Sunday, May 16, 2010

Diari Minggu Ini

1) Pagi semalam saya pergi bermain badminton bersama-sama rakan yang
lain sekitar jam 10.3o pagi. Khususnya untuk menemani Jep dan Apih yang
akan beregu untuk acara RENTAP di Baden minggu depan. Gandingan
mereka berdua memang hebat bila mereka cuma kalah satu daripada
berbelas-belas set menentang saya dan rakan-rakan lain. Semoga
mereka mendapat tempat pertama nanti.

2) Selepas hampir 6 bulan saya menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson
W350i saya ini, baru semalam saya mencuba permainan Quadrapop
yang ada di dalamnya. Rupanya ianya agak menarik dan mampu
membuatkan saya terlepas bas.

3) Malam semalam iaitu malam ahad, saya dan rakan-rakan lain
berkumpul di bilik saya untuk usrah mingguan. Alhamdulillah sejak
bulan lepas, ini adalah minggu dan kali yang keempat. Antara
topik yang dibincangkan ialah kisah-kisah sahabat tentang
ketakutan mereka kepada Allah swt. InsyaAllah kalau ada
peluang saya akan kongsi serba sedikit.

4) Malam semalam juga Apih telah datang ke kedai saya untuk memotong
rambut sebagai persediaan untuk pertandingan minggu depan.

5) Ini adalah gambar terkini saya di sini iaitu malam semalam. Terutama
kepada Baba, Mama, Maein dan kakak-kakak sekalian, rambut Mad
dah pendek ya. Harap dalam 2 bulan sebelum balik ni tak sempat tumbuh
cepat sangat, kalau tak kena potong lagi. Huhu.

Kredit kepada Saudara Azri

Saturday, May 15, 2010

Poem

Percubaan membuat sajak dalam bahasa inggeris. Idea tiba-tiba datang
pada suatu pagi dan saya terasa seperti ingin menulis. Sila jangan gelak
kalau tak best ya adik-adik.

..............................................................................................................................


The shining sun greets you with its light,
giving you new hopes,
erasing your saddened yesterday..
The birds chirp serenading your morning moods,
telling that you have,
so much more reasons to smile..
So brighten your day today,
as bright as the colors of the rainbow,
and end it with a heart full of blossoms..

So fly high to the blue sky,
bloom your happiness out,
and left your sadness behind..
Just dance and swing happily,
till the red colour of the sunset brings you back..
Why do you cry? And why do you feel blue?
When life has so much value?

Come my dear,
take my hand,
open up the window,
and lets leave the shadow..

Wednesday, May 12, 2010

Diari Minggu Ini

1) Tadi selepas menemani Azri dan Kamil ke pejabat pos, kami bersama-sama
ke rumah Mat untuk mengambil 'pizza jumbo'nya. Sebenarnya Kak Liza dan
Mat sedang demam dan kemungkinan dijangkiti virus. Untuk mengelakkan
membazir, mereka pun sedekah kat kami. Memang sekarang ramai
penduduk di sini demam akibat virus ini. Dengar cerita Nabilah anak
Zul dan Kak Neny pun demam. Harap-harap Liya Raihany tak
demam, kalau tak kesian dia.

2) Kumpulan untuk praktikal Konstruktion-2 dah dirombak semula secara
tiba-tiba. Ini kerana ada seorang ahli daripada kumpulan lain yang telah
menukar kursus dan seorang lagi tidak lulus untuk lukisan yang
menyebabkan ahli berkurang. Azri, Kamil, Fadhilah dalam 1 kumpulan
bersama 2 pelajar lain manakala saya dan Faris dalam 1 kumpulan
bersama 3 pelajar lain.

3) Penyakit saya sudah beransur pulih. Mungkin kerana makanan agak terjaga.
Saya sudah lama berhenti mengangkat 'dumbell' kerana ia memberi kesan
kepada penyakit saya. Jadi saya beralih kepada tekan tubi. Kesannya agak
kurang berbanding 'dumbell' tetapi tetap memberi sedikit kesan.

4) Cuaca akhir-akhir ini agak mendung, suhu rendah, dan cahaya matahari
juga agak kurang.

5) Esok merupakan cuti umum kerana perayaan "Himmelfahrt". Saya kurang
tahu tentang cuti ini tapi ianya berkenaan dengan agama kristian, iaitu
kenaikan Jesus ke langit selepas akhir hayatnya di bumi, merujuk
kepada kepercayaan mereka dalam New Testament.

6) Jumaat ni kedai gunting rambut akan dibuka. Zuhaili akan datang untuk
'trim' rambut. Saya sendiri lupa dah berapa kali potong rambut orang
sepanjang di sini. Tapi tak mengapa, selagi orang percaya, selagi itu
saya akan berkhidmat ! Aja aja fighting !

Winter (January 2010)

Friday, May 7, 2010

Sing

I actually find myself really love to sing. Why? Because I personally think
for myself that singing can express what I feel at the very moment. I even
sing while cooking and in the toilet. Like now I'm still singing at 3 o'clock in
the morning. Hope that my neighbors aren't disturbed.

I tried to sing and record a song by N'sync named 'I thought she knew'
with a mobile phone and uploaded it here below. It's actually an acapella
song which means no instruments are used for it.


Thursday, May 6, 2010

Diari Minggu Ini

1) Hari ini kumpulan saya telah berjaya membentangkan projek pemerah
jus (Saftpresse) untuk Fasa pertama. Walaupun mungkin tak sehebat
rakan-rakan German yang lain, tapi saya tetap berasa lega. Terima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi kerjasama.
Semoga kita dapat selesaikan Fasa 2 dengan baik.

2) Sejak sekitar 2 minggu lepas, TV3 telah melancarkan sebuah drama
yang bertajuk Adamaya. Rakan saya telah mencadangkan untuk
menonton cerita ini kerana heroin lawa katanya. Selepas menonton
episod pertama, saya sangkakan bahawa ianya hanya tipikal drama
melayu yang lain. Tetapi lama-kelamaan saya tertunggu-tunggu keluaran
episod barunya setiap hari. Tambahan bila ada watak kanak-kanak yang
dilakonkan oleh Mia Sara iaitu Amani, anak kepada Adam dan Maya.
Cerita ini ada banyak pengajaran terutamanya sifat Adam yang
boleh saya contohi.

3) Cuaca akhir-akhir ini agak sejuk dan berangin. Petang tadi semasa
pulang dari membeli barang di kedai, pergerakan saya telah dihentikan
oleh angin. Agak pelik bila saya boleh terapung dalam keadaan sebelah
kaki terangkat. Tapi itulah angin, ciptaan Allah swt. Kalau angin tadi
dah sekuat tu, bagaimana pula dengan angin taufan. Maka sudah pasti
Penciptanya sangat kuat dan hebat.

4) Tiket pulang ke Malaysia untuk cuti musim panas ini sudah dibeli.
InsyaAllah saya akan pulang dengan flight Royal Jordanian
bersama 6 rakan yang lain pada 20 Julai ini.

Wallpaper desktop terkini

Related Posts with Thumbnails