Sunday, April 25, 2010

Ziarah

"Sejuk la pulak duk bawah bayang2 ni.."
Kata saya kepada Kamil semasa menunggu Encik Asaari datang
mengambil kami di stesen Wiesbaden.

"Oo jom ar duk belah sana, kena cahaya matahari.."
balas Kamil sambil menujuk ke tempat duduk yang terkena
cahaya matahari.

"Waah panas..."
kata saya sambil mengecilkan bukaan mata kesan cahaya
matahari yang agak silau.

"Macam berjemur la plk.. Patut la orang suka berjemur.."
komen Kamil lagi.

Mengikut pengalaman saya sepanjang di sini, memang inilah yang
dirasakan semasa musim bunga ataupun kadang-kadang semasa
musim panas. Yang menyebabkan kehangatan terasa adalah haba
daripada cahaya matahari dan bukannya sepenuhnya
disebabkan suhu persekitaran. Perbezaannya terasa ketara bila
berada di bawah cahaya matahari dan berada di bawah tempat
teduh. Contohnya suhu 15 Celsius tetapi cuaca panas terik. Suhu
tersebut mungkin tidak dapat dijangka sekiranya anda berada
di bawah panas terik.

Summer 2009 (Cologne)

............................................................................................................................................

Pada hari Jumaat yang lepas, Encik Asaari, Konsul JPA di sini, telah
menghubungi Kamil dan beliau telah mengajak Kamil dan saya untuk
bersama-sama melawat seorang pelajar Malaysia yang sakit di sebuah
hospital di Wiesbaden. Jadi kami telah bersetuju untuk bertemu di stesen
utama Wiesbaden dan sama-sama bertolak dari sana. jadi selepas solat
Jumaat di Mainz, kami pergi ke Wiesbaden dan menunggu beliau di sana.

Beliau tiba bersama-sama keluarga beliau dengan MPV Volkswagen
yang dipandu oleh pemandu beliau. Rasanya lebih cepat sekiranya
pergi ke hospital tersebut dengan menaiki bas, kerana saya dan
Kamil menaiki bas untuk perjalanan pulang. Faiz namanya pelajar yang
sakit itu dan sebenarnya belajar di Karlsruhe dalam bidang
elektrikal. Semoga Allah memudahkan urusannya.

Semalam pula saya dan rakan-rakan di Rüsselsheim menziarahi Mat,
Kak Liza, serta anak mereka Liya Raihany. Kak Neny, Acik, serta Bella
Biha turut datang. Sudah pasti sekali selepas pulang dari rumah
mereka kami akan pulang dengan perut seperti sarat mengandung.
Semalam kami telah membantai laksa pada petang dan bubur lambok
pada malamnya. Liya pula sudah berumur 6 bulan. Tak sabar rasanya
hendak menunggu beliau pandai bercakap.

Semalam juga saya telah menziarahi kedai gunting rambut. Wah
wah. Walaupun servis memotong rambut di sini agak mahal dan
saya tiada duit, tetapi kadangkala sifat tidak sedar diri itu penting
sekali. Ini merupakan kali ke 4 saya memotong rambut di German.
Walaupun saya agak gemar menyimpan rambut panjang, tapi memikirkan
bulan 7 ini saya akan pulang ke Malaysia, jadi saya fikir lebih baik
saya potong dahulu memandangkan Mama kurang gemar anak-anak
terunanya berambut panjang. Apalah salahnya ikut kan. Tak susah pun
kalau nak dibandingkan dengan kesusahan mereka membesarkan kita.


Sebelum..

Selepas..
(gaya agak tak tahan)

.................................................................................................................................

P/S : Saya minta maaf kerana post yang bertajuk 'Nervous'
sebelum ini telah saya batalkan kerana ada pihak yang menegur
agar tidak menghebahkan perkara yang belum tentu. Sebenarnya
saya tidak berniat untuk menghebahkan kerana cuma terfikir
untuk menulis di dalam diari sendiri. Tetapi saya terlupa
bahawa ianya adalah umum. InsyaAllah saya tidak akan
mengulangi kesilapan yang sama lagi.

10 comments:

Aishah Nur Hakim said...

baik anak mama

Nabilah Najmuddin said...

bgus abg mad!ape kata lain kali try botakkan kepala plak??...

Ahmad bin Ariffin said...

aishah - haha..amiin..

nabilah - tak nak la.hari tu dah try..org kata mcm toyol.

[SHE] said...

apa la mat ni...adeke mcm toyol lak?

Utara said...

Tentu sekali tak salah menghebahkan perancangan dalam blog sendiri atau diari sendiri bak kata kau, sebab kalau menghebahkan perkara yang belum tentu tu salah lebih baik kau sorang saja yang baca blog ni kerana semua perancangan, macam nak balik malaysia bulan 7 tu belum lagi confirm atau nak pergi kelas esok hari pun belum tentu lagi confirm. Semua perancangan kita tertakhluk kepada perancangan Allah. Janganlah malu kalau tak jadi, sebab yang tentukan jadi tak jadi tu Allah.

Pendapat dari seorang senior yang aku dgr, bila kau delete post tu.

Ahmad bin Ariffin said...

kak yong - hehe..org yg kata la :P

utara - terima kasih byk atas opinion tu..memang sy setuju. insyaAllah kalau ada apa2 update selepas ni tentang perkara tu akan sy kongsi di sini.

Nabilah Najmuddin said...

toyol ape nye?upin ipin comel je xde rmbut..haha

kak fuzah said...

kak fuzah-salam mad..
cute n ensem la dh potong rambut..
rambut panjang pun ensem,nmpk mcm pelakon korea la..
rambut skrg mcm budak nerd@skema..
hehehe..

kak fuzah said...

kak fuzah-salam mad..
cute n ensem la dh potong rambut..
rambut panjang pun ensem,nmpk mcm pelakon korea la..
rambut skrg mcm budak nerd@skema..
hehehe..

Ahmad bin Ariffin said...

nabilah - diorg kocik lagi (^__^)

kak fuzah - wsalam..waaa..sbnrnya sy mmg skema pun.hehe..

Related Posts with Thumbnails