Diari Minggu Ini
1) Pagi semalam saya pergi bermain badminton bersama-sama rakan yang
lain sekitar jam 10.3o pagi. Khususnya untuk menemani Jep dan Apih yang
akan beregu untuk acara RENTAP di Baden minggu depan. Gandingan
mereka berdua memang hebat bila mereka cuma kalah satu daripada
berbelas-belas set menentang saya dan rakan-rakan lain. Semoga
mereka mendapat tempat pertama nanti.
2) Selepas hampir 6 bulan saya menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson
W350i saya ini, baru semalam saya mencuba permainan Quadrapop
yang ada di dalamnya. Rupanya ianya agak menarik dan mampu
membuatkan saya terlepas bas.
3) Malam semalam iaitu malam ahad, saya dan rakan-rakan lain
berkumpul di bilik saya untuk usrah mingguan. Alhamdulillah sejak
bulan lepas, ini adalah minggu dan kali yang keempat. Antara
topik yang dibincangkan ialah kisah-kisah sahabat tentang
ketakutan mereka kepada Allah swt. InsyaAllah kalau ada
peluang saya akan kongsi serba sedikit.
4) Malam semalam juga Apih telah datang ke kedai saya untuk memotong
rambut sebagai persediaan untuk pertandingan minggu depan.
5) Ini adalah gambar terkini saya di sini iaitu malam semalam. Terutama
kepada Baba, Mama, Maein dan kakak-kakak sekalian, rambut Mad
dah pendek ya. Harap dalam 2 bulan sebelum balik ni tak sempat tumbuh
cepat sangat, kalau tak kena potong lagi. Huhu.
Kredit kepada Saudara Azri