskrim yang dimakan. Semasa semuanya masih kecil, ia agak
menimbulkan kontroversi sekiranya ada yang makan aiskrim
menggunakan cawan, kerana kuantiti yang akan dimakan pasti lebih
sedikit. Tapi semakin kami meningkat dewasa, isu ini semakin
kurang dibahaskan.

Di sabah semasa berumur 7 tahun.
Cuba teka saya yang mana satu?
..........................................................................................................................................

Sejak kecil, Baba dan Mama sentiasa melatih saya dan adik beradik
yang lain agar hidup sederhana dan tak memanjakan diri sendiri. Bila
saya sudah agak matang dan tahu berfikir sendiri, saya faham bahawa
sebenarnya kami mampu memiliki gaya hidup lebih sedikit berbanding
yang sedia ada. Namun saya faham apa yang mereka cuba terapkan
dan saya ambil ia sebagai perkara yang patut dicontohi. Antara
perkara-perkara yang saya perasan ialah :

1) Semasa saya kecil terutamanya, majoriti bekas-bekas dan cawan di
rumah saya ialah bekas aiskrim serta cawan dan bekas yang diambil dari
dalam kapal terbang. Mereka mengumpul bekas-bekas tersebut setiap
kali membeli aiskrim dan setiap kali menaiki kapal terbang.

2) Mereka jarang membuang barang-barang lama dan berfikir
masak-masak untuk membeli barang-barang baru. Walaupun ini
menyebabkan di rumah saya ada banyak barang yang tidak digunakan,
tapi ia mengajar saya agar tidak membazir. Baba juga pernah membuat
meja sendiri dan meja tersebut bertahan selama lebih 10 tahun.

3) Bila membeli pakaian semasa membesar, mereka akan membelikan
untuk saya atau menasihati saya supaya membeli saiz pakaian yang
besar agar boleh dipakai untuk jangka masa yang lama. Jadi semasa
membesar, saya dan adik beradik yang lain jarang membeli baju baru.
Dan pakaian dari adik-beradik atas akan diturunkan ke bawah. Walaupun
saya tiada abang, tapi banyak juga pakaian kakak-kakak saya
yang boleh dipakai.

4) Mereka tidak memberikan wang belanja yang terlalu banyak untuk ke
sekolah, tetapi ianya tetap berpatutan. Semasa kecil saya memang
perasan dan tak faham. Tetapi saya hanya pendamkan memandangkan
wang belanja tersebut cukup dan saya masih mampu menyimpan.

5) Mereka juga tak terlalu memenuhi permintaan saya dan adik beradik
lain jika kami meminta sesuatu dan menerangkan bahawa ianya mahal
dan tidak diperlukan. Ini membuatkan saya jarang meminta jika teringin
sesuatu benda. Mama juga selalu mengingatkan saya bahawa kami
bukanlah keluarga senang. Semakin saya meningkat dewasa, saya
semakin faham bahawa sebenarnya mereka mampu. Tetapi saya sudah
terbiasa dan saya ambil ia sebagai pengajaran.

6) Saya juga perasan bahawa mereka sentiasa merendah diri berbanding
status mereka yang sebenarnya. Ini memberi kesan kepada saya
dan memberi idea kepada saya bahawa keluarga saya tidaklah
sekaya keluarga-keluarga lain. Tapi bukanlah terlalu merendah diri
sehingga menimbulkan kesan negatif, tetapi melatih diri supaya
perasaan riak dalam diri dapat dikurangkan. Semakin saya meningkat
dewasa dan dapat berfikir, saya sebenarnya berasa sangat bangga
dengan status mereka yang sebenarnya dan berhasrat untuk
mencontohi mereka.


Sebenarnya saya juga cuba melatih diri untuk berjimat kerana saya
agak membazir dan jarang beringat, terutamanya semasa belajar di sini.
Jadi saya harap dapat mengembalikan sifat-sifat yang telah diajar
oleh mereka dahulu. InsyaAllah =]

11 comments:

Nabilah Najmuddin said...

~muhasabah~...abah ngan mama pon slalu ajr gne cre ni :)

Nabilah Najmuddin said...

~muhasabah~...abah ngan mama pon slalu ajr gne cre ni :)

Ahmad bin Ariffin said...

insyaAllah..tula..mcm sama je cara kita semua kan.hehe.

Syariful Bahri said...

salam, akhi..
wah, lebih kurang laa cara hidup kita masa kecik2..
tetibe rindu zaman muda2.. ^^

Ahmad bin Ariffin said...

wsalam akhi..hehe. rasanya sama je..cara common ibu bapa nak train anak2 :D

Nabilah Najmuddin said...

tp ade je parents yg sentiasa bg ape yg da children wants..at the end, merana....

Neo Rantissi said...

at that was the good old days when we were little kids =)

mad, kumpul duit ribu raban, nnt nk kawen senang, woah!

safiyyah said...

salam...

betul tu. ni cara common ibu bapa melatih anak-anak dari kecil. tapi ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak-anak. segala kemahuan dituruti. semoga kita semua celikkan mata dan mengubah keadaan dengan mencontohi ibu bapa zaman dahulu =)

safiyyah said...

salam...

betul tu. ni cara common ibu bapa melatih anak-anak dari kecil. tapi ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak-anak. segala kemahuan dituruti. semoga kita semua celikkan mata dan mengubah keadaan dengan mencontohi ibu bapa zaman dahulu =)

Ahmad bin Ariffin said...

nabilah - betul tu..tapi kdg2 tak boleh elak jgk..sbb biasa la mak ayah sayang anak kan..tak sampai hati kot.. =)

zainal - right =) hai tgh kumpul duit la ni..mkn pasir je tiap hari2..haha..over plk.

hana - betul tu..disebabkan cara nenek moyang kita dulu la mak ayah kita mcm skrg..tapi cara2 generasi baru dah berubah skt.apa2 pun kita ambik je mana2 yg elok..hehe.

Anonymous said...

xla mad...kecik2 dl mmg mama baba xmmpu,kte org ssh...nk xnk mmg kne ddik mcm 2 la...mad kecik lg myb mad xsedar time 2...

Related Posts with Thumbnails